Al-Fatihah buat arwah adik Nurin Jazlin. Takziah dan banyak bersabar kepada ibubapa serta keluarganya. Saya, selaku ibubapa juga terasa tertekan dan dalam dilema. Dilema kerana dalam kita nak didik anak untuk bersikap berdikari/tidak bergantungan, kita juga (hari ini) bimbang untuk lepaskan mereka bermain di luar rumah walaupun untuk jarak sejengkal. Kanak-kanak pula sukar memahami keadaan ini. Tindakan yang kita buat bertujuan ingin "menjaga" mereka mungkin disalah mengertikan sebagai ingin mengongkong mereka. Sampai bila ini harus berlarutan. Jika dulu, kita mungkin bimbangkan anak-anak remaja, kini ianya tak mengenal usia. Memang itu pun sifat yang ada pada makhluk yang bernama binatang - tak kenal usia atau hubungan!
Mungkinkah ini salah satu musibah yang perlu kita tanggung disebabkan oleh ketidakcaknaan kita kepada suruhan dan larangan Allah S.W.T. Kita boleh buat analisa sendiri untuk memutuskan bahawa secara kolektifnya sebagai sebuah masyarakat, adakah kita semakin jauh atau dekat dengan Tuhan. Bila bala menimpa, ianya tidak kenal siapa, usia, baik/jahat.
No comments:
Post a Comment