Pangkalan data kejirananSebelum cerita, nak tanya soalan. Adakah di kawasan kejiranan anda diwujudkan pangkalan data warga kampung/taman? Tahukah anda rumah di sebelah anda didiami oleh berapa orang, siapa mereka dan sebagainya. Bukan apa, saya cuma nak kongsi pentingnya diwujudkan pangkalan data kejiranan ini. Saya bawa contoh pada Hari Raya Qorban. Sudah jadi kebiasaan, keluarga yang besar dan mampu akan cari satu ekor lembu dan 7 bahagian itu, shareholdernya terdiri daripada adik-beradik atau ahli keluarga itu sendiri. Saya perhatikan di banyak tempat, daging qorban tu diagihkankan banyaknya sesama sendiri, sesama shareholders - abang bagi adik, adik bagi abang, kak bagi adik, adik bagi kakak, kakak bagi ibu! Ada lah satu dua plastik sampai kepada orang luar, tapi itu pun ibu saudara yang tinggal di kampung lain. Tak dinafikan, ada yang sampai kepada jiran, tapi tak ramai. Perlu diingat bahawa ada lagi di zaman kita ni, orang yang hanya dapat merasa daging lembu atau ayam, hanya setahun sekali. Kita yang mampu ni, nak makan hari ni, boleh hidupkan kereta, pergi pasar dan beli. Alhamdulillah, Tuhan beri kemampuan. Tapi jangan lupa mereka yang tidak mampu dan Hari raya Qorban salah satu peluang kita untuk menyatakan kita cakna. Tapi, kalu kita dok share sama sendiri juga, emmm....
Ok, nak kaitkan dengan pangkalan data tadi - jika kita ada senarai lengkap dan dikemaskini butiran mereka yang berada di kejiranan kita, senang kita nak hulur. Ni, bila tanya penghulu, penghulu pun tak tahu atau asyik beri nama sama saja. Lebih parah lagi, dia beri nama anak beranak dia saja! Hakikatnya, masih dapat dilihat di kawasan kejiranan, rumah yang senget, atap (zink) bocor, anak-anak semacam terbiar berkaki ayam bermain di laman, asyik kedengaran suara tangisan bayi di waktu malam, dan sebagainya. Kita ni sering lupa dan alpa - anak sendiri pun kekadang tu kita "lupa dan alpa". Inikan pula orang lain. Jadi, pangkalan data kejiranan ini diharap dapat bantu memastikan tiada sesiapa dalam kejiranan yang kita "lupa dan alpa" atau tertinggal tanpa dibantu.