Google
 

Sunday, April 12, 2009

Main wau

Pernah main wau? Masa kecil dulu, saya main wau yang diperbuat drp. kertas buku latihan sekolah - bahagian kiri dan kanan kertas dilipat, bahagian hujung kertas ditebuk dan diikat benang. Dengan kombinasi angin kuat di tengah sawah yang luas....ianya naik tinggi melangit walaupun bahannya ringkas! Selain drp. bahan dan faktor angin, kemahiran lepas dan tarik (orang Kelantan kata, jut) tali perlu ada. Untuk wau naik dengan baik, tali tidak seharusnya sentiasa dilepaskan. Kadang-kadang kena juga ditarik. Saya pasti menaikkan wau di kawasan sawah di kampung tidak sesukar di kawasan taman perumahan di bandar. Di bandar, ada tiang letrik, tiang telefon, ada piring astro, rumah bertingkat-tingkat dan sebagainya. Menaikkan wau ibarat membesarkan anak-anak. Mendidik anak zaman dulu ibarat menaikkan wau di kawasan sawah, manakala mendidik anak zaman sekarang ibarat menaikkan wau di kawasan perumahan. Dalam kontek ini, rasanya ibubapa sekarang tak seberuntung ibubapa dulu. Usaha mendidik anak-anak mengikut acuan agama jadi semakin sukar. Ironinya, ibubapa dulu tak sekolah tinggi macam ibubapa sekarang, tak berilmu pengetahuan sehebat ibubapa sekarang dan tak mewah macam ibubapa sekarang.

Friday, April 10, 2009

Sekarang bersama, akan datang berpisah...

Apa yang anda faham daripada grafik di atas?

Wednesday, April 08, 2009

Lamanya tinggal "rumah"

Dah hampir 6 bulan ambo tak menulis dalam blog ni. Kalau berniaga, dah lama hilang pelanggan sebab kedai lama tutup. ha!ha!ha! Rasa payah nak mula balik selepas sekian lama tak menulis...Terimakasih lah kpd. rakan-rakan serta para bekas pelajar yang bertanya khabar kenapa lama ambo dok menulis. Sebenarnya kalau ambo ni jenis yang pandai urus banyak perkara dalam satu masa, rasanya tak ada masalah. Ambo sambung belajar di UUM sejak 6 bulan lepas. Semakin lama rasa semakin berat beban ditanggung. Jadi, beri perhatian lebih sikit kpd. belajar. Dah tertinggal pula blog. Mungkin beginilah orang tua belajar....dah menjangkau 40 ni, otak cepat rasa letih bila fikir banyak benda. Walaubagaimanapun, saya cuba menulis semula sebab kata orang, menulis pun satu terapi.