
Teringat semasa zaman kanak-kanak dulu - kebanyakan perkara saya turuti tanpa diperjelaskan rasionalnya oleh ayah. Saya pun tak banyak soal dan tak berani nak soal. Zaman sekarang nampaknya lain. Anak saya banyak soalannya dan kekadang, kena buat penyelidikan juga untuk menjawabnya. Mungkin ini antara cabaran ibubapa zaman sekarang. "Sakit ke abah?", "Lama ke abah?", "Mengapa kena bersunat abah?", "Bersunat tu kena potong XXX ke abah?", "Sebab apa orang Islam saje bersunat?" - itu antara beberapa soalan yang boleh tahan juga nak menjawabnya. Saya teringat kata-kata seorang rakan, "Dengan kanak-kanak ni kena berhati-hati bercakap. Walaupun mereka kanak-kanak, kita perlu berterus-terang seboleh mungkin!". Saya dapati ini ada kebenarannya - buktinya sebelum bersunat, saya memberitahu sianak yang bersunat hanya mengambil masa sekejap saja. Terkeluar di mulut saya, "5 minit sahaja". Sehari selepas anak saya bersunat, dia memandang dengan muka masam kepada saya dan dengan tiba-tiba, dia berkata, "Abah kata 5 minit saja tapi lama!" dan dia nampak sangat kecewa.
Hari ini, 2 Julai 2006, alhamdulillah, anak saya dah OK. Hari kedua pakai seluar dan kembali ke sekolah. Ada satu soalan nak tanya : Di zaman saya dulu, datuk saya kumpulkan kemuncup dan letak sebelah bantal. Apa gunanya kemuncup? (Hint: Fungsinya sama dengan ketuk kepala lutut!)