Google
 

Thursday, April 05, 2007

ANBJ2 : Zaman remaja berani, orang tua takut!

ANBJ2: Zaman remaja berani, orang tua takut! (http://www.negarakumalaysia.blogspot.com)

Apa anda nak buat jika anda berada dalam situasi-situasi berikut:
  1. Anda pulang bercuti ke rumah mertua dan sedang berehat di satu petang. Tiba-tiba kedengaran prettt...prettt..prettt...dan bunyi riuh rendah yang amat membingikkan - bunyi anak-anak remaja semuda darjah enam dan menengah rendah sedang membuat aksi stunt ala mat rempit di jalan berhampiran rumah mertua anda.
  2. Anda tinggal di kawasan taman perumahan. Jam 10 mlm, kedengaran bunyi bising orang uji bunyi enjin motor di salah sebuah rumah yang disewa oleh beberapa pelajar universiti.
Anda boleh beri komen dengan lawati http://www.negarakumalaysia.blogspot.com dan klik butang "comment" di bawah tajuk ini.
Zaman le ni, zaman remaja berani dan orang tua takut! Takut nak larang perkara tak betul. Saya ingat dulu zaman saya remaja, dok gini. Kita takut nak buat hal dalam kampung kerana semua orang kampung jadi "mata dan telinga" ayah kita. Jika kita buat hal, orang kampung akan tegur. Silap-silap kena belasah. Balik rumah, sekali lagi kita kena marah/belasah. Le ni, orang tua takut nak tegur, takut kereta kena calar, takut rumah jadi sasaran mercun dan pelbagai lagi. Remaja jadi besar kepala. Biarkan...biarkan....Tiada lagi suasana macam dulu. Le ni tiada Sayyidina Hamzah atau Sayyidina Umar Al-Khattab....

1 comment:

roonabiru said...

assalamua'laikum...

Bila umur sy dah mengjangkau 23thn,diri ni dah tak rase remaja lg. Malah sentiasa mengingatkan diri bhw sy sudah dewasa dan harus berfikiran matang.Namun kenangan zaman remaja sy tak mungkin sy lupakan sbb kenangan itu juga merupakan pengalaman dan ia sbg 'tongkat' sy. Sy tak buta tp tak nampak dlm terang. Setiap org pasti ada 'tongkat' mereka. Hanya sedar atau tidak fungsinya. Kalau melihat zaman remaja skg sememangnya jauh berbeza dgn zaman remaja dulu. Zaman ibubapa dulu juga sgt berbeza dgn 'ibubapa world' le ni.

Zaman remaja ni merupakan peringkat mereka memilih identiti diri mereka sndr. Kalau kehendak diri ke arah KEBEBASAN (ikut suka aku nak watpe) @ HIBURAN (kita enjoy!!) @ KEJAYAAN (aku nak belajar bersungguh-sungguh demi keluarga,agama,bangsa dan negara).. Remaja sering keliru dgn perkataan KEJAYAAN ini. Bg mereka bila mahu mencapai KEJAYAAN, KEBEBASAN @ HIBURAN harus dilepaskan. Tidak! 3 boleh menjadi 1. Cam mane? Cam ni --> [1]kebebasan X [1]hiburan X [1]kejayaan = [1]anda..bukan cam ni--> [1] + [1] + [1] = SPLIT PERSONALITY..

Macam mane nak jadi [1] ...'cakap senanglah'...hehe..

CARA-CARANYA:
1-DOA : Pada Allah s.w.t jualah kita datang dan kembali. Berdoalah dan mohon keredhaanNya atas apa yg kita lakukan.
2-USAHA : Jangan malas untuk berusaha. Anda tak rugi malah untung jika berusaha.
3-PERLAHAN-LAHAN : Jangan gopoh dan gelojoh. Perlahan-lahan dan pertingkatkan kelajuan utk berubah ke arah kebaikan dan cepat-cepat jauhkan keburukan.
4-KAWAN : Minta bantuan kawan. Buangkan sifat cemburu atas kejayaan org lain,sebaliknya ikut rahsia kejayaan kawan.
5-TERIMA TEGURAN : Bila kawan tegur jgn cepat marah,fikir dahulu. Kawan-kawan jgn cakap belakang sebab tak ade faedahnye,tegur secara elok kan lebih bagus. Kadang-kadang diri kita ni lupa dan tak nampak kesalahan sendiri. Itu gunanye kawan yang sedar akan perubahan kita.
6-DISPLIN : Memang payah nak displinkan diri untuk menghadap buku. Tapi tak susah bila nak jawab exam nanti sebab diri dah well-prepared. Org tak suruh pun menghadap buku 24jam. Sejam dua pun ok dah tapi jangan seminggu sejam lak.
7-CONSISTENT : Kene consistent sebab kita akan terbiasa dgn routine kita. Macam kita solat gak. Kita tak kan rasa malas untuk solat 5kali sehari sebab itu dah jadi kewajiban kita dan kita patuh pd perintah Allah. Malah kita tambah pula dgn solat sunat. Sama juga dgn menuntut ilmu. Bila kita membiasakan diri kita dgn membaca, kita tak kan rasa malas. Cara kita membaca kita yg tentukan. Cari alternatif untuk kita gembira bila membaca. Jadikan buku kita sebagai sahabat kita yang setia. Yang sentiasa disisi kita. 'Bukan berkepit ngan pakwe or makwe je'
8-IBUBAPA : Ingat sentiasa ibubapa kita..pasti kita tersentuh atas jasa mereka selama membesarkan kita. Bila kita meningkat dewasa,mereka mengjangkau usia tua dan akan sampai waktu untuk meninggalkan kita. Ketika itu baru kita sedar betapa kita menyesal tidak menghargai saat-saat bersama mereka.
#Cukup 8 dulu.

>>>>>>>PERSOALAN<<<<<<<

*Selalunya kem motivasi dibuat untuk pelajar-pelajar yg terpilih kerana pencapaian akademik yang bagus dan berdisplin baik. Jarang kita lihat kem-kem sebegini dibuat utk pelajar yg bermasalah. Mereka tak berminat mungkin. Bagaimana nak tarik minat mereka? Kita tidak perlu cari kesalahan mereka. Kita cari jalan PENYELESAIAN.