Google
 

Thursday, December 06, 2007

English Camp 2007

English camp 2007
Susah juga nak rancang aktiviti bermanfaat untuk anak-anak semasa cuti sekolah ini. Ada yang bersunat, dihantar balik kampung untuk menghabiskan masa dengan datuk nenek mereka, sertai kem motivasi, tuisyen dan sebagainya. Saya bernasib baik kerana beberapa orang rakan dalam organisasi saya telah mengambil inisiatif menganjurkan kem solat dan kem bahasa Inggeris untuk anak-anak staf. Saya harap program sebegini dibuat secara tahunan. Program sebegini biasanya mengenakan bayaran. Mungkin ada staf yang tidak dapat hantar anak disebabkan oleh faktor bayaran. Staf yang mampu boleh buat amal dengan "menaja" (bayar penuh atau separuh) anak staf lain yang kurang berkemampuan. Ini bertepatan dengan saranan Islam iaitu dalam bersedekah, kena utamakan orang terdekat dahulu. Dalam kes ini, "orang terdekat" ialah rakan sepejabat yang kurang mampu.

2 comments:

Anonymous said...

hi..! bleh x nk mintak all the pictures dr english camp07 ni? nk dijadikan koleksi...thanx

Anonymous said...

boleh tapi kami tak ada semuanya. Untuk koleksi gambar yg kami ada, boleh klik PHOTOALBUM di sebelah kanan muka depan blog kami ini...