Google
 

Monday, May 18, 2009

Yang laku dan yang tak laku....


Apa yang laku di dunia
tapi tak laku di akhirat?
Apa yang laku di akhirat
tapi tak laku di dunia?

Alah bisa tegal biasa.....

Pernah dengar peribahasa "Alah bisa tegal biasa". Maksudnya, perkara yang sukar, bila dan biasa buat, jadi mudah. Boleh juga bawa maksud perkara yang salah, bila dah biasa buat, dianggap betul. Ini bahaya dan saya kira ia banyak berlaku dalam masyarakat Islam kita hari ini. Remaja kita sekarang pakai tudung tapi baju bersaiz baby dan macam tak cukup kain di bahagian bawah. Dah jadi biasa...ada yang kata, "biasalah....fesyen zaman sekarang!". Ke mana perginya hukum hakam kita. Dalam Al-Quran, Allah SWT kata, ada yang berpakaian tapi macam telanjang. Bila dah jadi kebiasaan, ramai yang buat dalam masyarakat, ianya semacam betul walaupun tak betul. Bukan mek-mek kampung saje yang berpakaian macam tu. Yang berpendidikan tinggi pun macam tu. Apa jadi dengan status "berpendidikan tinggi" yang mereka ada. Saya pernah jumpa seorang ibu yang saya ketahui seorang intelektual bersama anaknya. Pakaian siibu amat "tak kena (contradict)" dengan pakaian sianak. Siibu buat semacam tiada yang silap walaupun sianak berpakaian "fesyen zaman sekarang" yang saya katakan di atas tadi. Dia boleh bawa sianak berbual-bual dengan beberapa kenalannya di tengah khalayak. samalah juga ibubapa yang "beri sokongan moral" kepada anak untuk terlonjak-lonjak atas pentas atau berpelukan di kaca TV atas nama lakonan. "Ah...biasalah, ramai orang masuk pertandingan tu. Anak tok imam pun masuk!". Begitu dengan pelbagai adat yang diikuti membabi-buta tanpa rujukan kepada agama. Alasannya, "Dah lama diikuti. takkan salah pula!" atau "Dah jadi amalan dari dulu lagi. Kita ikut saje". Perkara-perkara macam ini saya lontarkan bertujuan untuk kita duduk diam sekejap dan fikirkan. Masyarakat kita sudah lama disuntik jarum oleh musuh dan mereka yang anti Islam membuatkan kita orang Islam sendiri yang secara tidak sedar meninggalkan Islam. Kita "junjung" benda lain dan tidak Islam dalam kehidupan seharian.

Dengar apa yang kita nak dengar...

Allah SWT kata bila ada isu yang menjadi pertelingkahan, kaedah penyelesaiannya ialah rujuk kepada Al-Quran dan hadis Nabi SAW. Masing- masing bawa ayat Al-Quran atau hadis yang menyokong pendapat masing-masing. Yang sepatutnya kita pilih ialah yang berlandaskan atau disarankan oleh Al-Quran atau hadis. Adakah ini yang berlaku dalam masyarakat kita? yang lebih teruk lagi, ada di kalangan kita yang suka menegakkan benang basah. Tak sanggup terima hakikat yang kita silap. Kalau kita minta nasihat pun, jika nasihat itu kata yang kita silap dan lawan kita betul, kita anggap nasihat yang diberikan itu pun tak betul. Kita akan berusaha minta nasihat daripada orang lain pula dan kita hanya akan berhenti bila nasihat yang diberikan mengatakan kita lah yang betul.... (rujukan: Ustaz Shamsuri)

Wednesday, May 13, 2009

Sakit tapi takut makan ubat.....

Pelik bila kita sakit tapi takut makan ubat yang disarankan oleh doktor. Kita banyak menghadapi masalah masyarakat sekarang seperti mat rempit, dadah, jenayah remaja, keruntuhan akhlak, penyakit pelik-pelik dan sebagainya. Namun, saya lihat kita tak cari/kaji/bincang kaedah penyelesaian berdasarkan Islam. Cuba amati perbincangan dalam akhbar atau TV. Jarang saya dengar kita mengakui segala permasalahan yang kita hadapi adalah berpunca daripada kita secara individu atau kelompok yang semakin jauh dari Allah SWT. Sebab apa kita selaku orang Islam sendiri tak nak akui atau lihat sesuatu kejadian daripada perspektif Islam. Allah SWT suruh kita sentiasa ingat tentang Islam, 24 jam sehari, 7 hari seminggu, dalam setiap tindakan. Tak terfikirkah kita yang mungkin ada yang tidak kena dengan cara kita amalkan Islam selama ini. Allah SWT kata solat boleh halang perkara mungkar. Kita solat tapi kita dan masyarakat buat banyak perkara mungkar. Pernah tak kita kaji tengok betul-betul perkara ini. Allah SWT kata Al-Quran ibu segala masalah/penyakit. Kita guna tak Al-Quran untuk selesaikan masalah kita. Bincang dari perspektif Islam pun kita cuba elak, inikan pula kaji Al-Quran untuk selesai masalah yang dihadapi. Kita kena ingat bahawa hanya satu golongan daripada 72 (kalau tak silap) golongan akan selamat di akhirat nanti. Daripada satu golongan itu pula, hanya sedikit sahaja daripada umat akhir zaman. Jadi, jangan selesa dan mendabik kata yang kita di jalan yang betul. Tak semestinya kita aman bermakna kita betul. Ramai yang sesat sedangkan mereka berada dalam kemewahan dan kesenangan. Kena sentiasa muhasabah diri. Keadaan kita sekarang macam pelajar yang sedang asyik jawab soalan dalam peperiksaan. Tiba-tiba, pengawas peperiksaan kata, "Ok, masa dah tamat! Sila berhenti menulis!". Kerana terlalu asyik, kita terkejut badak. Masa dah tamat dan kita tak sempat pun semak dan betulkan jawapan salah yang dibuat. Kita juga kena ingat bahawa zaman Nabi SAW dulu pun dunia dah diibaratkan macam orang tua yang sedang jalan bongkok. Mungkinkah lo ni, orang tua bongkok tu dah hampir menyembah bumi. Kita sedang leka macam lo ni dan tiupan sangkakala pertama tiba-tiba berbunyi - dunia jadi lintang pukang dan semuanya dah terlewat untuk kita.....

Big but small....

Now, I'm at the data collection stage of my study. It can be a "killer" stage because this is a time when we're not only depending on ourself but also other people. In my case, it's about collecting data at the field - I've to send questionnaire to respondents located in separate locations, whom at the same time are busy with their daily schedules. Although PhD itself is something big, as some people say, to me, it makes me feel smaller. The data is deadly important to me. Without them, I can't do the analysis. I can't conclude and complete my research. I'm small because no matter how hard I go for it, I'm not the one who'll decide that I can get the required data. The situation reminds me about how important to be helpful to the needy because we may be the needy ourself, one day. We're not always be at the top of the wheel because by nature, wheel rolls. Perhaps, accepting the fact that we're "small" is not a problem to many of us. However, consistently acknowledging it from the bottom of our hearts is not easy.

Sunday, April 12, 2009

Main wau

Pernah main wau? Masa kecil dulu, saya main wau yang diperbuat drp. kertas buku latihan sekolah - bahagian kiri dan kanan kertas dilipat, bahagian hujung kertas ditebuk dan diikat benang. Dengan kombinasi angin kuat di tengah sawah yang luas....ianya naik tinggi melangit walaupun bahannya ringkas! Selain drp. bahan dan faktor angin, kemahiran lepas dan tarik (orang Kelantan kata, jut) tali perlu ada. Untuk wau naik dengan baik, tali tidak seharusnya sentiasa dilepaskan. Kadang-kadang kena juga ditarik. Saya pasti menaikkan wau di kawasan sawah di kampung tidak sesukar di kawasan taman perumahan di bandar. Di bandar, ada tiang letrik, tiang telefon, ada piring astro, rumah bertingkat-tingkat dan sebagainya. Menaikkan wau ibarat membesarkan anak-anak. Mendidik anak zaman dulu ibarat menaikkan wau di kawasan sawah, manakala mendidik anak zaman sekarang ibarat menaikkan wau di kawasan perumahan. Dalam kontek ini, rasanya ibubapa sekarang tak seberuntung ibubapa dulu. Usaha mendidik anak-anak mengikut acuan agama jadi semakin sukar. Ironinya, ibubapa dulu tak sekolah tinggi macam ibubapa sekarang, tak berilmu pengetahuan sehebat ibubapa sekarang dan tak mewah macam ibubapa sekarang.

Friday, April 10, 2009

Sekarang bersama, akan datang berpisah...

Apa yang anda faham daripada grafik di atas?

Wednesday, April 08, 2009

Lamanya tinggal "rumah"

Dah hampir 6 bulan ambo tak menulis dalam blog ni. Kalau berniaga, dah lama hilang pelanggan sebab kedai lama tutup. ha!ha!ha! Rasa payah nak mula balik selepas sekian lama tak menulis...Terimakasih lah kpd. rakan-rakan serta para bekas pelajar yang bertanya khabar kenapa lama ambo dok menulis. Sebenarnya kalau ambo ni jenis yang pandai urus banyak perkara dalam satu masa, rasanya tak ada masalah. Ambo sambung belajar di UUM sejak 6 bulan lepas. Semakin lama rasa semakin berat beban ditanggung. Jadi, beri perhatian lebih sikit kpd. belajar. Dah tertinggal pula blog. Mungkin beginilah orang tua belajar....dah menjangkau 40 ni, otak cepat rasa letih bila fikir banyak benda. Walaubagaimanapun, saya cuba menulis semula sebab kata orang, menulis pun satu terapi.