Google
 

Monday, September 17, 2007

Bujet, Bonus & Ramadhan

Bujet, Bonus & Ramadhan (http://www.negarakumalaysia.blogspot.com/)
Setiap kali bujet dibentangkan, antara perkara yang dinanti ialah pengumuman tentang BONUS. Dalam bujet 2008, telah diumumkan tiada bonus untuk kakitangan awam. Pengaruh bonus ini memang kuat dalam masyarakat kita walaupun hakikatnya, ia boleh habis dalam masa satu hari sahaja. Dalam keghairahan berbincang tentang aspek material dunia, kita mungkin lupa "bonus" Tuhan yang ditawarkan kepada hambaNya dan sentiasa termaktub dalam "bujet" Nya saban tahun. Kita pandang ringan walaupun "bonus" ini kekal dan untuk bekal di "dunia yang infiniti". Ramadhan juga datangnya setahun sekali. Tapi, kita mungkin "takes thing for granted" (kita akan sentiasa berpeluang untuk Ramadhan yang akan datang) sehingga kita tidak memanfaatkan semaksimum mungkin "bonus" anugerah Tuhan ini. Allah S.W.T sememangnya Maha Pemurah. Diberikan lagi "bonus dalam bonus", iaitulah Malam Lailatul Qadr. Justeru, jangan kita terlepas peluang untuk meraih "bonus" pada tahun ini. Masa yang lepas tak mungkin datang kembali. Hari ini hari ke-5 kita berpuasa. Berrtindak sebelum terlambat.
Buat senarai semak - berapa banyak sedekah dah dibuat setakat 5 hari ini?, Berapa ramai orang yang kita telah beri makan untuk berbuka puasa dalam 5 hari ini? Berapa malam dah kita miss solat Terawih? Berapa juzuk Quran dah dibaca setakat 5 hari ini? Berapa peratus peningkatan amalan kita berbanding sebelum ini?

No comments: