Google
 

Monday, December 17, 2007

Transit!

Transit!! Sekarang ini lebih kurang 3 juta umat Islam sedang berhimpun di Mekah untuk mengerjakan ibadah haji. Semoga mereka mendapat haji yang mabrur dan kita berdoa agar kita juga diberi keupayaan untuk mengunjungi rumah Allah yang sejak kecil menjadi kiblat kita, orang Islam. Saya nak kongsi analogi kehidupan manusia yang dikaitkan dengan perjalanan untuk mengerjakan haji atau umrah ini.

Jika kita menggunakan pesawat Emirates untuk mengerjakan umrah, kita akan singgah/transit di Dubai. Dubai adalah bandaraya cantik, moden dan mengkagumkan. Biasanya, jangkamasa transit ini satu hari. Jadi, kita akan dibawa melawat Dubai dan membeli-belah. Kita akan terpegun dengan hotel mewah di tengah lautnya, pusat membeli-belahnya, “rumah” musim sejuknya dan pelbagai lagi. Kekaguman ini, silap silap hari bulan, boleh buat kita lupa yang perjalanan kita ini adalah perjalanan ibadah dan destinasi sebenar kita ialah Madinah/Mekah. Ada orang yang tak puas hati, nak habiskan banyak masa lagi di Dubai. Di Dubai pun dah berbelanja sakan, habis-habisan! Kita seakan lupa hakikatnya iaitu transit di Dubai ni hanya sehari. Yang penting dan panjang masanya ialah di Madinah/Mekah.

Dalam mengharungi kehidupan pun begitulah....dunia ibarat Dubai, tempat transit yang menarik dan mengkagumkan. Tak salah jika bergumbira di "Dubai", tapi jangan sampai macam tak nak sambung perjalanan dah. Gunakan kesempatan di Dubai untuk wujudkan "nilai tambah" keberadaan di Madinah/Mekah nanti.

No comments: