Google
 

Thursday, November 29, 2007

CD ngaji kitab PERCUMA


CD ngaji kitab PERCUMA
Kita ni banyak sangat berhibur dan tinggalkan aktiviti orang dulu dulu iaitu "nadoh kitab" (dengar orang mengajar agama di surau/masjid). Itulah sebabnya mungkin kita dibebani banyak masalah, samada secara individu ataupun kumpulan. Masalah yang dihadapi pula kekadang tu luar biasa. Jadi, dalam kita membawa diri serta masyarakat kembali ke landasan yang sepatutnya, kami wujudkan projek ini. Projek kongsi CD "nadoh kitab". Kaedahnya seperti yang digambarkan dalam gambarajah di atas dan diterangkan di bawah ini:
  1. sesiapa yang berminat untuk dengar CD ini, boleh PINJAM daripada kami secara PERCUMA. Nyatakan alamatnya untuk kami poskan CD yang dikehendaki.
  2. Senarai CD dalam koleksi kami akan dipamerkan dalam blog ini dari semasa ke semasa.
  3. Jika anda ada CD untuk dikongsi, boleh juga maklumkan kpd kami untuk kami senaraikan tajuknya.
  4. Syarat perkongsian ini ialah, semuanya PERCUMA!

Bila boleh dengar CD ini? Anda boleh dengar ketika memandu ke pejabat, ketika memandu balik kampung, bercuti dan sebagainya.

TAJUK CD AGAMA YANG ADA DALAM KOLEKSI KAMI:

  1. Ibu-celah celah kehidupan
  2. Cap ayam- wajib kasih haram sembah
  3. Orang gaji
  4. Kawan-bahagia atau celaka

USAHAKAN AGAR KITA DAN KELUARGA TIDAK SEMAKIN JAUH DARIPADA AGAMA!


Tuesday, November 20, 2007

Bos Oh! Bos....


Bos Oh! Bos.....
Grafik di atas adalah petikan daripada buku terbaru kami bertajuk "BOS DIPUJI, BOS DIBENCI". Klik DI SINI untuk baca isi kandungan. Boleh juga beli terus daripada kami - hubungi Gee 019-957 2234.
Pernah berhadapan dengan bos sebegini? Harap-harap tak adalah ya....kalau tidak parah! Saya sendiri pun tak pernah, alhamdulillah! Malangnya, memang ada bos yang bersikap begini. Kadang-kadang terfikir juga adakah bos-bos yang bersikap begini ni, sedar atau tak sedar yang mereka mempunyai sikap yang tidak menyenangkan orang lain!. Ada orang yang dihormati hanya semasa "berada di atas". Ada juga orang yang dihormati walaupun dia "berada di bawah".

Thursday, November 15, 2007

Macam menaikkan wau!

Pernah main wau atau layang-layang? Masa kecil saya buat wau dari kertas buku latihan sekolah saja. Kreativiti dan keseronokan hilang bila masa berlalu. Nak bagi wau naik tinggi, tak semudah yang disangka. Naik dalam erti kata mengikut kemahuan kita - bukan simpang siur, ke hulu ke hilir, atau hanya setinggi tiang lampu atau setinggi-tingginya sehingga tak dapat kita lihat atau diturunkan semula! Formula untuk berjaya menaikkan wau tinggi mengikut kemahuan kita ialah kombinasi tepat pembuatan wau, cara menaikkannya, tempat dan faktor angin. Menaikkan wau tak boleh sentiasa lepas saja talinya. Kena tarik juga talinya, walaupun ada angin yang cukup. Orang kampong saya kata, kena pandai “jut” (tarik dan lepas) tali.

Membesarkan anak-anak boleh diibaratkan macam menaikkan wau. Ada orang hanya "lepas" saja anak mereka, tak pernah "ditarik"! - ikut segala kemahuannya, silap tak pernah ditegur/marah, sentiasa dimenangkan....
Membesarkan anak dulu boleh diibaratkan bermain wau di sawah padi - kawasannya lapang dan luas (atau lawah)! Membesarkan anak di zaman sekarang pula boleh diibaratkan bermain wau di kawasan taman perumahan – ruang terhad, ada kabel letriklah, kabel telefonlah, ada pokoklah dan sebagainya. Pendeknya, bermain wau di kawasan perumahan lebih berisiko. Jika kita mahir “jut” tali pun, belum tentu wau dapat naik dengan baik. Wau mungkin boleh tersangkut di kabel letrik, kabel telefon, atau dahan pokok!

Friday, November 09, 2007

Bagaimana dengan kita?

