Usahawanku : Profesion yang dilupakan….(http://www.negarakumalaysia.blogspot.com)
Semasa cuti Raya Cina (17 & 18 Feb 2007) lepas, saya berkesempatan pergi gunting rambut di sebuah kedai di Chabang Tiga Kuala Terengganu (KT). Entah berapa kali doh gunting rambut semenjak hidup ini. Entah berapa banyak wang dibelanjakan untuk mengunting rambut sendiri dan anak-anak. Saya ingin berkongsi maklumat mengenai profesion sebagai tukang gunting ini. Tahukah kita yang seorang tukang gunting boleh dapat secara purata RM2,000 setiap bulan? Khabarnya di Johor, ada tukang gunting yang pakai “mata belalang” (kereta mercedez lah tuuuu…). Ada sebuah kedai gunting di bandar KT yang diuruskan secara profesional oleh seorang pengurus (juga tukang gunting) dengan 14 orang tukang gunting lain bekerja dengan beliau di bawah satu bumbung. Purata pendapatannya seperti berikut:
RM100 / tukang gunting sehari x 14 tukang gunting = RM1,400 sehari (sebulan = ???)
Saya dimaklumkan bahawa di Thailand, ada pusat latihan untuk tukang gunting. Selepas tamat latihan di pusat ini, tukang gunting akan bertebaran ke serata tempat untuk membuka perniagaan mengunting sendiri. Ada yang sampai buka kedai hingga ke negara kita, termasuklah di negeri Terengganu. Khabarnya salah satu aktiviti “training” pusat ini ialah membuat lawatan ke rumah-rumah anak yatim dan mengunting kepala anak-anak yatim secara percuma. Agak-agak “sepeng” kepala budak-budak tu, “penyelia” baikilah kot (kalau boleh dibaiki…)!!!
Yang menjadi persoalan di sini ialah, tak ramai orang kita sendiri yang menceburi profesion ini. Di Dungun ni, saya boleh ingat berapa kedai gunting yang ada dan bayangkan di mana lokasinya – maknanya, tak banyak!! Pulangan lumayan tapi orang kita semacam tak minat. Zup…zap…zup..zap…10 minit dah siap dan dapat RM5 – RM7 setiap kepala. Tangan jadi “kkatang” (bukankah baik untuk kesihatang???) Kita ada masalah pengangguran di kalangan graduan. Tapi bagi rakyat asing, negara kita umpama lombong emas! “Saya tak minat dan tak pandai gunting” – ini mungkin luahan orang kita atau graduan. “Tak minat dan tak pandai” sebabnya tak terdesak atau hanyut dengan dunia glamour. Nanti, bila nak minta anak orang, bakal mertua tanya, “kerja apa?”. Kalau pakai “mata belalang” pun, orang kata pinjam!! Ini satu lagi hal – budaya dan pemikiran masyarakat yang pentingkan kebendaan atau aspek luaran dan bukannya dalaman.
Jika saya jadi tukang gunting, saya akan :
- Sewa kedai di Pasar Raya Mydin KT (Mydin terbesar di Pantai Timur) dan gunting kepala suami-suami (serta anak-anak) yang bosan tunggu isteri-isteri mereka shopping.
- Buat lawatan secara berkala ke IPTA/S dan gunting kepala pelajar pada harga diskaun.
- Beri latihan mengunting kepada yang berminat
No comments:
Post a Comment