Google
 

Wednesday, July 12, 2006

Siapa tahu sembelih ayam?

Berapa ramai daripada kita yang boleh sembelih ayam? Saya tak boleh! Tak pernah cuba pun. Pegang saja boleh lah! Dalam gambar ini adik saya sedang memegang ayam kampung yang disembelih oleh seorang ahli keluarga, Abang Nor. Ni, di kampung asal yang saya habiskan zaman kanak-kanak bermain "combat", "police entry", dekcok, tarzan dan menimba (ikan) di lubuk. Dulu kampung ini, jarak sebuah rumah dengan rumah yang lain +- 1/2 batu. Sekarang pun, selepas 30 tahun lebih, keadaannya masih begitu. Saya pun begitu, sejak dari dulu hingga sekarang tak pandai sembelih ayam. Hanya tahu pegang, cabut bulu dan makan. Terimakasih abang Nor, orang yang masih setia di kampung dan buat kerja yang orang di bandar tak tahu buat. saya ingat kita tidak harus pandang remeh kemahiran ini kerana dibimbangi bila "orang-orang kampung" ini telah tiada, tiada yang mewarisi kemahiran ini. Akhirnya, urusan sembelih ini diambilalih oleh mesin.