Saya bersama rakan-rakan sefakulti dan pelajar perakaunan sedang mengusahakan projek di atas. Kami fokuskan kepada 46 buah masjid di daerah Dungun sebagai pilot dan insyaallah, sasarannya ialah untuk bantu memantapkan pengurusan kewangan keseluruhan masjid di Terengganu yang kesemuanya berjumlah lebih 480 buah. Selepas mendapatkan kelulusan daripada pengurusan universiti dan pejabat agama daerah, langkah seterusnya ialah mengadakan perjumpaan dengan semua bendahari masjid terbabit. Pemantapan pengurusan akaun masjid penting memandangkan ianya merupakan institusi teras bagi umat Islam.
Sedih juga memikirkan mengapa kami "tak nampak" projek ini lebih awal. Banyak perkara yang boleh kami bantu dan pengurusan masjid sememangnya mengharapkan dan mengalu-alukan bantuan. Kita mungkin terlepas pandang kekuatan yang sedia ada dan tidak dimanfaatkan sepenuhnya. Ada masjid yang hasil sumbangan diterima berjumlah puluhan ribu tapi "beku", tidak digunakan untuk manfaat ramai. Ada yang kutipan Jumaatnya menjadi "habuan" pencuri dek kelonggaran sistem kawalan dalamannya (misalnya, duit kekal dalam peti besi tanpa didepositkan dalam bank secepat mungkin).
Antara output projek ialah laporan kewangan bulanan yang ditampal di papan notis masjid. Laporan kewangan akan memaklumkan kekuatan dan kelemahan kita. Bila kekuatan dan kelemahan diketahui, senanglah kita bertindak. Bertindak dalam ertikata, jika masjid kekurangan wang, orang ramai perlulah lebih banyak menyumbang. Jika masjid dah kuat dari segi sumber kewangannya, pelbagai program perlulah dilaksanakan. Masjid di Singapura misalnya, paling berjaya dalam program pengimarahan masjidnya. Kursus kasih sayang dan kursus memasak pun dilaksanakan di masjid. Kita ni banyak pantang larangnya - banyak perkara tak boleh buat di masjid, macam-macam alasan. Akhirnya, masjid kekeringan program dan jadi tempat solat sahaja. Kurang program yang mendekatkan orangramai terutamanya golongan muda kepada masjid. Ini perlu berubah.
Kami harap projek kami ini dapat membuka jalan kepada mendekatkan orangramai kepada institusi masjid.
5 comments:
Tahniah.Satu kerja amal yang sungguh baik lebih2 lagi dengan kedatangan Ramadhan Al Mubarak dua atau tiga hari lagi. Saya juga nak cadangkan UITM mengambil satu masjid dimana pelajar2 selalu menunaikan solat sebagai anak angkat. Ini membolihkan pihak UITM dengan kapasiti yang sedia memberi perhatian yang lebih kepada masjid tersebut.
usaha yg sgt baik dlm membangunkan kekuatan pengurusan kewangan masjid. slmt maju jaya dan semoga usaha ini dpt dikembangkan di daerah2 lain.
raime
http://greenfore.fotopages.com
Assalamualaikum...Alhamdulillah...moga usaha murni ini berterusan...sy pernah ke masjid d Singapura...bkn nk puji negara luar..tp mmg betul seperti yg dinyatakan....kebersihan masjid d Singapura juga ...tidak mengecewakan...kadang2 sedih tgk masjid di negara kita...kita berada di negara Islam, tapi kebersihan masjid(e.g:tandas)x terlalu ditikberatkan...mudah-mudahn saya semakin terpanggil menginsafinya...mudahan-mudahan melalui usaha ini, usaha penyumbangan idea ttg kerbersihan masjid dpt dikembangkan....Wassalam."nailofar"
Saya berminat tahu lebih lanjut, boleh emel kepada saya roslan@pts.com.my
Tahniah dan syabas, sepatutnya projek tersebut telah dijalankan lama dulu. Walaubagaimanapun masih belum terlambat. Daripada tiada lebih baik ada walaupun baru mula.Saya sendiri ingin mencari satu perisian akaun yang mesra pengguna untuk digunakan ditempat saya. hubungi
Post a Comment