
Gambar basikal tua ni, sahabat saya PM Ustaz Zaid bagi satu masa dulu. Kat rumah mungkin kita ada banyak barang-barang lama. Nak buang sayang, simpan…simpan…simpan…akhirnya "makan" ruang! Di negara orang putih, barang lama dijual di tempat dipanggil car-boot sales. Keluarga akan ke satu tempat yang dikhaskan, buka bonet kereta dan jual barang-barang terpakai dengan harga murah – 10 sen, 20 sen pun ada! Satu keluarga terlibat. Anak-anak boleh jual barang mainan mereka sendiri, tetapkan harga sendiri dan runding sendiri dengan pembeli. Ayah boleh jual perkakas pertukangan dan ibu boleh jual buku resepi. Di tempat kita, saya tengok car-boot sale ini cuba diwujudkan di Shah Alam. Namun, konsepnya tidak seperti yang asal – dah jadi macam pasar malam ataupun pasar tani. Kalau macam ni, objektif asalnya mungkin tak tercapai.
Saya kira car-boot sales boleh diadakan di organisasi tempat kita bekerja. Gunakan tempat letak kenderaan dan cari satu petang yang ceria, masanya dari pukul 5 hingga 6.30 petang. Guane gamok? Tak payah buka kepada orang luar dahulu - tertutup kepada staf sendiri. Nak buat tukar barangan suka sama suka pun ok macam dulu-dulu, barter trade! Antara manfaat car-boot sales ini:
o Didik anak dan ahli keluarga berusaha sendiri dan bertanggungjawab
o Tunjukkan kepada anak bahawa nak cari duit bukan mudah. Justeru, perlu berhemah dalam berbelanja.
o Eratkan silaturrahnim antara staf
o Bantu tingkatkan ekonomi kelompok sendiri
o Ikatan kekeluargaan jadi kuat
o Rumah jadi "kosong" : aiyaaaaaa.....banyak sinang woooooooo...cicak dan labah-labah frust nuggeng wooooo!
Siapa nak uruskan ni? Biasalah...orang lain cadang, orang lain buat..he!he!. Saya cadangkan tak ada orang uruskan...kalau setuju, kita umumkan apa harinya, di mana dan pukul berapa..siapa nak datang, datang. Siapa tak nak datang, boleh datang bila-bila rasa nak datang!