Google
 

Wednesday, September 17, 2008

Antara Bini dan Duit!


Bini dan Duit! Di zaman minyak naik dan kos hidup tinggi seperti sekarang, macam-macam boleh berlaku. Walau bagaimanapun, kena terus fokus dalam menjalani kehidupan. Duit penting kepada semua orang tapi ianya tak semestinya sentiasa jadi nombor satu atau keutamaan. Duit boleh beli sayang tapi tak boleh beli kasih sayang.....

Thursday, September 11, 2008

Terkejut dan terkesut...

Setiap kali Ramadhan menjelma, banyak yang terkejut dan terkesut. Perut terkejut kerana biasanya siang hari diisi, tiba-tiba tiada apa yang masuk walaupun jerih meminta. Perut juga terkejut sebab santapan awal malam jadi istimewa - banyakkkkkk, kekadang sampai se'eh dan nak bernafas pun sukar! Perut lagi terkejut sebab malam-malam buta atau sebelum subuh, makanan masih masuk walaupun badan dalam keadaan separuh sedar. Yang sangat-sangat terkesut bila tiba bulan Ramadhan ialah masjid dan surau.....jika biasanya tak ramai tetamu, di bulan Ramadhan, masjid surau jadi penuh rumbu. Malangnya, masjid surau sekali lagi terkejut bila menuju ke akhir Ramadhan, masjid surau kembali sepi seperti sedia kala. Manusia ini pelik...

Tuesday, September 09, 2008

Bersedekah macam anggur...

Bersedekah macam anggur....

Lo ni kita berada dalam bulan Ramadahan yang mulia. Syukur alhamdulillah sebab Allah masih beri kesempatan untuk kaut sebanyak mungkin pahala. Memandangkan kita tak pasti akan hidup pada Ramadhan tahun hadapan, kita mestilah bertekad untuk jadikan Ramadhan kali ini sebagai Ramadhan terbaik kita. Antara amalan yang digalakkan pada bulan ini ialah perbanyakkan sedekah. Bersedekah ni, kena ikut rasmi anggur - walaupun dahan/rantingnya kecik tuit (sangat-sangat kecil), buahnya, Subhanallah.....kalau ikutkan "dok padan kes". Macam mana ranting sekecil itu sanggup menanggung berat buah yang sebegitu banyak? Walaupun gaji kecil, duit tak ada ribu-ribu, ia seharusnya tidak menghalang kita dari bersedekah. Sebab apa? Sebab kita jenis yang berpandangan jauh. Susah dahulu untuk bersenang kemudian.