Google
 

Wednesday, November 07, 2007

Jenayah SEKSUAL kanak-kanak: Mangsa dan Pemangsa


Jenayah SEKSUAL kanak-kanak: Mangsa dan Pemangsa (http://www.negarakumalaysia.blogspot.com)
Kita kena terima hakikat bahawa kekalutan yang sedang kita hadapi hari ini adalah disebabkan oleh "hasil kerja tangan" kita sendiri, setidak-tidaknya secara kolektif. Kita tak ikut "user manual" yang disediakan Tuhan. Jadi, kita tunggulah saat kehancuran. Cuba semak dari aspek penyemaian nilai agama dalam diri, kebebasan berpakaian, pergaulan bebas, cara bermasyarakat yang menjadi amalan orang zaman sekarang. Malam-malam, sebelum tidur, cuba semak, amati dan fikir dengan ikhlas. Cuba dengar apa kata hati kita.....kita akan akui yang masyarakat kita semakin "tenat" dan sedikit sebanyak kita menyumbang kepada "ketenatan" itu!!!

2 comments:

Damantim said...

Salam,

Sesungguhnya ciri-ciri keimanan itu diukur menerusi ketua atau induk. Dalam konteks keluarga, ibubapa mesti mengetahui manual Allah secara mudah halal dan haram.

Kebejatan seksual tidak boleh diambil mudah kerana ia bakal mengundang perkara mungkar yang lain secara bertali. Setiap kali berlaku pasti akan menyusul yang lain pula. Namun jangan sekali-kali berputus harap.

Bertaubat dan berdoa agar diri, keluarga, tetangga dan sekalian muslimin diberi petunjuk jalan yang lurus. Titian siratulmustaqim.

Anonymous said...

Kita kena balik kepangkal jalan. Maknanya dalam kita giat mencari kemajuan,kita jangan lupa kepada tugasan kita sebagai ahli masyarakat. Tiap kita mempunyai tugasan sebagai ahli masyarakat untuk mempastikan semuanya berjalan dengan baik berpandukan kepada ugama. Kita tidak bolih menunding jari kepada sesiapa kerana ini tidak akan memberi apa2 faedah.Kita kena hadapi realiti hari ini dan berkerjasama mencari jalan penyelesaian. Tiap penyakit ada ubatnya. Apa yang perlu kita kena iktiar sungguh2. Wassalam