Google
 

Saturday, August 12, 2006

Sikap kerah keng : Yang mudah jadi payah!

Pagi pagi 7/8/06 semasa menghantar anak ke SK Sura, saya lihat satu kemalangan yang melibatkan seorang pelajar yang berbasikal dengan seseorang bermotosikal yang menghantar anak/adik beliau ke sekolah. Habis, patah reyok tayar basikal pelajar terbabit. Jadi alasan si mamat bermotosikal yang beliau telah menunggang dengan perlahan, tak masuk akal. Pada saya pelajar tak boleh disalahkan kerana orang dewasa semestinya lebih berakal daripada kanak-kanak. Saya pernah lihat suatu ketika, di depan sekolah ini, waktu pelajar berpusu-pusu pulang, kereta dipandu dengan laju merentasi kawasan sekolah.
Ni satu lagi sikap negatif orang kita – dia nak cepat ke tempat kerja tapi hantar anak lewat. Mulalah nak memecut. Dah terjadi perkara yang tak diingini, seribu satu alasan dan kesemuanya salah orang! Saya berjumpa pengurusan sekolah dan tanya mengapa tiada orang yang bertugas membantu pelajar melintas jalan sewaktu mula dan tamat sekolah. Kata pengurusan,
“kita ada pengawal keselamatan yang secara sukarela bertugas membantu pelajar melintas suatu ketika dulu. Malangnya, ada ibubapa yang marah pengawal terbabit menahan kereta mereka untuk beri laluan anak-anak melintas. Marah kerana mereka nak cepat! (pemandu ini mungkin dah menurunkan anak mereka). Sebenarnya pengawal keselamatan adalah pekerja syarikat keselamatan swasta yang skop tugas mereka hanya menjaga keselamatan kawasan sekolah. Jadi, bayangkan anda buat kerja sukarela bantu pelajar melintas tetapi dimarahi ibubapa yang hanya memikirkan kepentingan sendiri. Nak kata tak berpendidikan, tapi pandu kereta mewah dan besar!”

Saya ingat orang kita ini akan sedar bila dah kena batang hidung sendiri – anak sendiri dilanggar! Nauzubillah! Sehingga itu, dia akan fikir, “dunia ini ana yang punya” atau “aku! aku! dan aku! Dek kerana sikap, benda mudah boleh jadi sesukar keadaan dalam grafik di bawah.
Dalam lakaran saya di atas, pemandu kereta A nak juga buat U-Turn ke kanan walaupun ada ‘Double Line” dan kereta sesak. Apa salahnya terus belok ke kiri, pergi pusing kat mana-mana atau ikut jalan belakang sekolah. Takut minyak habis ke guano? Pemandu kereta B pula tak bagi ruang. Akibatnya terjadi deretan kenderaan dan pemandu kereta D yang nak juga masuk ke kiri untuk menurunkan anak, tak dapat masuk. Pemandu kereta E pula nak masuk ke kanan tetapi diblok kereta C. Pada masa ini kenderaan tak bergerak kerana pelajar melintas di "zebra crossing". Emmmm….apa nak buat! Sikap! sikap! sikap! Masing-masing nak tunjuk keras keng dan keras cokeng!

No comments: