Google
 

Wednesday, May 13, 2009

Sakit tapi takut makan ubat.....

Pelik bila kita sakit tapi takut makan ubat yang disarankan oleh doktor. Kita banyak menghadapi masalah masyarakat sekarang seperti mat rempit, dadah, jenayah remaja, keruntuhan akhlak, penyakit pelik-pelik dan sebagainya. Namun, saya lihat kita tak cari/kaji/bincang kaedah penyelesaian berdasarkan Islam. Cuba amati perbincangan dalam akhbar atau TV. Jarang saya dengar kita mengakui segala permasalahan yang kita hadapi adalah berpunca daripada kita secara individu atau kelompok yang semakin jauh dari Allah SWT. Sebab apa kita selaku orang Islam sendiri tak nak akui atau lihat sesuatu kejadian daripada perspektif Islam. Allah SWT suruh kita sentiasa ingat tentang Islam, 24 jam sehari, 7 hari seminggu, dalam setiap tindakan. Tak terfikirkah kita yang mungkin ada yang tidak kena dengan cara kita amalkan Islam selama ini. Allah SWT kata solat boleh halang perkara mungkar. Kita solat tapi kita dan masyarakat buat banyak perkara mungkar. Pernah tak kita kaji tengok betul-betul perkara ini. Allah SWT kata Al-Quran ibu segala masalah/penyakit. Kita guna tak Al-Quran untuk selesaikan masalah kita. Bincang dari perspektif Islam pun kita cuba elak, inikan pula kaji Al-Quran untuk selesai masalah yang dihadapi. Kita kena ingat bahawa hanya satu golongan daripada 72 (kalau tak silap) golongan akan selamat di akhirat nanti. Daripada satu golongan itu pula, hanya sedikit sahaja daripada umat akhir zaman. Jadi, jangan selesa dan mendabik kata yang kita di jalan yang betul. Tak semestinya kita aman bermakna kita betul. Ramai yang sesat sedangkan mereka berada dalam kemewahan dan kesenangan. Kena sentiasa muhasabah diri. Keadaan kita sekarang macam pelajar yang sedang asyik jawab soalan dalam peperiksaan. Tiba-tiba, pengawas peperiksaan kata, "Ok, masa dah tamat! Sila berhenti menulis!". Kerana terlalu asyik, kita terkejut badak. Masa dah tamat dan kita tak sempat pun semak dan betulkan jawapan salah yang dibuat. Kita juga kena ingat bahawa zaman Nabi SAW dulu pun dunia dah diibaratkan macam orang tua yang sedang jalan bongkok. Mungkinkah lo ni, orang tua bongkok tu dah hampir menyembah bumi. Kita sedang leka macam lo ni dan tiupan sangkakala pertama tiba-tiba berbunyi - dunia jadi lintang pukang dan semuanya dah terlewat untuk kita.....

No comments: