Google
 

Wednesday, May 30, 2007

Ibadat & Adat

Ibadat & Adat (http://www.negarakumalaysia.blogspot.com)
Saya timbulkan isu ini untuk mendapat maklumbalas daripada rakan pembaca. Mungkin bagi sesetengah pihak, persoalan IBADAT dan ADAT ini tidak besar. Ini kerana dalam banyak kes, "sempadan" antara kedua-duanya tidak jelas, macam seakan...apa tu orang sekarang kata, "borderless"?? Tak jelas tu sebenarnya salah kita juga. Kita tak cukup ilmu dan tak usaha untuk cukupkan ilmu. Pemahaman diterima sejak turun- temurun dan tidak mempraktikkan apa yang diterima turun-temurun ini dianggap satu kesalahan, atau dosa mungkin!. Tapi pernahkah kita ambil tahu samada apa yang diamalkan turun-temurun itu betul atau tidak , dari hukum-hakam agamanya? Fokus perbincangan saya di sini mengenai dua perkara :
1) Hantaran kahwin - le ning musim kenduri kahwin. Zaman saya dulu (1994) hantaran sekitar RM5,000. Sekarang (2007), dengar khabar sekitar RM8,000. Tahun 2010 pula RM berapa agaknya? Yang berpuluh ribu tu, kita tak payah ceritalah...kita cerita kasta biasa. Mungkin, hantaran kahwin pun kena ada harga bumbung jugalah gamaknya suatu hari nanti. Isu di sini ialah kebimbangan bahawa ADAT akan menghalang IBADAT. Jika hantaran sekitar RM8,000. Belanja kenduri dan perbelanjaan lain pula RM10,000, dah jadi RM18,000. Untuk anak muda yang baru kerja, mana nak cari RM18,000????? Masalahnya, masyarakat kita ni masyarakat "banyak mulut" (sayangnya, bukan tentang nahi mungkar!) dan tak ramai keluarga yang sanggup "tutup telinga". Jadi kita lebih bimbang masyarakat mengata ("berapa hantaran kahwin anok dia tu? Bak po sikit sangat hahhh...?&^%X#@") dari lihat anak muda terus "bergandingan", tidak kahwin disebabkan tidak dapat memenuhi "harga pasaran semasa" hantaran kahwin. Jadi guano?
2) Masa berkabung isteri selepas kematian suami (iddah) - ada seorang wanita yang dah 2 bulan kematian suami. Telah diterima untuk menunaikan haji pada tahun 2007. Beliau tidak pergi mengikuti kursus haji yang diadakan kerana takut melanggar iddah. Guano ni?
Saya ingat hal-hal berkaitan Adat dan Ibadat ini perlu dibincangkan dalam Khutbah Jumaat. Ini dapat menyedarkan masyarakat dan mungkin dapat mengelakkan orang tidur (kepada sesiapa yang tidurlahhh...). Masalahnya, kita banyak take things for granted , anggap ramai dah tahu dalam hal-hal sebegini atau mereka boleh cari sendiri!

Tuesday, May 29, 2007

Langkah buat Isi kandungan secara otomatik (Ms_Word)

Langkah membuat Isi Kandungan secara otomatik (http://www.negarakumalaysia.blogspot.com)
Jika anda tulis buku atau artikel, ciri ini penting bagi memudahkan penyediaan ISI KANDUNGAN (TOC). Ikuti langkah di bawah dengan merujuk kepada gambarajah di atas.

1. Buka fail dokumen yang berkaitan (Ms_Word)
2. Highlight/blok “1.0 Pendahuluan”, klik menu “Style”, klik “Heading 1” (rujuk gambar di atas)
3. Highlight “2.0 Sejarah Perakaunan” dan ikut langkah 3 (ikut langkah sama utk. Tajuk Utama lain)
4. Untuk sub tajuk, misalnya “2.1 Persamaan Akaun”, highlight/blok sub tajuk, klik menu “Style” dan klik “Heading 2” (ikut langkah sama utk sub tajuk lain)
5. Letak cursor di mukasurat di mana Isi kandungan ingin diletakkan (biasanya ms. 1)
6. Klik menu “Insert”, klik “Reference”, klik “Index and Tables”
7. Klik “Format” dan pilih format yg dikehendaki, Klik OK

Jika ada perubahan atau penambahan pada tajuk/sub tajuk, selepas dibuat perubahan/penambahan, ikut langkah 6 dan 7, dan klik YES untuk mengemaskini perubahan/penambahan.

Friday, May 25, 2007

Sindrom yang ditakuti...

Sindrom yang ditakuti... (http://www.negarakumalaysia.blogspot.com)

"Bila dah biasa, dianggap tidak berdosa"

Ini sindrom yang saya takuti menular dalam masyarakat kita, terutamanya generasi muda. Contohnya, pergaulan bebas, sex bebas dan sebagainya. Bila dah biasa, dianggap tidak berdosa. Lama-lama jadi budaya. Bila dah parah, sukar nak dibaiki. Ibarat kereta yang sentiasa kena hantar selenggara walaupun okay saja hari-hari kita pandu ke hulu ke hilir. Sekurang-kurangnya kena tukar minyak hitam secara berkala. Jika tunggu ketika masalah besar, takut kena overhaul - banyak kos dan mungkin kena "tohok" (buang) saja! Kita mudah lupa kisah Tsunami, kaum Nabi Lut, kisah Qarun, sehinggalah datang yang seterusnya.

Thursday, May 24, 2007

Cadangan cara mengimarahkan masjid kita

Cadangan cara mengimarahkan masjid kita (http://www.negarakumalaysia.blogspot.com)
Sesetengah ahli masyarakat melihat masjid sebagai tempat beribadah semata-mata. saya lihat masjid di singapura hebat dalam usaha mengimarahkan masjid mereka. Ini dilakukan dengan memaksimumkan penggunaan masjid dengan konsep penganjuran pelbagai aktiviti mendekati masyarakat. Malah, seorang sahabat, Ustaz wan Anuar wan mamat memberitahu saya bahawa pada zaman dahulu, Nabi S.A.W menggunakan masjid sebagai mahkamah. Mungkin dnegan konsep seperti gambarajah di atas dapat membantu mengembalikan kegemilangan masjid sebagai pusat penyatuan dan pembangunan umat Islam.

Wednesday, May 23, 2007

DTD?: Water bridge

My friend, Siti Marina emailed me this photo. Thanks to her for sharing. I hope the original owner of this photo permit me to use it here for the sake of knowledge and appreciation. Amazing! Truely amazing....look at what human brain can come out with! This should be appreciated by not forgeting the Creator of human brain.
Guess where on earth this place is located?
At the moment, we're living in a "shacky and wavy" world. I wish our earth is as peaceful as the place look like and as flow as the ferries' movement.
OK, regarding the above superb photo - at first, my friend says, "No..I don't think it's real!"
As a matter of fact, it is real! The place is in Germany...for more detail please visit http://www.snopes.com/photos/architecture/waterbridge.asp or you can type "water bridge in Germany" in Google Search engine.

Article Review: "LIFE AFTER LOSS" dalam Rider's Digest

Article Review: "LIFE AFTER LOSS" dalam Reader's Digest (http://www.negarakumalaysia.blogspot.com)


Dalam RD edisi May 2007 ada artikel menarik bertajuk "LIFE AFTER LOSS". Ianya mengisahkan anak-anak yang meninggal disebabkan kecuaian ahli keluarga sendiri seperti ibubapa atau datuk. Fokus artikel kepada dua kes tentang Adrianna Clemens (2 tahun) dan Alec Nelson (16 bulan) masing-masing dilanggar oleh bapa dan datuk ketika mengundurkan kenderaan mereka. Perasaan bersalah tidak dapat dihilangkan dari hati nurani mereka yang terlibat. Namun, mereka bangkit dan cuba bantu ibubapa lain agar tidak mengalami peristiwa sama seperti mereka. Mereka juga mengambil langkah untuk menggesa kerajaan memaksa pengeluar kenderaan meletakkan pelbagai ciri keselamatan kepada kenderaan keluaran syarikat mereka. Keluarga Alec mewujudkan laman web khas iaitu www.alecsrun.com bagi menyedarkan masyarakat. Bapa alec mengadakan ceramah terbuka di taman-taman permainan. Artikel ini juga membawa saya kepada laman web tentang keselamatan kanak-kanak dan kereta iaitu www.kidsandcars.org.
Kemalangan kanak-kanak disebabkan keluarga sendiri juga berlaku di negara kita. Artikel ini mengingatkan saya tentang peranan kita sebagai ibubapa dan "kehilangan besar" yang boleh berlaku disebabkan kecuaian kita sendiri. Saya pernah tengok anak-anak ditinggalkan dalam kereta dengan enjin hidup dan ibubapanya entah ke mana. Saya juga pernah tengok anak-anak yang terkeluar kepala/badan mereka ikut tingkap di tempat duduk belakang atau sunroof dan siayah dengan bersahaja saja memandu. Tak terfikirkah siayah tentang bahaya yang mungkin menimpa - batu kecil dan tajam mungkin dipijak kereta bertentangan dan terpelanting menusuk kepala anak-anak, atau tertekan butang power window naik dan mencekik leher sianak (lihat klip video).
Le ni banyak kereta besar dan tinggi yang boleh menyebabkan pemandu tidak nampak kanak-kanak yang berada di sisi atau melintas di hadapan, terutama sekali di depan pagar sekolah. Saya dimaklumkan oleh anak saudara yang sedang belajar di Jepun, apabila ingin melintas jalan di depan pagar sekolah, kanak-kanak akan mengambil bendera berwarna terang dengan batangnya yang tinggi, yang sedia diletakkan dikedua-dua tepi jalan. Jadi pemandu kenderaan tinggi mudah nampak kanak-kanak yang melintas...
BAGAIMANA KITA DAN SISTEM KITA MENANGANI PERMASALAHAN INI?

Tuesday, May 22, 2007

Pengalaman menembak pistol....

Pengalaman menembak pistol (http://www.negarakumalaysia.blogspot.com)
Pagi Ahad, 20 Mei 2007 memberikan satu pengalaman baru bagi saya bila saya mendaftarkan diri untuk pertandingan menembak pistol yang dianjurkan oleh PDRM di Lapang Sasar UiTM Terengganu. Sebelum ni pernah menembak guna senapang tapi tak pernah jamah pistol. Masa kecil, saya buat "ko" getah urat untuk lastik cicak - No problem, tepat! Tapi guna pistol ni payah rupanya. Itupun, kami dibekalkan dengan pistol paling ringan. Sukar sebab kita kena stabilkan tangan. Dah pegang gunakan dua tangan tapi masih ke atas dan ke bawah...nampak dalam Gerak Khas senang saja orang jahat kena tembak...lakonannnnn! Bagi saya aktiviti sebegini berkesan untuk mendekatkan anggota PDRM dengan masyarakat dan juga membiasakan orang awam dengan pistol. Bila khidmat diperlukan, barulah tak mengelabah!

Monday, May 21, 2007

Cara untuk kecilkan saiz fail bergambar

Cara untuk kecilkan saiz fail bergambar? (http://www.negarakumalaysia.blogspot.com)

Dalam urusan seharian, kita mungkin perlu email kepada rakan sekerja dokumen yang ada banyak gambar di dalamnya. Saiz dokumen sebegini boleh menjadi besar dan menganggu email box kita. Saya kongsi salah satu cara mengecilkan saiz dokumen seumpama ini (seperti yang dikongsi oleh bos/rakan sekerja, PM Wan Dorishah. Ikuti langkah berikut dan rujuk gambar di atas:
  1. Klik butang kanan Tetikus atas gambar
  2. (kotak Dialog akan muncul), klik "Format Picture"
  3. (kotak "Format Picture" muncul), klik "Compress", klik OK
  4. Dalam kotak dialog seterusnya, klik OK dan Apply

Saturday, May 19, 2007

“Ajar untuk belajar” vs. “Ajar untuk diajar”


“Ajar untuk belajar” vs. “Ajar untuk diajar” (http://www.negarakumalaysia.blogspot.com)

Bagi menjelaskan topik di atas, saya kongsi sedikit pengalaman peribadi. Semasa di sekolah rendah (70an) dan menengah (80an), kami hafal sifir, hafal kebanyakan ibu negara di dunia berserta produk utama dan lokasinya (hafal peta dunia ???). Kami belajar banyak subjek dan banyak maklumat yang boleh disebut secara spontan! Bila ke luar negara untuk menyambung pelajaran di universiti, saya dapati pengetahuan pelajar Malaysia mengenai sesetengah fakta jauh lebih baik berbanding pelajar asing. Contohnya, ramai juga pelajar Mat Saleh (waktu itu) tidak tahu pun di mana Malaysia sedangkan kita tahu banyak berkenaan negara mereka.

Malangnya, pelajar kita (termasuk saya) sering memenuhi tempat duduk belakang dalam dewan kuliah, lebih menyukai “yes” atau “no” daripada menghuraikan jawapan secara terperinci, kelu bila diminta beri pendapat atau mempertahankan hujah...

Adakah ini disebabkan masalah bahasa atau sememangnya pelajar kita “bijak fakta tapi tidak bijak memberikan pendapat”? Kedua-dua penyebab di atas saya kira ada kaitan dengan pendekatan pendidikan yang kita gunakan di peringkat rendah dan menengah. Saya akan fokuskan kepada penyebab kedua. “Tidak bijak beri pendapat” di sini boleh bermaksud tak tahu beri pendapat atau ada pendapat tapi tak yakin untuk menyuarakannya.

Teori saya, ini kerana sistem pendidikan kita mengajar anak-anak untuk diajar dan bukannya untuk belajar. Ini berlaku bilamana banyak perkara perlu disiapkan dalam masa terhad dan kaedah penilaian pula banyak kepada fakta (hafalan) berbanding kreativiti pemikiran. Dengan kata mudah, guru akan sibuk mengejar silibus tanpa mempunyai ruang dan peluang secukupnya untuk mencungkil atau mengasah kepakaran komunikasi dan kenyakinan diri pelajar. Pelajar perlu hanya dengar dan terima tanpa perlu banyak soal. Jika tidak kita tak dapat habiskan semua tajuk untuk tujuan peperiksaan!

Saya harap sistem seperti yang saya dan seangkatan lalui dulu akan diubah untuk melahirkan graduan yang lebih baik. Ya, orang dulu-dulu ramai yang berjaya...itu dulu! zaman kerja cari orang dan orang cari kerja! Le ni dan akan datang, manusia perlu cipta kerja untuk hidup! Cabaran survival graduan masakini jauh lebih hebat.

Persoalan lain yang juga berkaitan untuk difikirkan:

  1. Adakah mungkin kita telah merampas peluang menikmati keseronokan zaman kanak-kanak anak-anak kita dengan menghidangkan mereka dengan sebanyak mungkin subjek untuk dipelajari?

  2. Anak saya pelajar Tahun 5 menanyakan maksud terma seperti Hypotheses, Manipulated Variable dan Responding Variable untuk menyiapkan tugasannya – terma seakan-akan atau sama yang diutarakan dalam bengkel asas penyelidikan untuk pensyarah. Bezanya, lebih mudah berkongsi maksudnya dengan rakan pensyarah daripada pelajar Tahun 5.

Thursday, May 17, 2007

Mengapa usahawan bumiputra kurang berdayasaing?


Mengapa usahawan bumiputra kurang berdayasaing? (http://www.negarakumalaysia.blogspot.com)
Sistem akaun yang mantap kepada perniagaan ibarat jantung kepada badan manusia. Jika jantung gagal berfungsi, maka lumpuhlah seluruh anggota badan yang lain. Kita mungkin pernah lihat dan dengar orang yang nampak sihat segar bugar tiba-tiba jatuh tersungkur dek masalah jantung. Ada usahawan bumiputra yang mengambil remeh aspek penyediaan dan pengurusan akaun perniagaan mereka.
Keutamaan seharusnya diberikan kepada menerimapakai sistem akaun yang mantap berbanding dengan aspek lain. Bila ditanya, "untung ke rugi?", "berapa untung/rugi?", "apa perbelanjaan paling besar?", "berapa baki terkini akaun bank?", "berapa jumlah hutang pelanggan?", satu jawapan diterima iaitu "TIDAK TAHU". Ada usahawan yang buat akaun setahun sekali untuk tujuan percukaian dan sebagai penuhi syarat untuk mohon pinjaman. Ini biasanya dilakukan berdasarkan anggaran dan tidak melambangkan kedudukan sebenar perniagaan. Ada juga yang telefon bank setiap kali ingin keluarkan cek (sebab Buku Tunai tiada/tidak dikemaskini). Jurang perbezaan usahawan bumiputra dengan usahawan bangsa lain dalam aspek pengurusan akaun ini semakin lebar dengan penggunaan sistem akaun berkomputer. Kita masih kelam-kabut dengan sistem fail, dokumentasi dan rekod manual. Orang lain dah lama pakai sistem akaun berkomputer. Tak hairanlah mengapa mereka mampu merancang dengan baik, buat keputusan tepat dan berupaya "hidup" walaupun gelombang hebat! Usahawan bumiputra perlu mengubah minda dan berubah...

Nota : kami akan mengadakan bengkel sisitem akaun berkomputer (UBS Accounting) di Shah Alam dalam bulan Jun 2007. Jika berminat, sila email nama syarikat dan nombor telefon kepada admin@geeaccounting.com. Kami akan email/faks brosur dan borang penyertaan. Sila lawati juga web kami di www.geeaccounting.com untuk maklumat mengenai penggunaan sisitem akaun berkomputer (UBS Accounting).

Wednesday, May 16, 2007

Selamat Hari Guru...

Selamat Hari Guru (http://www.negarakumalaysia.blogspot.com)
Dok belek-belek gambar lama yang sesuai untuk Hari Guru, terjumpa pula gambar ini. Bila tengok gambar ni, terasa sayu dan hiba. Ya lah, masa gambar ni diambil, umur baru 7 tahun. Gambar tempat mula-mula timba ilmu. Jauhnya dah berjalan....Guru insan penting dalam hidup seseorang manusia. Tak kiralah di peringkat mana mereka menyumbang kepada kita. Brother Zainal saya kata, "adat kata, tiada guru, tiadalah doktor, peguam, akauntan, polis, wakil rakyat, menteri, juruterbang, jurutera, arkitek". Hemmm....betullah tu! Namun, saya berpendapat penghormatan yang diberi kepada guru sekarang tidak sehebat dulu. Dulu, cikgu macam wakil rakyat. Mungkin lo ni, masyarakat lebih menilai kepada kebendaan berbanding keilmuan. Sesungguhnya mendidik pada zaman ini amat amat mencabar. Semoga semua pendidik terus tabah dan komited mendidik anak bangsa. Selamat Hari Guru!

Tuesday, May 15, 2007

Didik anak ikut cara Islam

Didik anak ikut saranan Islam (http://www.negarakumalaysia.blogspot.com)
Berikut adalah ringkasan artikel yang diterima drp. Khazanah Ilmu. (Ezzah), rujukan As-Syeikh Mucktar A.B Bawazir, "88 yang tersirat."

Rasulullah saw. membahagikan cara mendidik anak kepada 3 peringkat asas iaitu i) Sebelum usia 7 tahun, ii) antara 7 – 14 tahun dan iii) antara 14 – 21 tahun

Usia sebelum 7 tahun
1) Sebaik dilahirkan, Azan di telinga kanan dan Qamat di telinga kiri
2) Mandikan
3) Berikan nama yang baik
4) Jika 4 anak lelaki, ada seorang yang sama namanya dengan Nabi S.A.W
5) Buat Aqiqah
6) Menyusukan anak - paling lama 2 tahun atau 21/2 tahun
7) Hampir umur 7 tahun
a. ajar solat (berjemaah) – suruh anak lelaki Azan & Qamat
b. Tidak boleh tidur di bawah satu selimut dengan adik perempuan
8) Sebelum anak tidur, cuci muka dan tangan dengan air suam & tuala (dakwah wuduk)

7-14 tahun & 14-21 tahun
1) Ajar baca Al-Quran & kenal ayat-ayat Allah serta maknanya sewaktu usia 7 tahun
2) Apabila capai usia 10 tahun, pukul jika tinggalkan solat.
3) Jangkau usia 10 tahun, asingkan tempat tidur anak lelaki dan perempuan
4) Ajar Hadis tentang amalan harian
5) Tanamkan rasa cinta kepada Nabi S.A.W
6) Ajak anak beriadah & jangan terlalu manjakan
7) Jangan bersikap kasar, tepati bila berjanji, jangan bezakan anak
8) Bersalam & cium tangan ibubapa
9) Didik beri dan jawab salam
10) Budayakan beri sedekah (misalnya, suruh anak letak duit dalam bekas pengemis di pasar malam atau di tabung masjid)
11) Ajar biasakan ucap “Bismillahirahmanirahim” sebelum mulakan tugasan
12) Ajar doa-doa harian
13) Didik ucap “Terimakasih” dan “Alhamdulillah”
14) Tunjuk contoh baik layan tetamu, budaya membaca (Al-Quran terutamanya) dan rajin berusaha
15) Jika anak lakukan kesalahan, bersikap tenang & jangan cepat marah atau beri hukuman. Panggil masuk bilik dan suruh ibu bersuara - jelas sebab apa salah dan bila dah terbukti salah, ayah boleh bersuara dan beri hukuman ringan (misalnya, sapu sampah, cuci kenderaan, dll.)
16) Jangan biasakan anak makan-minum, ambil dan beri dengan tangan kiri
17) Ajar pelbagai adab dan petua yang baik (misalnya, wuduk sebelum tidur, cara tidur,cara buang air besar dan kecil, dll.)
18) Ajar bersyukur dengan nikmat Allah S.W.T

Monday, May 14, 2007

ANBJ:Anda terlihat ada tahi cicak di kaki imam...

ANBJ3: Anda terlihat ada tahi cicak di kaki imam waktu solat (http://www.negarakumalaysia.blogspot.com)

Apa nak buat jika anda berada di belakang imam semasa solat jemaah dan terlihat ada tahi cicak di kaki imam? Soalan ini saya dengar ditanya semasa sesi bicara agama pada petang 14 Mei 2007 di radio Terengganu FM. Jawapan yang diberikan oleh Ustaz Mohd Shukri (kalau tak silap namanya) ialah:
  1. makmum yang melihat kena maju ke depan ke sebelah imam dan imam perlu berundur - ini memerlukan ilmu/pengetahuan di pihak imam dan juga makmum. Jika tidak imam mungkin terkejut (ehhh...siapa pula nak ambil alih aku ni???). Sebab itu, seboleh-bolehnya yang berada betul-betul di belakang imam semasa solat ialah seseorang yang juga arif tentang apa yang perlu dilakukan jika sesuatu berlaku kepada imam.
  2. jika sesudah solat, seseorang memberitahu bahawa beliau nampak ada tahi cicak di kaki imam (tetapi beliau tidak berbuat apa-apa sehingga selesai solat), individu terbabit perlu solat semula.

Le ni seakan tiada masa nak gi "nnadah kitab" (dengar orang mengajar agama di masjid/surau). Jika membaca dan berkongsi ilmu pun kita kurang praktikkan, bagaimana kita nak tingkatkan ilmu (agama) di dada. Kekadang, kita dok praktikkan apa yang kita belajar masa sekolah dulu - tak pernah periksa samada kita di "landasan" betul ke tidak dan tak pernah tambah. Tiada masa kerana sentiasa dibuai dengan kesibukan dan bermacam "keralikan" (keasyikan) lain....

Justeru, saya harap kita dapat berkongsi ilmu di sini, terutamanya ilmu penting seperti solat ini, untuk manfaat bersama. Dalam kontek persoalan di atas, jika ada pembetulan (mungkin saya silap dengar), sila maklumkan.

Saya kira dalam zaman masjid/surau lengang ni, konsep "nnadah kitab" di masjid/surau ini perlu diperluaskan kepada forum perbincangan di internet dan mungkin blog seperti ini. Harap-harapnya kaedah mendekati dan melalui "dunia" orang zaman ini (internet), kita dapat mengurangkan kadar kejahilan dalam masyarakat....

Sunday, May 13, 2007

Selamat Hari Ibu....

Selamat Hari Ibu... (http://www.negarakumalaysia.blogspot.com)
Aduhhhh….Hari Ibu datang lagi dan sekali lagi saya tak tahu nak buat ayat sesuai untuk rangkumkan perasaan saya terhadap ibu! Saya tak nak celoteh pasal kepentingan dan jasa ibu kepada kita. Semua orang tahu itu walaupun ada juga yang seakan dah lupa… Apa yang saya nak katakan di sini ialah saya mungkin tak setabah ibu jika ditakdirkan saya melalui apa yang sedang dilaluinya sekarang – kehidupan pada umur menjangkau 70an, dengan pasangan suka duka telah tiada di sisi, mata dah kabur, pernafasan mudah tersekat-tersekat dan malam asyik terjaga. Kehebatan cabaran KESUNYIAN dan KETAKUTAN beliau mengalahkan apa jua alasan yang saya ada untuk tidak datang menziarahi beliau sekerap mungkin. Semoga che dan mok, dua insan berstatus ibu yang penting kepada saya, akan dirahmati Allah S.W.T sentiasa. Semoga Allah S.W.T terus memberikan kekuatan dan peluang kepada saya sekeluarga untuk terus berbakti……Selamat Hari Ibu!

Thursday, May 10, 2007

DTD5?: Hands free umbrella..



DTD5?: Hands free umbrella (http://www.negarakumalaysia.blogspot.com)
I received these pictures through email yesterday and the sender stated that they're from Japan. For the sake of news and appreciation, I hope the original owner of these pictures permit me to use them.
Hands free umbrella! What an innovative and creative product for human simplicity. It was raining when I sent my daughter to school this morning. My hassle helping my daughter to cross the road with one hand holding her hand and the other holding her bags (and an umbrella!) makes me think about these pictures.
My point of discussion here is actually the curiousity of why when comes to innovation and creativity, most of the time, related to Japan. Umbrella is not an allien item to the whole world. Why Japanese be the first in coming out with this superb innovation? The umbrella itself is already a simple product and yet they can still apply creativity to it. To me, innovation and creativity comes from a simple minds with an intention to move forward, and solve problem for the betterment of life. If we think complicatedly, giving all sort of excuses even before we start talking, the creative and innovative ideas wouldn't come. Yes, even to a simple product such as an umbrella! My friend says "genuine warriors come from war torned countries!". They've gone through hardship and they work hard for the betterment of their life. They want to be leaders rather than simply followers. So, do we have to go for war then? NO! Those who are living in a hormonise and peaceful countries like us shouldn't waste our "gifts" and be complacent in any ways.

Wednesday, May 09, 2007

DTD4? : Bunga Spider Lily

DTD4?: Bunga Spider Lily (http://www.negarakumalaysia.blogspot.com)
Sebelum ni saya tunjukkan gambar bunga Rama-rama. Ini satu lagi bunga yang menyerupai binatang - bunga Spider Lily yang menyerupai labah-labah. Bila dah biasa tengok, jadi tak perasan. Di sekeliling kita banyak perkara yang jika kita amati/halusi memperlihatkan kekuasaan Allah S.W.T

Tuesday, May 08, 2007

Apa kesan gaji naik?


DTD3? : Bunga Rama - Rama

DTD3? : Bunga Rama-Rama (http://www.negarakumalaysia.blogspot.com)
Pernah tengok bunga ni? Sebijik macam rama-rama dok? Saya terlihat bunga ini semasa berkunjung ke rumah saudara di Machang. Masa saya ambil gambarnya, angin sepoi-sepoi bertiup. lagilah nampak macam rama-rama terbang! Mungkin ini biasa saje bagi sesetengah daripada kita namun Allah S.W.T menyuruh kita memerhatikan alam sekeliling agar kita mengkagumi kebesaranNya.

Monday, May 07, 2007

Gula vs Minyak!


Zaman gula susah dapat vs. Zaman minyak susah dapat !(http://www.negarakumalaysia.blogspot.com)
Le ning dok bising masalah kurang minyak masak. Tahun lepas gula! Jika dilihat kedua-dua barangan ini adalah barangan keperluan asas. Jika ditanya saya apa sebabnya, saya rumuskan ianya adalah kerana nak naikkan harga barangan tersebut. Sebabnya, selepas saja harga dinaikkan, barangan tersedia melimpah ruah. Pada hemat saya, perkara ini berlaku kerana kita bergantung kepada pihak lain untuk barangan keperluan asas kita sendiri. Bila timun dan pisau di tangan orang lain dan kita hanya tunggu nak makan saja, masalah sebegini memang akan berlaku. Kita perlu pelajari daripada apa yang berlaku dan ikhlas ingin berubah. Kita ada sumber tetapi masih bergantung dengan orang lain. Kita ada tanah yang masih luas, ada tenaga yang masih memerlukan pekerjaan....memang mudah cakap daripada buat tetapi itulah hakikatnya! Mungkin tahun depan, daging pula akan sukar untuk didapati. Perlu ada perancangan serta tindakan berstruktur bagi memastikan kita dapat mengeluarkan barangan keperluan asas kita sendiri, untuk memenuhi keperluan orang kita sendiri. Saya ada seorang anak saudara yang sedang menunggu kelulusan pinjaman untuk buat penternakan kambing secara besar-besaran. Beliau ada tanah pusaka yang luas. Kesungguhan beliau saya yakini kerana beliau telah berhenti kerja di bandar untuk mengusahakan kambing ini di kampung sendiri. Kursus 2 minggu telah diikuti dan kertas kerja dah 2 bulan dihantar kepada pihak yang berkaitan. Tapi kini masih senyap sunyi. Saya harap orang muda seperti beliau tidak akan mudah patah semangat dengan perkara sebegini..




Mengapa ikatan kenegerian erat?

Mengapa ikatan kenegerian erat? (http://www.negarakumalaysia.blogspot.com)

Saya pernah terfikir untuk membuat kajian tentang negeri dan orang Kelantan. Saya tak pasti tentang anda tapi salah satu keunikan yang dapat dikatakan bila sebut pasal Kelantan ialah "ikatan kenegerian yang erat". Sebelum saya bincang lebih jauh, perlu saya jelaskan di sini bahawa objektif saya utarakan topik ini ialah untuk mengkaji (mencari jawapan) dan bukannya mengangkat satu negeri atau kaum lebih daripada yang lain. Ini kerana :
  • keunikan tidak hanya menjurus kepada kebaikan tetapi boleh juga ke arah keburukan.
  • walaupun berasal dari negeri Cik Siti Wan Kembang ini, saya sendiri gagal menjawab persoalan "Sebab apa orang Kelantan mudah akrab bila jumpa sesama negeri?".
Ini soalan yang sering ditanya birah (suami kakak ipar) saya yang berasal dari Negeri Sembilan. Katanya, beliau sering juga berjumpa orang senegerinya (Negeri Sembilan) di KL, tapi keakrabannya masih tidak setanding orang Kelantan. Jadi, kami bersetuju bahawa BAHASA bukanlah faktornya.
Satu lagi teori yang perlukan kepastian ketepatannya ialah "keakraban sesama orang Kelantan hebat hanya semasa berada di luar Kelantan".

Sunday, May 06, 2007

Iklan & Beramal. Butirannya.......

Monday, April 30, 2007

Yang tak nak didengar tapi ada terdengar....

Yang tak nak didengar tapi ada terdengar..(http://www.negarakumalaysia.blogspot.com)
Petikan di atas adalah yang tak nak kita dengar keluar dari mulut seorang Islam (berstatus anak, usahawan atau sebagainya). Malangnya, percaya atau tidak, ianya memang ada terdengar... Inilah bezanya antara pendidikan dengan ilmu (atau lebih tepat, iman!). Seseorang boleh berjaya dalam kerjaya atau berkelulusan setinggi langit tapi masih gelonggong di dalam. Kita bertanggungjawab untuk sama-sama TIDAK "menghasilkan" manusia yang berpemikiran begini...

TekaSilangkata1 : Kenali Rasulallah S.A.W






Wednesday, April 25, 2007

Kesibukan memendekkan....

Kesibukan memendekkan..... (http://www.negarakumalaysia.blogspot.com)

Bersetuju dengan graf di atas? Kita sangat sibuk hinggakan mungkin kini solat dok dang atau dilewatkan. Bacaan dalam solat pula semakin pendek atau yang wajib saja. Dulu, ayat lazim sempat baca dan pelbagai. Kini, pendek-pendek doh laaa... Selepas solat, piungggggggg angkat punggung! Doa pun dok sempat. Mula-mula sekali sekala, lama-lama jadi biasa dan budaya!. Kita tak bimbang individu yang dah faham dan sedar. Kita bimbang anak muda generasi baru yang akan jadi pewaris. Mereka ini masih terkapai-kapai perlukan bimbingan dan tunjukajar. Apa akan jadi bila kumpulan orang alim sudah tiada? Dibimbangi budaya solat bila sempat, doa ringkas, wirid wailahukum ilahumwahid....., amanarrasul...dan sebagainya turut tenggelam. Tu belum bincang soal solat sunat lagi. Waktu mana boleh solat sunat, waktu mana tak boleh solat sunat dan sebagainya. Rumah boleh tiris terutama waktu hujan lebat. Ibadah sunat perlu untuk tampung kekurangan. Masa gagah, ibadah dok sempat ditingkatkan kerana sibuk kerja. Masa tua, takut tak sempat juga sebab sibuk sakit!

Tuesday, April 24, 2007

DTD?: Imej topeng di belakang kumbang

Demo Tahu Dok (DTD)? : Imej topeng di belakang kumbang (http://www.negarakumalaysia.blogspot.com)


2 minggu lepas, semasa basuh tangan di sinki di rumah, ambo terlihat seekor kumbang pelik - atas belakangnya ada imej topeng! Ambo ambil gambar dan panggil anak tengok. Biasanya ambo tengok gambar-gambar pelik ni dalam email yang dihantar orang lain. Kali ni, ambo tengok sendiri. Dok tahulah pulok kalau kalau spesis kumbang ni memang semuanya ada imej sebegini atas belakangnya. Anak ambo suka pakai topeng Power Ranger. Bila tunjuk kumbang ni, dia kata, 'heiii...macam topeng Power Ranger!". Le ni dia doh takut pakai topeng tu. Ambo tak terfikir pula nak simpan kumbang ni di ketika itu. Selepas 10 minit keluar dan datang balik tengok, kumbang tu dah hilang. Mungkin dibawa air ikut lubang sinki.

Monday, April 23, 2007

Rasulullah & Kita : Rendah diri walaupun berstatus insan mulia


Sayyidah Aisyah berkata, “Rasullullah S.A.W membaiki sendiri sandalnya, menjahit sendiri bajunya, ……

Abu Sa'id Al Khudri bercerita, antara lain bahawa Rasulullah S.A.W mendahului memberi salam kepada sesiapa saja yang bertemu dengan baginda, baik budak kecil, orang tua, orang hitam, orang merah, orang merdeka mahupun hamba..

Kita ni belum apa-apa dah sombong melenggok (melangit)!

Sunday, April 15, 2007

Demo Tahu Dok (DTD) 1? : Pokok Ajaib?

Demo Tahu Dok (DTD)1? : Pokok Ajaib? http://www.negarakumalaysia.blogspot.com




Hari minggu lepas (13/4/07), saya balik kampung. Dalam kampung saya tu hanya tinggal orang-orang tua sahaja. Saya bilang-bilang, ada +- 6 rumah yang dihuni samada oleh pasangan orang tua atau orang tua yang tinggal berseorangan. Aduhhhhh...itulah kehidupan! Aktiviti petang orang tua biasanya sama - bunga, kebun,kucing!
Saya berbual dengan jiran ibu saya, Pak Do, 67 tahun mengenai sepohon pokok (dalam gambar) di "nursery" beliau. Apa yang saya ingin kongsi di sini ialah kehebatan ciptaan Allah S.W.T yang perlu kita kaji dan kagumi. Pokok ini orang kampung panggil pokok Ajaib (Pak Do sebut "Anjaib"). Jika dimakan buahnya, segala apa yang kita makan selepas itu akan jadi manis! Contoh, jika kita makan buah pokok ajaib dan kemudian terus minum air kosong, air kosong akan jadi manis, jika kita makan buah pokok ajaib dan kemudian makan pauh (mempelam) masam, pauh masam akan dirasa manis. Jadi guano ni? Mungkin anda dah lama tahu tapi saya baru tahu dan baru jumpa walaupun ianya dah lama ada di "nursery" Pak Do. Allah S.W.T suruh kita perhatikan kejadian sekeliling untuk hargai/kagumi kebesaranNya.
Tahu apa yang lebih menarik tentang pokok Ajaib ini? Kata Pak Do, kalu nak balik kepada rasa asal, kita kena makan daunnya pula....aduhhhhhh...hebatnya! Teringat saya tentang kejadian lalat. Sebelah sayap lalat ada racun dan di sebelah lagi ada penawar. Jadi, jika lalat ada dalam air kita, kena selam kedua-dua sayapnya agar tiada kesan kepada air...
Jika anda ada penemuan sendiri, jemput kongsi di http://www.negarakumalaysia.blogspot.com. Klik "comment" di bahagian bawah kanan pos ini.

