Google
 

Saturday, May 31, 2008

Kahwin, telor, coklat dan...

Kahwin, telor, coklat dan...
Sekarang musim cuti sekolah. Tempat kita ni, musim cuti sekolah sinonim dengan kenduri kahwin. Dalam satu hari mungkin ada 3 atau 4 jemputan ke kenduri kahwin! Apa yang saya nak kongsi di sini ialah apa yang kita dapat bila kita hulur duit "ngele" (kata orang Kelantan) atau 'sumbangan' semasa hadir kenduri kahwin. Jika kad jemputan tu ditulis "kenduri kesyukuran", biasanya orang tak bagi duit tapi jika tidak, apa yang dipraktikkan ialah kena hulur RM5 atau Rm10. Harap-harap jumlahnya tak naik walaupun harga minyak dah naik! Kena tahu juga nak beri kepada siapa. Nak selamat, kena perhatilah dulu apa yang orang lain buat. Biasanya orang bagi kepada sibapa atau siibu pengantin. Jika tidak pun, beri kepada seseorang yang pakai baju Melayu yang koceknya penuh duit. He!he! Setelah duit dihulur, biasanya kita diberi pula telor atau gula-gula atau dodol atau sebagainya. Saya pernah hadir kenduri kahwin dan dapat Al-Mathurat sebagai balasan "ngele". Saya rasa pemberian Al-Mathurat ini perlu dipraktikkan. Saya dapat Al-Mathurat yang dicop, "ikhlas drp. A & B". Bila ianya dibaca, insyaallah, sipemberi atau pasangan pengantin akan dapat juga pahalanya. Tapi, malangnya orang kita sukar nak terima sesuatu yang di luar kebiasaan walaupun ianya untuk kebaikan.

No comments: