Anak, pelaburan yang berbaloi!
Dah 3 hari anak ustaz yang sedang menuntut di Mesir balik becuti. Dah 3 hari juga anak ustaz "ditolak" ke depan menjadi imam solat dan beri tazkirah selepas subuh. Rasa cemburu melihat ustaz yang kusyuk menjadi makmum kepada sianak dan mendengar kepetahan anak mengucapkan ayat-ayat Allah S.W.T dan terjemahannya. Pada saya, jika mengambilkira kekalutan muda-mudi masakini, ustaz sudah berjaya menjalankan sebahagian besar daripada tanggungjawabnya sebagai ibubapa. Memilih bidang pengajian mendalami ilmu agama adalah sesuatu yang sukar dalam dunia sekarang, samada kepada ibubapa mahupun sianak. Ianya memerlukan kepada kenyakinan yang tinggi kerana cubaannya hebat. Ya lah, bidang-bidang yang sentiasa dibualkan ibubapa ialah seperti IT, kedoktoran, undang-undang, angkasa, perakaunan, agro, bio dan sebagainya. Lebih teruk lagi, ada yang berfikiran, kerjaya ustaz atau pendakwah, tak termasuk dalam senarai, dipandang rendah atau tiada masa depan. Amat malang kerana kita berada dalam masyarakat yang sebegini. Bila agama dikesampingkan dalam mencari ilmu atau daripada kerjaya, kita akan berjumpa dengan pembangun sistem yang suka menggodam, doktor yang ambil kesempatan atau jual ubat batuk untuk kaya cepat atau mengenakan caj perkhidmatan tinggi melampau, peguam yang sanggup menegakkan benang basah hanya kerana duit, akauntan yang suka gelapkan duit majikan dan bijak tutup lubangnya, bos yang mementingkan kuasa dan tiada timbang rasa, individu yang bertuhankan duit! Hakikatnya:
- ramai cari ustaz untuk solat hajat/doakan anak yang nak duduki peperiksaan atau temuduga
- ramai cari ustaz untuk jadi "tok jora" (ketuai) majlis tahlil atau akiqah anak
- di usia tua, ramai yang mencari ustaz untuk mendengar tazkirah dimasjid/surau