Wednesday, April 11, 2007

Jihad Kebersihan....

Jihad kebersihan (http://www.negarakumalaysia.blogspot.com)
Alhamdulillah, gotong royong perdana telah berjaya diadakan di peringkat organisasi saya pada 6 April 2007. Yang pernah buat kerja, yang tak pernah buat kerja, semuanya turun padang bersama-sama membersih kawasan. Harapannya, sikap dan budaya cakna kebersihan ini akan diteruskan selepas program ini dijalankan. Kita tidak hanya bertanggungjawab jaga kebersihan di kawasan rumah dan tempat kerja, malah di mana-mana pun.
Jangan ada lagi selepas ini :
  1. plastik rokrak atau gelenyal dilihat dibuang daripada kereta Mercedez/BMW/Proton/KIA/Honda/TOYOTA/PERODUA yang sedang bergerak di jalanraya
  2. dilihat plastik sampah yang jatuh dari atas bonet kereta dibiarkan saja oleh pemandunya terburai di hadapan rumah orang
  3. tong sampah Majlis Bandaran disumbat juga walaupun dah penuh rumbu
Khabarnya di Jepun, tuan anjing yang bawa anjingnya berjalan akan kutip tahi anjingnya yang terrrberak di atas jalan, dimasukkan ke dalam plastik yang telah sedia dibawa dan dibuang ke dalam tong sampah. Kalau tak ada tong sampah, tahi dibawa pulang dan dibuang dalam tong sampah di rumah!
Baginda Nabi S.A.W. bersabda yang maksudnya: "Sesungguhnya Allah itu baik menyukai kebaikan, bersih menyukai kebersihan, murah hati menyenangi sifat murah hati, dermawan menyukai sifat kedermawanan. Kerana itu, bersihkanlah halaman rumah kamu dan jangan meniru-niru orang Yahudi (orang Yahudi suka menumpuk sampah di halaman rumah)." (HR At-Tirmizi)
JANGAN BIARKAN ISLAM HANYA SUBUR "HIDUP" DI NEGARA ORANG BUKAN ISLAM

Monday, April 09, 2007

Hilang anak....

Hilang anak... (http://www.negarakumalaysia.blogspot.com)

Saya simpati dengan encik Shamsul Ghazali Shamsuddin dan isterinya, Nor Amizah Ahmad yang kehilangan anak mereka, Muhammad Nazrin Shamsul Ghazali (Yin) di pusat beli-belah. Yin dah seminggu hilang dan sehingga hari ini (Utusan Online, 9/4/07), masih belum ditemui. Hadiah kepada sesiapa yang dapat beri maklumat hingga anak beliau ditemui ditambah kepada RM15,000.
Anak penting kepada sesebuah keluarga. Namun, kesibukan dan sikap "take things for granted" buat kita alpa. Semasa ambil dan hantar anak ke sekolah, saya lihat ada seorang pak cik yang sentiasa dukung anaknya melintas jalan. Saya kira anaknya dalam Tahun 4. Isteri saya pernah kata, "dah besar-besar pun dukung lagi untuk lintas jalan". Saya jawab, "biarlah...mesti ada sejarah penting yang menyebabkan dia berbuat begitu!. Itu lebih baik daripada segelintir ibubapa yang tak bantu pun anak lintas jalan, atau tak pernah cium pun anak sebelum ke tempat kerja ...".
Saya faham perasaan en. Shamsul Ghazali sebab saya sendiri pernah kehilangan anak di pusat beli-belah Alpha Angel, Taman Melewati kira-kira 6 tahun dulu. Alhamdulillah, dalam masa 5 minit, akhirnya saya jumpa beliau berada di celah-celah baju yang digantung di rak - beliau sedang bersembunyi dengan 2 lagi kanak-kanak yang ibubapanya juga sedang membeli-belah!
Marilah kita berdoa agar anak saudara kita tadi cepat ditemui dan sihat walafiat. Ingatlah, "kita biasanya gagal menghargai apa yang kita ada sehinggalah kita kehilangannnya..."
Untuk beri komen, akses http://www.negarakumalaysia.blogspot.com, klik "comment" di bhg bawah kanan artikel ini.

Friday, April 06, 2007

Mengapa tak sama?

Mengapa tak sama? (http://www.negarakumalaysia.blogspot.com)

Saya utarakan di sini aspek keseragaman dalam solat. Sesetengah daripada kita mempunyai cara bersolat yang berbeza. Saya tidak maksudkan kumpulan ajaran sesat ataupun mereka yang berlainan bermazhab. Ini saya amati berlaku dalam komuniti umum kita di Malaysia. Sebagai contoh:
  1. jari telunjuk digerak-gerakkan (berkali-kali) semasa tahiyyat akhir
  2. duduk tahiyyat akhir sama dengan duduk tahiyyat awal

Mungkin mereka yang arif boleh berikan pandangan mengapa ini berlaku, adakah ianya dibenarkan dan sebagainya. Kita bertanya jika kita tidak tahu atau ingin tahu. Ini akan bantu kita untuk beramal melalui ilmu. Kita tidak ingin beramal tanpa ilmu atau berilmu tanpa amal....

Jika ingin beri komen, sila klik http://www.negarakumalaysia.blogspot.com

Thursday, April 05, 2007

ANBJ2 : Zaman remaja berani, orang tua takut!

ANBJ2: Zaman remaja berani, orang tua takut! (http://www.negarakumalaysia.blogspot.com)

Apa anda nak buat jika anda berada dalam situasi-situasi berikut:
  1. Anda pulang bercuti ke rumah mertua dan sedang berehat di satu petang. Tiba-tiba kedengaran prettt...prettt..prettt...dan bunyi riuh rendah yang amat membingikkan - bunyi anak-anak remaja semuda darjah enam dan menengah rendah sedang membuat aksi stunt ala mat rempit di jalan berhampiran rumah mertua anda.
  2. Anda tinggal di kawasan taman perumahan. Jam 10 mlm, kedengaran bunyi bising orang uji bunyi enjin motor di salah sebuah rumah yang disewa oleh beberapa pelajar universiti.
Anda boleh beri komen dengan lawati http://www.negarakumalaysia.blogspot.com dan klik butang "comment" di bawah tajuk ini.
Zaman le ni, zaman remaja berani dan orang tua takut! Takut nak larang perkara tak betul. Saya ingat dulu zaman saya remaja, dok gini. Kita takut nak buat hal dalam kampung kerana semua orang kampung jadi "mata dan telinga" ayah kita. Jika kita buat hal, orang kampung akan tegur. Silap-silap kena belasah. Balik rumah, sekali lagi kita kena marah/belasah. Le ni, orang tua takut nak tegur, takut kereta kena calar, takut rumah jadi sasaran mercun dan pelbagai lagi. Remaja jadi besar kepala. Biarkan...biarkan....Tiada lagi suasana macam dulu. Le ni tiada Sayyidina Hamzah atau Sayyidina Umar Al-Khattab....

Monday, April 02, 2007

3 jenis perbincangan dalam masyarakat

Dalam masyarakat kita le ni, mudah ditemui 1 dan 2. Ini kerana 1 dan 2 senang, tak payah perah otak! Kita payah nak lihat 3 walaupun hakikatnya 3 adalah yang terpenting. Laporan akhbar 1 April 2007 mengenengahkan 70% daripada mereka yang telah layak tetapi masih tidak mendaftar sebagai pengundi adalah generasi muda negara. Amat bahaya jika generasi muda negara yang akan menjadi pewaris bangsa selesa dengan 1 dan 2, pada masa yang tidak berminat untuk melakukan 3. 3 dianggap tidak penting untuk difikirkan/bincangkan dan tidak menjadi tanggungjawab mereka....

Wednesday, March 28, 2007

Teka-teki :LEMBUT DAN KUAT

Teka-teki : LEMBUT DAN KUAT (http://www.negarakumalaysia.blogspot.com)

Dulu saya ada pos 2 teka-teki. Lepas tu tak ada idea. Teka-teki banyak tapi saya cuba pos yang direka sendiri. Dah lama tak pos teka-teki, ni nak hidupkan semual ruangan teka-teki ni. Jika tuan puan ada teka-teki, bolehlah pos di sini.

Gambar di atas ialah teka-teki sebelum ini. Jawapannya lubang di fail kulit keras (warna hitam biasanya) untuk memudahkan kita tarik fail dari kabinet. Yang berlapis di dalam tu ialah kertas. Kepada yang bagi jawapan, terimakasih. Saja je sebenarnya, untuk suka-suka dan uji pengamatan kita. Kadang-kadang, benda yang hari-hari kita lihat pun, kita tak perasan. Tak perasan sebab kita tak fokus. Tak salah jika tak fokus sebab bukan semua di sekeliling kita penting. Tapi yang penting kenalah fokus dan perasan. Misalnya, anak-anak, isteri/suami dan keluarga!
Ni satu lagi nak uji keperasanan (ada ke perkataan ni dalam kamus BM?) kita.
Di mana kita jumpa perkataan ini? LEMBUT DAN KUAT
Tip : saya percaya, ianya ada dalam kebanyakan rumah. Mungkin tuan-puan tak perasan!
Makluman :
Jika tuan-puan nak jawab/bincang/komen apa-apa yang diposkan daripada http://www.negarakumalaysia.blogspot.com, mohon klik http://www.negarakumalaysia.blogspot.com dan klik "comment" di bawah setiap pos.

Sunday, March 25, 2007

Usahawanku : Semakin banyak, semakin sedikit..

Usahawanku : Semakin banyak, semakin sedikit... (http://www.negarakumalaysia.blogspot.com)
Siapa tak nak kaya cepat? Semua orang nak kaya dalam sekelip mata dan dengan mudah, kalau boleh! Walau apapun, ianya mestilah melalui jalan yang diredai dan diberkati Allah S.W.T. Ada usahawan makanan yang semakin ramai pelanggan atau tinggi keuntungan mereka, semakin sedikit atau "kemarau" meehun, mee goreng, nasi lemak atau inti karipap mereka. Dulu, karipap jika digoncang tidak berbunyi kerana padat dengan isi. Kini, ting! tong!ting!tong!, isinya dah semakin kurang! Dulu dalam meehun ada daging ayam, kini hanya ada tengkok ayam. Pelanggan tidak perlu membilang urat meehun dulu dan sekarang tetapi percayalah, mereka tidak bodoh untuk menilai perubahan. Kekalkan atau tingkatkan kualiti produk walaupun permintaan dah melebihi bekalan. Apatah lagi jika kita memonopoli perniagaan.

Tuesday, March 13, 2007

SPM, Anak, Daddy & Mummy..

SPM, Anak, Daddy & Mummy (www.negarakumalaysia.blogspot.com)

SPM results already out yesterday (12 Mac 2007). Congratulations to those who managed to get good results. For those who are not, don't worry and be happy. It's not the end of the world! SPM result is something but surely not everything. I've seen many people without good SPM results, excel in their lives. Your journey is still far ahead. SPM is just one page of many pages of your whole damn life! People say that it's not where you start that count but the most important is where you end. So, now is the time to decide where to go from this point. There are many routes for success. If you get stuck in one, you look for other ways. Every individual has his/her own strengths and weaknesses. You'll find your strengths if you care to look for it. Act now and start a new page of your life with new hopes...

Another good luck for all - your future undertaking!. In making decision, please consider your interest first but at the same time, listen and consider other peoples' opinions as well.

Thursday, March 08, 2007

sinkhole: kedudukan kita rapuh...








Sinkhole : Kedudukan kita rapuh.(http://www.negarakumalaysia.blogspot.com)

GUATEMALA CITY, Guatemala - A 330-foot-deep sinkhole killed at least two teenagers as it swallowed about a dozen homes early Friday and forced the evacuation of nearly 1,000 people in a crowded Guatemala City neighborhood. Officials blamed the sinkhole on recent rains and an underground sewage flow from a ruptured main. (by: Juan Carlo llorca, Associated Press writer)
Kita rasa dunia kita ni besar doh...tapi bila tengok gambar kejadian ni, naik gerun juga. Rupanya kita kecil saja. Bila-bila masa boleh lenyap dan pupus! Jika saya tak silap, lautan 2/3 dan daratan hanya 1/3. "Dunia" dalam lautan dan bawah bumi kita tak explore lagi....Aduhai! Hebatnya ciptaan Tuhan. Jadi kita tak boleh gah dan besar kepala sangat. Kehidupan pula diibaratkan setitik air yang menitis dari jari yang dicelup ke dalam air lautan.



Tuesday, March 06, 2007

Akasi lucah dalam komik bacaan generasi kecil kita


Aksi lucah dalam komik bacaan generasi kecil kita (http://www.negarakumalaysia.blogspot.com)
Pada 25/2/07, sambil berehat di rumah terpandang buku komik poket (vol.7) kartun terkenal. Cuba belek-belek, terpandang sesuatu di mukasurat 051, yang saya fikir tak patut ada dalam sesebuah komik untuk bacaan kanak-kanak. Nak tekankan dan buktikan pandangan saya ni, saya terpaksa imbas dan letakkan di sini. Harap jangan ada pula yang kritik sebab saya letakkan imej sebegini di sini. Kita fokus kepada "imej sebegini dipaparkan dalam komik untuk kanak-kanak" dan bukannya "isu saya letak imej ini di sini". Boleh? Kena jelaskan sebab masyarakat kita suka "melencong" ke lain bila berbincang! Satu lagi, tak perlu marah saya letak imej sebegini di sini sebab imej ini dah tersebar luas di negara kita dan dah dilihat oleh ramai kanak-kanak. Tu pun, saya kecilkan gambar ni dan letak "blok" dalam gambar di sebelah kanan tu..

Saya tak baca komik sebegini dan isteri pun tak baca. Jadi anak-anak yang baca. Tu pun saya tak beli tapi kanak-kanak sekarang pandai "kongsi ilmu" dengan rakan-rakan – tukar-tukar CD lah, komik lah, lagulah, ring tonelah dan bermacam lagi. Ini semua kesan dunia global yang terpaksa kita hadapi…
Kita mungkin payah menemui majalah Playboy tapi majalah seumpamanya sedang meresapi jiwa anak-anak generasi pewaris tanpa kita disedari.
Saya akui dalam kesibukan cari pitih, kita tak sempat nak pantau aktiviti anak-anak. Apatah lagi jika suami isteri bekerja. Kalau yang jenis "gila kerja", balik rumah pukul berapa dan dah penat – berapa kerap kita lihat buku sekolah anak-anak? Berapa banyak kita ketahui apa yang dia baca atau buat atau pelajari saban hari, samada dari sekolah atau rakan-rakan atau media masa? Kalau suami sorang bekerja, dia serahkan kepada isteri ambil kisah. Kalau isteri juga bekerja, kira "outsource" kepada bibik ambil cakna. Kalau tak ada bibik?....
Ada orang kata, "ahhh…biarlah, ni trend zaman le ning!", "kita fikir/bincang pun, tak ke mana!", "nanti bila dewasa, dia tahu sendirilah bezakan baik buruk!", "errr.. saya tak ada kena mengena…anak saya semua dah besar-besar dah!". Jadi sebab tak nak ketinggalan zaman atau tak nak serabut fikiran atau perkara dah di luar kawalan atau tiada kaitan, kita tak nak fikirkan mahupun bincang, jauh sekali buat tindakan…Trend masyarakat kita nampaknya lebih suka bincang perkara mudah dan menyenangkan hati (misalnya, gosip penyanyi, dan lain-lain)

Kepada mereka yang berpendirian sebegini, saya nak ingatkan tentang pepatah Melayu, "melentur buluh, biar dari rebung". Nak ingatkan juga tentang tanggungjawab serta amanah kita kepada Tuhan untuk memastikan "kain putih" dicorak sepertimana yang dikehendakiNya. Nak ingatkan juga ingatan Tuhan tentang kelebihan orang yang sesaat berfikir tentang agamanya berbanding dengan perkara lain. Nak ingatkan juga tentang soalan yang kena kita jawab (nanti!) tentang apa yang kita, secara individu atau masyarakat, bentuk – generasi masa depan! Hingga ke akhir hayat baginda, Rasulullah SAW sebut "umati, umati, umati!"

Dalam artikel bertajuk "Menjejak titik mula budaya ganas menular", Berita Minggu 25 Feb 2007, penulis iaitu Prof. Dr. Mohamad Hussain Habil mengaitkan permainan video dengan unsur ganas dalam diri anak-anak. Banyak kes-kes terbaru tentang keganasan dalam masyarakat kini yang boleh dijadikan contoh – kes buli di Kolej Tentera Udara Kepala Batas, pelajar bunuh pelajar di Bintulu Serawak, ibu disyaki bunuh anak di Pulau Pinang, pelajar di Pulau Pinang bunuh diri sendiri dan bermacam lagi. Jangan kata, "ahhhh…tu di tempat lain!" sebab kita pernah kata suatu masa dulu, "ahhh…itu di negara lain!"

Zaman le ni zaman orang dok takut! Mok bapok dia dok takut, cikgu/pensyarah dia dok takut, polis dia dok takut (ada motto "Belia benci Polis"), Agung pun dio dok takut (akhbar hari ini 26/2/07 : alat kebesaran Sultan Terengganu dicuri dari Istana Melewati KL). Minta jauh, di masa depan, orang dok takut Tuhan.. Jadi tepuk dada tanya diri. Buatlah sesuatu walaupun kecil (tapi pastikan buat sesuatu) untuk kesejahteraan umat. Jangan berdiam diri. Setiap daripada kita (yang panjang, pendek, kurus, gemuk, ketoq), semuanya berperanan dan penting dalam memastikan satu generasi pewaris yang kamil dapat dihasilkan.

