Google
 

Friday, September 08, 2006

Kasih sayang bola ping pong

Saya baru pulang (3 Julai 2006) daripada bertemu seorang rakan baru, seorang penjawat awam yang juga seorang pelajar Masters secara separuh masa. Sebenarnya saya menemani seorang rakan lain yang sudah lama mengenali rakan baru ini. Kami berbual sambil makan satay. Antara topik yang dibincangkan ialah mengapa secara umumnya, rakyat Terengganu (yang sudah bekerja) tidak begitu berminat untuk menyambung pelajaran ke peringkat tinggi. Umum, kerana kami tiada statistik untuk membuktikannya tetapi berdasarkan kepada pemerhatian. Di Terengganu, prasarana pendidikan boleh dikatakan setanding dengan negeri lain tetapi peratusan rakyat negeri Terengganu yang terlibat tidak membanggakan. Semangat mereka daripada Kelantan dan Pahang dirasakan lebih ketara. Kata rakan baru tadi,

"Ketika saya bekerja di Kelantan dulu, saya lihat kesedaran kepada kepentingan pendidikan tinggi - siayah rela bergolok bergadai untuk pendidikan anak-anak. Biarlah rumah siayah seakan nak menyembah bumi tapi duit dicari untuk dilaburkan bagi anak-anak ngaji! Sesetengah orang kita di sini, duit dicari untuk diri sendiri, simpan! Bila meninggal, anak dok berebut!"

Rakan saya yang seorang lagi mencelah,
"Sebab itu kita tengok di Kelantan, ekonomi mereka bergerak! Di kampung pun banyak rumah banglo walaupun mereka tiada industri besar. Ini hasil "kasih sayang bola ping pong". Jika kita baling bola ping pong ke dinding dengan perlahan, ia akan melantun balik secara perlahan. Jika kita baling kuat, ia akan melantun kuat kepada kita. Sianak nampak jerih perit ibubapa untuk memberi pendidikan kepada mereka setinggi mungkin. Subuh pagi ketika anak tidur, sudah ke tempat menoreh atau turun ke laut, bergadai nyawa dibaham harimau atau dipukul badai. Sianak perhati dan pelajari semua ini. Balingan kuat pastinya lantunannya juga kuat. Bila anak-anak berjaya, mereka akan hantar wang ke kampung kepada ibubapa untuk dibelanjakan. Pantang musim cuti atau hari minggu pun, mereka berduyun-duyun balik kampung dan berbelanja."

Dalam perjalanan pulang, rakan saya menceritakan sedikit latarbelakang rakan baru saya tadi yang membuatkan saya amat mengaguminya. Sekarang beliau dalam usia 49 tahun, buat Masters (hari minggu memandu ke universti yang jaraknya, 12 jam perjalanan). Pada hari bekerja, selepas pulang daripada pejabat yang jauhnya +- 1 jam dari rumah, beliau akan berehat sekejap dan pada sebelah malamnya, akan memandu selama 45 minit pula ke rumah ibunya. Beliau akan bermalam di rumah ibunya yang tinggal bersendirian. Awal pagi, terus memandu ke tempat kerja (1 jam dari rumah si ibu). Ini rutin harian rakan yang baru saya kenal tadi. Wowwwww...

Pagi yang gawat!

Pagi ni semasa mandi, termasuk air dalam telinga. Ini biasa berlaku tapi yang tidak biasanya, bila dimasukkan air lagi (petua diterima daripada orang tua-tua) dan lompat beberapa kali sambil menonggengkan telinga ke bawah, air tak juga keluar. Lompat punya lompat punya lompat, air tak juga keluar. Telinga jadi bengang, berdegung dan bila dijirus air ke seluruh kepala, bunyi dalam kepala macam air hujan lebat menimpa atap zink – sangat tidak selesa dan saya jadi panik! Saya teringat beberapa kenalan orang tua yang pernah menyuarakan keadaan mereka yang telinga berdengung. Kita yang tidak pernah menghadapi ini mungkin mengambil enteng – masuk telinga kanan, keluar telinga kiri! Kini saya telah merasainya. Itupun bukan lagi penglihatan kabur atau terus gelap gulita. Alhamdulillah, selepas 10 minit, entah selepas berapa kali melompat, akhirnya air dalam telinga pun keluar. Anak-anak dan isteri ketawa besar kerana saya melompat hingga keluar bilik air (dengan bertuala!). Kata mereka, muka saya nampak panik sangat-sangat!

Apa yang saya ingin kongsi di sini ialah keselesaan yang kita sedang nikmati ini boleh hilang dengan sekelip mata. Semua orang tahu ini tapi saya fokus kepada perasaan di ketika keselesaan yang dinikmati ditarik oleh Yang Maha Kuasa. Disaat ini, biasanya kita cepat insaf dan merayu kepada Tuhan agar dikembalikan kepada keadaan asal. Disaat dan ketika itu, hati kecil mungkin sampai tahap berjanji dengan Allah s.w.t akan menjadi hamba yang soleh – harta tidak penting, pitih tidak penting, pangkat dan kuasa tidak penting! Saya bersyukur kerana ianya hanya 10 minit – bagaimana agaknya jika buka mata pagi ini, kita ditanya, “Ma Rabbukka?” Aduh, tentunya gawat pak! Banyak urusan yang belum selesai nih! Tapi yang biasa itu biasa terjadi - ingat sekejap dan lupanya berterusan!

Derita orang kita anggap enteng sehinggalah kita juga merasainya. kebelakangan ini kita dihidangkan dengan berita rakan seagama dibelasah "orang gila", Israel. Rakan seagama di Indonesia melalui saat sukar ditimpa gempabumi lagi, atau lebih spesifiknya tsunami. kekadang bila dah biasa dengar, kita sekadar dengar atau tukar channel TV - "biasalah", kata kita. Kita lebih fokus kepada berita hiburan dan siaran langsung artis kahwin. Muka depan akhbar bukan mengenai nasib rakan-rakan kita yang ditimpa musibah tapi berita yang menyeronokkan. Perbincangan bukan lagi bagaimana untuk kita membantu tetapi keutamaannya kepada yang lain. Kita terus tenggelam! Kita perlu ingat yang keselesaan pastinya tidak berkekalan dan signal yang kita berada di landasan yang betul. Ditakuti bila masa kita kena, tiada apa yang boleh dibetulkan lagi!

Tuesday, September 05, 2006

Sepetang di bulan Ramadhan 1427H

Pengajaran :
1)Bersedekah sebanyak mungkin di bulan Ramadhan
2)Jangan harapkan balasan bila bersedekah
3)Kalau takut pinggan kesayangan "pergi tak kembali",boleh guna pinggan plastik. Be practical - jangan nak menunjuk. Atau boleh suruh penerima salin time tu juga ke pinggan mereka. Cepat-cepat bawa balik dan simpan dalam almari!
4)Kalau anda yang menerima dan tak boleh nak balas, kembalikan saja pinggan kosong. Itu lebih baik dari janji kosong! Jangan rasa sssakut atau terkilan kerana tak boleh balas kerana sipemberi sepatutnya tidak emngharapkan apa-apa balasan.
5)Islam menggalakkan hidup berjamaah, bermasyarakat dan bergaul mesra. Jangan jadi katak bawah tempurung kaca - kita nampak orang dan orang nampak kita tapi tak nak bertegur sapa. Sebabnya, jika mati pun, kita tidak akan terlepas dari orang - nak minta orang tolong mandi, kafan, kebumi dan bacakan talkin/doa untuk kita.

Tambahan : Panggil orang tersayang darling!