Google
 

Sunday, March 25, 2007

Usahawanku : Semakin banyak, semakin sedikit..

Usahawanku : Semakin banyak, semakin sedikit... (http://www.negarakumalaysia.blogspot.com)
Siapa tak nak kaya cepat? Semua orang nak kaya dalam sekelip mata dan dengan mudah, kalau boleh! Walau apapun, ianya mestilah melalui jalan yang diredai dan diberkati Allah S.W.T. Ada usahawan makanan yang semakin ramai pelanggan atau tinggi keuntungan mereka, semakin sedikit atau "kemarau" meehun, mee goreng, nasi lemak atau inti karipap mereka. Dulu, karipap jika digoncang tidak berbunyi kerana padat dengan isi. Kini, ting! tong!ting!tong!, isinya dah semakin kurang! Dulu dalam meehun ada daging ayam, kini hanya ada tengkok ayam. Pelanggan tidak perlu membilang urat meehun dulu dan sekarang tetapi percayalah, mereka tidak bodoh untuk menilai perubahan. Kekalkan atau tingkatkan kualiti produk walaupun permintaan dah melebihi bekalan. Apatah lagi jika kita memonopoli perniagaan.

1 comment:

roonabiru said...

Cakap pasal mee goreng, nasi lemak dan sebagainyer..sy teringat kata ibubapa sy yg juga berniaga nasi lemak di sek.26,shah alam(berhampiran courts momenth)..ibubapa sy yg berniaga mgunakan lori serbaguna(yg color putih tu),ermm.. ada story yg sy nak kongsi bersama anda.

Sy jarang ikut ibubapa sy pergi berniaga, hanya menolong di rumah ketika cuti semester. Pernah sy ikut pergi menolong ibubapa sy (job sy tlg jual kuih je..hehe..) ..melihat sendiri betapa cepatnye ibubapa sy membungkus nasi..al-maklum la..customer ramai..takut mereka tunggu lama..lgpun, sejak 2 3thn ini,tempat berniaga ibubapa sy makin ramai persaingan (2 3 org masuk berniaga)..

bila customer dah kurang, sy pun bertanya kpd ibu sy

Saya: Mak..mak bubuh nasi byk la. Lauk pun byk..xpadan ngan harga.
Mak sy: Biarlah. Beras bukan mahal pun. Klu bubuh sket nanti org xnak beli.
Saya: Alah,dah lama mak berniaga kat sini..tak naik harga pun. Harga sama je dr dulu. Harga barang skg dah la naik sokmo. Mane la ada untung cam nie.
Mak: Susah nak naik kan harga. Ramai pesaing kat sini. Untung sket tak pe la. Kuih abis?
Saya: Kuih karipap licin mak. Kuih besar sape tak nak beli. Kenyang perut org. Klu tempat lain 2kali ganda kecik dr kuih kita mak.
Mak: Klu ko tak tolong jaga kuih tu,mau ada yg curi masuk poket dorg. Mak mane nampak tgh org(customer) ramai. Org sekarang dah tak tau halal haram ni.
Saya: Lain kali kita pasang CCTV mak. Baru takut dorg.

Itulah kisah org zaman skg. Kalau mak sy tegur perbuatan mencuri pelanggan berkenaan,malu la mereka depan pelanggan lain.

Ada customer yg beli harga rm1 tapi bagi rm50. Bila ibubapa sy suruh bayar esok(tak ada duit kecik)..esoknyer batang hidung pun tak nampak.