Saya baru tengok cerita di TV bertajuk Past Sins. Ianya mengisahkan Janice, seorang pejuang sosial yang sentiasa berjuang menentang ketidakadilan dalam masyarakat. Malangnya Janice dianaiya oleh pihak jahat sehingga beliau disumbat ke dalam penjara seumur hidup. Selepas 30 tahun, ada seorang peguam yang tergerak hati untuk bantu “pengganas” ini. Cabaran untuk membebaskannya melalui perbicaraan semula amat hebat kerana masyarakat telah berjaya dipengaruhi untuk mempercayai bahawa Janice adalah pengganas! Misalnya, ikat jamin yang dikenakan hakim berjumlah USD1 juta. Satu pagi suami Janice melihat ramai jiran, rakan dan orang berkumpul di luar rumah. Mereka menyerahkan wang USD1 juta untuk mengikat jamin Janice. Ramai yang terharu dengan sokongan dan bantuan kepada Janice serta keluarganya di saat kesukaran ini. Apabila peguam bertanyakan mengapa mereka sanggup membantu? Jawapan yang diterima ialah, “Janice banyak bantu kami dalam kesusahan dan berjuang untuk kami. Kini, tiba masanya kami bantu Janice!”. Kata peguam tersebut kepada suami Janice, “Saya kagum dengan Janice. Walaupun saya seorang peguam dan telah banyak memenangkan kes pelanggan, saya tak pasti saya akan dapat sokongan seperti Janice di saat saya menghadapi kesukaran!”.

Apa yang saya nak kongsi di sini ialah bagaimana dengan kita? Agak-agaknya ada ke orang yang sanggup bergolok bergadai untuk bantu kita, di saat kita tiada apa-apa? Jika tidak, mungkin kena lihat ke dalam diri kita semula - tentang sumbangan kita kepada orang lain, keikhlasan kita dan sebagainya. Perbaiki mana yang patut!

Wednesday, November 07, 2007

Jenayah SEKSUAL kanak-kanak: Mangsa dan Pemangsa


Jenayah SEKSUAL kanak-kanak: Mangsa dan Pemangsa (http://www.negarakumalaysia.blogspot.com)
Kita kena terima hakikat bahawa kekalutan yang sedang kita hadapi hari ini adalah disebabkan oleh "hasil kerja tangan" kita sendiri, setidak-tidaknya secara kolektif. Kita tak ikut "user manual" yang disediakan Tuhan. Jadi, kita tunggulah saat kehancuran. Cuba semak dari aspek penyemaian nilai agama dalam diri, kebebasan berpakaian, pergaulan bebas, cara bermasyarakat yang menjadi amalan orang zaman sekarang. Malam-malam, sebelum tidur, cuba semak, amati dan fikir dengan ikhlas. Cuba dengar apa kata hati kita.....kita akan akui yang masyarakat kita semakin "tenat" dan sedikit sebanyak kita menyumbang kepada "ketenatan" itu!!!

Tuesday, November 06, 2007

Hati-hati dengan cermin!

Hati-hati dengan cermin (http://www.negarakumalaysia.blogspot.com)
Aduhhhh..kalau cermin macam ni haru juga kan. Kita nak tengok muka kita, ternampak muka orang lain. naik bulu roma gini weh! Tapi apa yang saya nak kongsi di sini ialah apa yang dikongsi oleh orang lain dengan saya melalui email, iaitu TIP KENALPASTI CERMIN 2 ARAH. Bukan apa, ramai yang salah guna teknologi dan alatan canggih sekarang ini. Takut-takut orang ambil kesempatan atas kita yang dok syok tayang body depan cermin bilik air di bilik hotel, dalam tandas awam atau di mana-mana lah. Ingatkan cerminnya satu arah, rupa-rupanya 2 arah (ada orang sedang perhati kita dari belakang cermin dan kita tak nampak dia!). Lakukan ujian berikut:

  1. TEST DENGAN KUKU JARI - Letakkan ujung kuku anda di atas permukaan cermin. Jika ada jarak antara kuku anda dan bayangan kuku anda di cermin, dapat dikatakan bahwa cermin itu adalah cermin biasa (selamat). Tetapi, jika kuku anda terus menyentuh bayangan kuku anda di cermin, hati-hatilah, kerana benda itu adalah cermin 2 arah !
  2. TEST DENGAN NAFAS - Hembus nafas hampir dengan cermin, jika ada kesan nafas/haba di cermin , maka selamat, jika tidak besar kemungkinan Ianya cermin 2 arah.
  3. BUNYI - Cuba ketuk cermin tersebut dengan jari slow2, kuat kang pecah plak , jika ianya tidak berbunyi atau bunyi perlahan. Maknanya ia melekap didinding, jika berbunyi kuat pastinya ada ruang kosong/berongga dibelakang cermin tersebut.

Friday, November 02, 2007

Petikan Buku: "Bos! Gaji saya bos wei..."

Petikan Buku : "Bos! Gaji saya bos wei..."
Betul ke ada ke bos yang macam ni dalam dunia ni? Ehhh..adaaaa!Ni, jenis yang pentingkan diri sendiri. Bagi seorang bos, RM400 tu mungkin macam RM40 tapi bagi seorang pekerja bawahan, RM400 itulah segala-galanya. Jadi, jika kita seorang bos, janganlah ambil mudah tentang gaji pekerja. Kena bayar tepat pada masanya dan cukup!!!
Grafik di atas adalah dari buku baru kami bertajuk, "BOS DIPUJI, BOS DIBENCI", terbitan PTS Publications & Distributor Sdn. Bhd. Untuk lihat kulit dan isi kandungannya, boleh skrol ke bawah dan klik ruangan BUKU KAMI di sebelah kanan. Boleh dijadikan bacaan sendiri atau dihadiahkan kepada bos!!!