Sunday, March 04, 2007

Usahawanku : Ketuanan dan kebergantungan

Usahawanku : Ketuanan dan kebergantungan (http://www.negarakumalaysia.blogspot.com)
Saya rasa "ketuanan" dan "kebergantungan" merupakan pemikiran yang dipasak penjajah ke dalam minda orang Melayu bagi memastikan bangsa Melayu terus "dijajah" walaupun selepas kemerdekaan. Pemikiran sebegini akan menghasilkan sikap malas berusaha, suka meminta, ingin cepat senang dan tak sanggup bersusah untuk kesenangan, tidak kreatif dan inovatif, hanya pengguna dan bukan pereka/pencipta dan pentingkan keselesaan diri semata-mata. Bila semua ini dah tertanam dalam jiwa, mudahlah seseorang atau sesebuah bangsa itu "diuruskan".
Islam tidak mengajar begitu. Dalam aspek mencari rezeki, Islam lebih menyarankan usaha sendiri, sifat rajin dan tidak bergantung kepada orang lain. Sabda Rasulullah S.A.W yang diriwayatkan oleh Zubir al-Awam, bermaksud,
"Sekiranya salah seorang antara kamu membawa tali kemudian pergi ke bumi mencari kayu, kemudian dipikul ke pasar untuk dijual dan dengan itu dia dapat menutup air mukanya, maka yang demikian itu lebih baik daripada meminta-minta kepada orang, baik mereka memberi ataupun menolaknya".
Umat Islam dahulu berjaya kerana mereka gigih berusaha sendiri. Mereka tak cepat selesa walaupun bergelar Rasul/Nabi, Sahabat dan Ulama'.
Rasul :
  • Nabi Adam a.s. – petani
  • Nabi Nuh a.s – peniaga
  • Nabi Daud a.s. – tukang besi
  • Nabi Musa a.s juru tulis
  • Nabi Zakaria a.s – tukang kayu
  • Nabi Idris a.s – tukang jahit
  • Nabi Sulaiman a.s – pembuat bakul
  • Nabi Isa a.s – tukang tenun & pencelup kain
  • Rasulullah s.a.w – pengembala kambing dan peniaga yang berjaya

Sahabat:

  • Khubab bin al-Arth – tukang besi
  • Abdullah bin Mas’ud – pengembala kambing
  • Sa’ad bin Abi Waqas – pembuat anak panah
  • Zubir a-Awam – tukang jahit
  • Salman a;_farisi – tukang gunting
  • Ali bin Abi Talib – penyiram pokok tamar

Ulama’:

  • Imam Ahmad bin Hambal – ambil upah angkat barang untuk sara keluarga
  • Abu al-Hassan Ahmad bin Muhammad al-Quduri – pembuat kuali
  • Ahmad bin Umar al-Kharaj – pembuat tapak kasut
  • Al Tha’labi – penulis besar, tukang jahit kulit binatang

Wednesday, February 28, 2007

Sexual harassment?



Skrip di atas adalah berdasarkan artikel bertajuk "Aurat" yang saya terima melalui email. Ianya mengenai perbualan seorang ustaz dengan wanita yang sedang mendengar ceramah beliau. Sebenarnya artikel ini panjang dan banyak ayat-ayat Allah SWT diutarakan oleh ustaz. Tapi pada saya menarik kerana ustaz cuba menjawab persoalan beberapa orang wanita tentang aurat bukan hanya melalui ayat Quran tetapi mengikut akal pemikiran. Haaa...dia masuk kot tu dulu...kadang-kadang, bagi orang yang kurang faham atau memang dok se (tak mahu) dengar ayat-ayat Quran ni, kalau bagi ayat peringkat awal lagi, dia doh "tutup pintu". Saya akan cuba ketengahkan lagi intipati artikel itu dalam sesi akan datang..



Tuesday, February 27, 2007

Kawah tanggungjawab


Kawah Tanggungjawab (http://www.negarakumalaysia.blogspot.com)

Gambarajah di atas ni adalah model tanggungjawab yang saya reka. Ianya macam kawah-kawah di permukaan bulan. Saiz berbeza menunjukkan besar atau kecilnya tanggungjawab tersebut. Warna merah bermaksud kita gagal melaksanakan tanggungjawab seperti yang sepatutnya, manakala warna putih pula menunjukkan bahawa kita telah berjaya. Setiap kita boleh melakarkan kawah tanggungjawab masing-masing. Tanggungjawab yang kita pikul mungkin sama dengan yang dipikul orang lain tetapi saiz dan warnanya mungkin berbeza! Semua kawah-kawah ini dilingkungi oleh kawah besar yang menggambarkan tanggungjawab kita sebagai hamba kepada Pencipta, Allah SWT. Kita mesti berusaha untuk menjadikan "kawah hamba" kita berwarna putih!

Saturday, February 24, 2007

KongsiBuku : "Bagi Golongan Yang Berpemikiran"

KongsiBuku : "Bagi Golongan Yang Berpemikiran" (http://www.negarakumalaysia.blogspot.com)

Ruangan ni saya khaskan kepada sesiapa saja yang berminat untuk berkongsi maklumat tentang buku yang dibaca. Semoga dengan paparan sebegini, kita akan sama-sama meningkatkan ilmu dan pengetahuan. Buku yang saya sedang baca sekarang bertajuk seperti di atas, ditulis oleh Harun Yahya (nama pena) dan dilahirkan di Ankara, Turki pada tahun 1956. Syarikat penerbit ialah Saba Islamic Media (www.saba.com.my). pada saya buku ini sangat-sangat bermanfaat. Ia mengupas isi Al-Quran tentang penciptaan dan kebesaran Allah SWT. bahasa mudah difahami dan contoh kontemporari. Antara yang menarik, diketengahkan 4 ekor binatang yang disebut dalam Al-Quran iaitu nyamuk, unta, lalat dan lebah - bagaimana kejadiannya, manfaat kepada manusia dan pelbagai perkara yang patut manusia contohi dari kejadian binatang ini. Selain daripada itu, diceritakan juga mengenai planet dan manusia. saya rasa bagus sebab orang le ni hanya baca Al-Quran (tu pun kalu baca!) dan tak tahu makna. Jauh sekali untuk mengkajinya. Jadi buku ini membantu kita mengenal Pencipta kita dan penciptaannya. Bila baca buku ini, saya tahu kaitan antara saya kapal terbang dan pepatung, kapal terbang dan ikan catfish, kapal selam dan nautilus, benih sayur dan payung terjun, benih mapel dan struktur bebaling, radar dan kelawar, mulut lalat dan zip seluar/baju, kupu-kupu dan straw minuman, labah-labah dan industri bebenang dan pelbagai lagi. Terimakasih kepada sahabat , JHH kerana memperkenalkan buku ini kepada saya.

Tuan-puan dijemput untuk kongsi buku yang dibaca di sini. Email imej gambar buku kepada saya di gee_nazif@yahoo.com

Tuesday, February 20, 2007

Profesion yang dilupakan..

Usahawanku : Profesion yang dilupakan….(http://www.negarakumalaysia.blogspot.com)

Semasa cuti Raya Cina (17 & 18 Feb 2007) lepas, saya berkesempatan pergi gunting rambut di sebuah kedai di Chabang Tiga Kuala Terengganu (KT). Entah berapa kali doh gunting rambut semenjak hidup ini. Entah berapa banyak wang dibelanjakan untuk mengunting rambut sendiri dan anak-anak. Saya ingin berkongsi maklumat mengenai profesion sebagai tukang gunting ini. Tahukah kita yang seorang tukang gunting boleh dapat secara purata RM2,000 setiap bulan? Khabarnya di Johor, ada tukang gunting yang pakai “mata belalang” (kereta mercedez lah tuuuu…). Ada sebuah kedai gunting di bandar KT yang diuruskan secara profesional oleh seorang pengurus (juga tukang gunting) dengan 14 orang tukang gunting lain bekerja dengan beliau di bawah satu bumbung. Purata pendapatannya seperti berikut:

RM100 / tukang gunting sehari x 14 tukang gunting = RM1,400 sehari (sebulan = ???)

Saya dimaklumkan bahawa di Thailand, ada pusat latihan untuk tukang gunting. Selepas tamat latihan di pusat ini, tukang gunting akan bertebaran ke serata tempat untuk membuka perniagaan mengunting sendiri. Ada yang sampai buka kedai hingga ke negara kita, termasuklah di negeri Terengganu. Khabarnya salah satu aktiviti “training” pusat ini ialah membuat lawatan ke rumah-rumah anak yatim dan mengunting kepala anak-anak yatim secara percuma. Agak-agak “sepeng” kepala budak-budak tu, “penyelia” baikilah kot (kalau boleh dibaiki…)!!!

Yang menjadi persoalan di sini ialah, tak ramai orang kita sendiri yang menceburi profesion ini. Di Dungun ni, saya boleh ingat berapa kedai gunting yang ada dan bayangkan di mana lokasinya – maknanya, tak banyak!! Pulangan lumayan tapi orang kita semacam tak minat. Zup…zap…zup..zap…10 minit dah siap dan dapat RM5 – RM7 setiap kepala. Tangan jadi “kkatang” (bukankah baik untuk kesihatang???) Kita ada masalah pengangguran di kalangan graduan. Tapi bagi rakyat asing, negara kita umpama lombong emas! “Saya tak minat dan tak pandai gunting” – ini mungkin luahan orang kita atau graduan. “Tak minat dan tak pandai” sebabnya tak terdesak atau hanyut dengan dunia glamour. Nanti, bila nak minta anak orang, bakal mertua tanya, “kerja apa?”. Kalau pakai “mata belalang” pun, orang kata pinjam!! Ini satu lagi hal – budaya dan pemikiran masyarakat yang pentingkan kebendaan atau aspek luaran dan bukannya dalaman.

Jika saya jadi tukang gunting, saya akan :

  1. Sewa kedai di Pasar Raya Mydin KT (Mydin terbesar di Pantai Timur) dan gunting kepala suami-suami (serta anak-anak) yang bosan tunggu isteri-isteri mereka shopping.
  2. Buat lawatan secara berkala ke IPTA/S dan gunting kepala pelajar pada harga diskaun.
  3. Beri latihan mengunting kepada yang berminat

Wednesday, February 14, 2007

Tak perasan atau perasaan...


Tak perasan atau perasaan…(http://www.negarakumalaysia.blogspot.com)

Sedar tak sedar kini umur dah hampir 40 tahun. Jika purata umur umat le ni 60-70 tahun, mencecah 40 tahun ni maknanya, kata orang bola “dah separuh masa kedua”. Tapi, kita selalu tak perasan yang kita sudah tua. Mungkin sebab kesibukan..sehinggalah ada orang panggil pakcik atau kita sudah ditolak ke depan untuk jadi imam solat masa keluarga berkumpul atau diminta pandangan apabila ada isu berkaitan keluarga atau dicuit untuk jadi jurucakap rombongan meminang (Sowi, 2006) atau dilantik pengerusi PIBG. Kita biasanya mengelak (macam dulu-dulu). Alasannya, beri ruang kepada orang tua-tua. Rupanya tiada lagi orang tua – kitalah!! Kita diberi ingatan melalui banyak cara – uban putih, sakit lutut naik tangga, jalan 50 meter doh boleh dengar nafas sendiri termengah-mengah, tengok TV dan 5 minit kemudian TV tengok kita, mata orang nampak terjemahan drama Mexico di skrin TV, kita pula hanya nampak pelakon Mexico. Nasib baik Tuhan tak jadikan bulu roma juga putih! Tapi ada juga kes sebegitu…

Orang kata hidup bermula pada umur 40. Bimbang juga sebab takut maksudnya “hidup di dunia satu lagi bermula umur 40”. Bila kita sebut pasal mati, sesetengah orang tak suka. “Buat kita jadi negatif”, kata mereka. Mereka ini tak faham dan tak nak kaji “user manual”. Jika ingat mati beri kesan negatif kepada manusia, mengapa Allah sangat-sangat menyarankan manusia agar sentiasa ingat mati.

Ingat mati itu ada kesan terus dan positif kepada kehidupan – manusia mudah bertaubat, beringat dalam setiap tindakan dan tabah hadapi cabaran. Bila tak ingat mati, tak cuba buat yang terbaik, curi duit orang, pecah amanah, rasuah, tengok untung semata-mata, pentingkan diri sendiri, guna tipu muslihat untuk capai objektif diri, khianat orang dan sebagainya.

Tiris...Tirih...

Saturday, February 10, 2007

Tarikh luput!

Tarikh luput (http://www.negarakumalaysia.blogspot.com)
Kebanyakan produk ada tarikh luputnya sendiri – selamat untuk digunapakai sampai bila. Manusia pun ada tarikh luputnya. Firman Allah yang bermaksud :

“Dan bagi tiap-tiap umat ada tempoh (yang telah ditetapkan), maka apabila datang tempohnya, tidak dapat mereka dikemudiankan walau sesaatpun, dan tidak dapat pula mereka didahulukan. Wahai anak-anak Adam! Jika datang kepada kamu Rasul-rasul dari kalangan kamu yang menceritakan kepada kamu ayat-ayat (perintah) Ku, maka sesiapa yang bertaqwa dan memperbaiki amalnya, tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita. Dan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat (perintah) kami dan yang angkuh (merasa dirinya lebih) daripada mematuhinya, merekalah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya (Al-A’raaf, Ayat 34-36)

Cuma, untuk manusia, hanya Allah selaku Pencipta saja yang tahu. Manusia dijadikan seelok-elok kejadian. Umpama kain putih bersih pada asalnya. Manusia diberi kebebasan untuk melakar corak dan warna sendiri. Pun begitu, ianya mestilah mengikut apa yang dikehendaki Pencipta. Bagi produk yang berkualiti, selepas tarikh luput pun masih diingati. Kadang-kadang, sayang nak buang bekasnya yang bukan sahaja cantik tetapi bermanfaat untuk diisi barangan lain – kalau bekas dalam gambar di atas, boleh digunakan pula untuk isi kacang butir dan rempah ratus! Produk dalam gambar ialah Mayonnes. Dari mula beli hingga tarikh luput pun, ianya kekal sebagai Mayonnes. Sebagai manusia istimewa yang dianugerahkan iman dan Islam, kita berdoa semoga apabila tarikh luput kita sampai, kita kekal dalam iman dan Islam!

Tuesday, February 06, 2007

Berapa?Bila?Apa?

Berapa?Bila?Apa? (http://www.negarakumalaysia.blogspot.com)

Cuba tanya diri berapa buah buku dah kita baca semenjak kita hidup ni? Bila saya kata buku, maksudnya bukan buku teks sekolah, bukan buku subjek mengajar, bukan majalah Mangga, Hai dan seumpamanya. Bila kita baca? Dulu dulu atau baru mula baca? Apa jenis buku yang kita baca? Jika kita ibubapa, soalan yang sama boleh kita cuba jawab untuk pasangan dan anak-anak. Semasa saya menghadiri satu bengkel penyelidikan yang dikendalikan oleh Prof. Madya Dr. Abd Rahim (UIA), beliau tanya peserta buku apa sedang baca sekarang? Dalam ramai-ramai 30 orang peserta tu, tiada yang berani jawab. Saya kira kerana tiada buku yang sedang kami baca pada masa tu. OK...kalu tidak buku, kita tanya pasal Quran pula...bila kali terakhir baca? Berapa kerap baca? Jadi semuanya pasal membaca! Jika Quran tak baca, buku tak baca, akhbar pula bila ada masa dan isu panas baru baca - apa yang kita baca? Membaca itu penting - untuk ilmu. Iqra' ayat pertama diturunkan dan ianya tentang baca. Baca untuk ilmu, ilmu untuk kesejahteraan. Percayalah, banyak beza orang membaca dengan tidak membaca..

Monday, February 05, 2007

Kecaknaan.....

Kecaknaan (http://www.negarakumalaysia.blogspot.com)

Skrip pertama di atas ialah daripada drama "Tanah Kubur" yang ditayangkan di TV bulan lepas. Skrip kedua tu reka sendiri. Apa yang ingin saya kongsi di sini ialah kecaknaan kita masa kini. Kita punyai pelbagai alasan sampaikan dalam hal orang yang melahirkan kita pun, kita masih beri alasan....kita "terkemama" (hanyut) sebenarnya. Ingat, kebanyakan daripada kita akan jadi atau sudahpun jadi ibubapa. Kita pun akan tua (jika umur panjang) suatu masa nanti dan kata orang hidup ibarat roda, bulat dan berpusing!
Mungkinkah suatu hari nanti dalam masyarakat kita, anak-anak akan panggil ibubapa mereka dengan nama sebagaimana diamalkan oleh orang putih le ning? Melihatkan keadaan sekarang, ini tidak mustahil jika......

Tidur bantal lain lain tapi pastikan mimpi kita sama

Tidur bantal lain lain tapi pastikan mimpi kita sama (http://www.negarakumalaysia.blogspot.com)

Saya kerap kali dengar ungkapan ini. Situasi paling berkaitan yang saya boleh kaitkan dengan ungkapan ini ialah kesepakatan kita dalam sesebuah organisasi. Sesebuah organisasi kena bergerak macam satu pasukan bolasepak. Kesebelasan pemain satu pasukan mungkin berbeza bentuk fizikal dan cara berfikir mereka. Namun, sebaik sahaja wisel permulaan ditiup, kesebelasan pemain ini akan berkerjasama untuk menyumbat ke gol lawan. Tiada perlawanan yang saya tonton setakat ini memperlihatkan striker bawa bola ke pintu gol lawan dan bila dapat kepada pemain tengah pasukan yang sama, bola dibawa pula untuk disumbat ke pintu gol sendiri. Setiap orang dalam satu pasukan adalah penting dan berkaitan. Pemain sayap tak boleh kata, "Ahhh!! kawe wind sajo. Dok penting mano!". Setaip pemain jelas tentang objektif mereka iaitu untuk menang! Kejayaan menjaringkan gol adalah kemenangan pasukan dan diraikan bersama. Lain pula kesnya kita lihat (kadang-kadang) dalam sesebuah organisasi yang ada pelbagai jenis bahagian di dalamnya. Kejayaan untuk bahagian masing-masing diutamakan dan bukannya kejayaan bagi keseluruhan organisasi. Padahal, jika keseluruhan organisasi gagal, ianya merupakan kegagalan semua bahagian yang ada di dalamnya. Konsep kesepakatan dan persaudaraan yang ditonjolkan Islam itu cantik jika dihalusi. Tuhan kata setiap orang Islam itu bersaudara. Jika kita seorang kenyang sedangkan ada jiran kelaparan pun tak boleh. Hatta, dalam doapun, disarankan juga doa untuk kesejahteraan semua, "muslimin dan muslimat!".
Tapi ada juga khabarnya orang yang tidur sebantal tapi mimpi lain lain. Guano pulok ni??????