Google
 

Saturday, August 12, 2006

Dulu & Kini : Hormat guru

Masa saya bersekolah atau di universiti dulu, tengok guru/pensyarh mmmmerit! takut dan hormat. yalah...sebab mereka yang didik dan ajar kita banyak perkara. Tengok cikgu/pensyarah datang, dari jauh kita dah beri laluan atau kita beredar ke tempat lain. Sekarang lain pula halnya....sibuk berbual atau bercakap di telefon tangan! Guru nak lalu pun buat tak tahu..Hinggakan kadang-kadang pensyarah yang besar sikit "frame"nya kena berusaha kecilkan "frame". Bukan apa, kalau yang perempuan tu, takut terlanggar punggung kang susah! yang lelaki pula takut terkena siku mereka, senok lah kita....siku orang muda ni keras dan bermuncung tajam! Ada juga yang masa kita ajar saja senyum meleret tapi bila dah masuk semester lain, macam tak pernah kenal pula! Saya ingat pelajar sekolah rendah masih ok lagi. Ada satu ketika masa saya berbual dengan anak di sekolah, seorang guru lalu berhampiran kami. Anak saya terus berhenti bercakap dan menoleh kepada guru tersebut dan berkata, "Assalamualaikum Cikgu!". Saya tengok yang lain-lain pun buat macam tu. Siap tunduk lagi. Aduhai, harap-harap adab ini diteruskannya....Aminnnnnnn...

Sikap kerah keng : Yang mudah jadi payah!

Pagi pagi 7/8/06 semasa menghantar anak ke SK Sura, saya lihat satu kemalangan yang melibatkan seorang pelajar yang berbasikal dengan seseorang bermotosikal yang menghantar anak/adik beliau ke sekolah. Habis, patah reyok tayar basikal pelajar terbabit. Jadi alasan si mamat bermotosikal yang beliau telah menunggang dengan perlahan, tak masuk akal. Pada saya pelajar tak boleh disalahkan kerana orang dewasa semestinya lebih berakal daripada kanak-kanak. Saya pernah lihat suatu ketika, di depan sekolah ini, waktu pelajar berpusu-pusu pulang, kereta dipandu dengan laju merentasi kawasan sekolah.
Ni satu lagi sikap negatif orang kita – dia nak cepat ke tempat kerja tapi hantar anak lewat. Mulalah nak memecut. Dah terjadi perkara yang tak diingini, seribu satu alasan dan kesemuanya salah orang! Saya berjumpa pengurusan sekolah dan tanya mengapa tiada orang yang bertugas membantu pelajar melintas jalan sewaktu mula dan tamat sekolah. Kata pengurusan,
“kita ada pengawal keselamatan yang secara sukarela bertugas membantu pelajar melintas suatu ketika dulu. Malangnya, ada ibubapa yang marah pengawal terbabit menahan kereta mereka untuk beri laluan anak-anak melintas. Marah kerana mereka nak cepat! (pemandu ini mungkin dah menurunkan anak mereka). Sebenarnya pengawal keselamatan adalah pekerja syarikat keselamatan swasta yang skop tugas mereka hanya menjaga keselamatan kawasan sekolah. Jadi, bayangkan anda buat kerja sukarela bantu pelajar melintas tetapi dimarahi ibubapa yang hanya memikirkan kepentingan sendiri. Nak kata tak berpendidikan, tapi pandu kereta mewah dan besar!”

Saya ingat orang kita ini akan sedar bila dah kena batang hidung sendiri – anak sendiri dilanggar! Nauzubillah! Sehingga itu, dia akan fikir, “dunia ini ana yang punya” atau “aku! aku! dan aku! Dek kerana sikap, benda mudah boleh jadi sesukar keadaan dalam grafik di bawah.
Dalam lakaran saya di atas, pemandu kereta A nak juga buat U-Turn ke kanan walaupun ada ‘Double Line” dan kereta sesak. Apa salahnya terus belok ke kiri, pergi pusing kat mana-mana atau ikut jalan belakang sekolah. Takut minyak habis ke guano? Pemandu kereta B pula tak bagi ruang. Akibatnya terjadi deretan kenderaan dan pemandu kereta D yang nak juga masuk ke kiri untuk menurunkan anak, tak dapat masuk. Pemandu kereta E pula nak masuk ke kanan tetapi diblok kereta C. Pada masa ini kenderaan tak bergerak kerana pelajar melintas di "zebra crossing". Emmmm….apa nak buat! Sikap! sikap! sikap! Masing-masing nak tunjuk keras keng dan keras cokeng!

Dulu & Kini : Keibubapaan


Antara "sayangkan anak, tangan tangankan" dan "sayangkan anak timang timangkan". Apa nak dikata, orang tua dulu dikatakan lebih keras dalam mendidik anak-anak mereka berbanding ibubapa sekarang. Dulu, tak sukar nak cari rotan dalam rumah. Tak ada rotan, tali pinggang dan gulungan suratkhabar pun jadi. Sekarang, dalam rumah ada macam-macam kecuali rotan. Dulu, jika anak di rotan dis ekolah kerana tak boleh hafal sifir, balik rumah kena tibe (pukul) lagi oleh siayah. Sekarang, anak-anak jangan disentuh atau diusik!
Namun, anehnya, dulu "Pusat jagaan orang tua" jarang didengar. Sekarang dah tumbuh macam cendawan. Di Dungun, bandar kecil ini pun dah ada Pusat jagaan harian Orang Tua (di Kuala Dungun). Masa depan tak tahulah guano ceritanya. Kita sedang bentuk kehidupan dan masyarakat yang macam mana sebenarnya ni? Kita sentiasa fikirkan ubat untuk penyakit tetapi tidak berusaha mencari kaedah mengelak penyakit walaupun hakikat "Prevention better than cure" tu semua orang akui betul!
Betul ke kita sedang amalkan apa yang kita percayai? Jika tidak.......takut takut di masa depan ada ramai lagi Lina Joy!