Google
 

Wednesday, October 31, 2007

Usahawanku : Buletin INFOUSAHAWAN

Usahawanku:
Buletin INFOUSAHAWAN

JulaiOgos07 - MacApr07 - JanFeb07
- OktDis06 - OgosSept06 - JunJulai06
2 bulan sekali, kami terlibat dengan penerbitan buletin INFOUSAHAWAN. Ianya dicetak dan diedarkan PERCUMA kepada usahawan. Objektifnya adalah untuk bantu usahawan kita mantapkan perniagaan mereka melalui penguasaan ILMU. Tuan-puan boleh menyumbang bahan untuk buletin ini dengan email bahan tersebut kepada email yang dinaytakan dalam ruangan Sidang pengarang dalam buletin tersebut. Menarik dlm. edisi JulaiOgos2007:
  • Membangunkan usahawan berjiwa merdeka
  • Anuar mula dari kosong
  • Tip hadapi pekerja bermasalah
  • Carilah rezeki yang diizinkan Allah
  • Aman Optical House-strategi menjadi!
  • Saidatina Khadijah R.A: pemodal pintar

Thursday, October 25, 2007

Ye ke Tidak?


Khabarnya, angsa dapat membantu penternak ayam! Bagaimana pula ni? Dengan memelihara angsa bersama-sama ayam dalam satu kawasan dapat mengurangkan ancaman ayam dibaham ular seperti ular sawa. Ini kerana dikatakan najis angsa amat berbisa kepada siular. Ular akan mati selepas menyusur di atas najis angsa tersebut.
Sahabat saya kata rumahnya sering cuba dimasuki pencuri. Selepas beliau pelihara angsa, alhamdulillah, tiada lagi "cubaan" dibuat....

Wednesday, October 24, 2007

Jari Telunjuk !

Terlebih dulu, saya mohon kebenaran kepada pemilik asal imej ini untuk menggunakan imej beliau di sini. Antara teks yang diterima bersama imej yang ingin saya kongsi di sini:
...bila saja aku berada dalam tasyahud akhir. Sekali lagi aku mengucapkan kalimah " Ashhadu allaa ilaa ha illallah (Aku bersaksi bahawa Tiada Tuhan Yang disembah melainkan Allah) sambil jari telunjukku diangkat menandakan aku mengakui keEsaan Allah s.w.t..
Allah Maha Besar! Allah Maha Besar! Betapa kerdilnya kita kerana sepanjang kehidupan ini, masih banyak kebesaran Tuhan yang kita gagal lihat walaupun dekat. Allah s.w.t suruh kita kaji dan perhati serta kagumi, namun kita sering sibuk dengan perkara lain yang...

Monday, October 22, 2007

“Hari buat ttupat” atau hari buat ketupat ialah sehari sebelum 1 Syawal. Biasanya di Kuala Terengganu, ketupat dijual pada kadar 4 biji seringgit. Tetapi sehari sebelum Syawal 1428H lepas, harganya sudah tukar - seringgit hanya dapat 2 biji. Itupun, tidak dimaklumkan secara terus oleh penjual apabila ditanya pelanggan “berapa seringgit?”. Pelanggan pandai-pandailah congak sendiri. Dia yang nak beli kang!. Lagipun, semua orang belajar tinggi sekarang ni kang! Atau, kalau diberitahu secara terus yang seringgit hanya 2 biji, takut orang terkejut beruk dan tak jadi beli. Ahhh! Takkan tak beli. Esoknya nak raya dan raya tanpa ketupat macamlah tak beraya.

Usahawanku: Pemburu LAKSA!

PEMBURU LAKSA (http://www.negarakumalaysia.blogspot.com)
Ni nak kongsi pengalaman kami “memburu” laksa pada 4 Syawal 1428H. Daripada beberapa buah gerai yang menjual laksa di Pasar Chabang Tiga, hanya satu gerai sahaja yang beroperasi pada hari tersebut. Keadaannya, macam gula dikerumun semut. Tak nak berebut dan bertekak, kami terus ke “kilang” buat laksa di jalan Panji Alam. Alangkah guumbiranya sebab “kilang” dibuka dan nampaknya kami pelanggan kedua. Belum sempat kereta betul-betul berhenti, kaki sudah atas jalan dan bergerak laju ke “kilang” yang sebenarnya warung di tepi jalan. Gamaknya, kalau tertinggal sebelah selipar dalam kereta pun memang tak patah balik.
Pelanggan makin ramai datang. Ketiga, keempat, kelima......buat seketika, semuanya diam, khusyuk memerhati makcik dan beberapa pekerjanya memasukkan laksa ke dalam plastik gelenyal/rokrat. Selepas beberapa saat tercegat depan meja sambil mata bulat memerhatikan laksa yang terhampar di atasnya, seseorang dalam kumpulan pembeli bersuara, “Nak laksa sekilo!”. Malangnya, jawapan yang diberikan adalah seperti dalam skrip di atas. Terfikir saya, “Mengapa dia dok beritahu awal-awal atau jika sibuk sangat pun, letak label besar-besar, “LAKSA SOLD OUT! KAMI HANYA BUKA UNTUK YANG DAH BUAT TEMPAHAN!”. Nampaknya nak "buang duri" (mudahkan orang lain) di jalan ni susah juga walaupun ianya sangat-sangat disarankan oleh Islam.

Apa yang dapat kita pelajari dari kisah benar di atas? Apa yang usahawan kita boleh perbaiki dalam memantapkan lagi perniagaan mereka? Kata orang, biarlah kita lokal tapi sikap dan khidmat mesti global – GLOKAL lah katakan....

Sunday, October 21, 2007


Thursday, October 11, 2007

Masuk & Keluar Kem

Masuk & Keluar Kem
Hari ini 11 Okt 2007 bersamaan 29 Ramadhan 1428H. Maknanya kita dah masuk “kem” hampir sebulan dan dah nak keluar kem semula dah pun. “Kem” ni hanya sekali dalam setahun atau sebulan daripada 12 bulan, atau 1 lawan 12. Bila masuk kem, kehidupan biasanya sukar dan banyak yang tidak menepati kehendak diri.
Namun, itulah tujuannya - masuk kem untuk didik diri dan hati! Selaku yang dicipta dan hamba, kita tidak boleh buat sesuka hati. Kata orang, ikut rasa binasa, ikut hati mati. Dua hari lagi iaitu pada 1 Syawal, kita akan riang gembira menyambut kemenangan. Kemenangan kerana berjaya mengharungi dugaan dan mendidik hati. Harapannya, kejayaan ini akan berpanjangan. Khabarnya, antara kayu ukur samada apa yang telah kita lakukan dalam bulan Ramadhan itu diterima atau tidak, ialah dengan melihat samada ianya diteruskan selepas Ramadhan ataupun tidak. Jika hari pertama keluar (1 Syawal), kita dah banyak langgar hukum-hakamnya, alamatnya......Tapi malanglah kalau gitu sebabnya, cuba hitung sepanjang hidup ini, dah berapa kali kita masuk “kem”. Ramai sudah ahli keluarga serta sahabat handai saya dah lama berhenti masuk “kem”. Kita pun belum tentu ada peluang lagi tahun depan!

Wednesday, October 10, 2007

Ikut peraturan jalanraya.....

Saya mengucapkan SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR BATIN kepada semua pengunjung blog ini. Berhati-hatilah di jalanraya, patuhi segala peraturannya, sabar dan bersedia untuk mengorbankan keegoan kita itu. Negara aman damai bukan bermakna kita tiada peluang untuk berjihad. Jihad memerangi hawa nafsu juga tak kurang hebatnya - hawa nafsu untuk berlumba, tunjuk hebat dan gah sombong!

THIS VIDEO HAS BEING FORWARDED TO ME THROUGH EMAIL. I HOPE ITS OWNER PERMIT ME TO USE IT HERE. THE VIDEO SERVES AS A REMINDER TO MOTORISTS.

Ambo bbelah.....

Ambo bbelah......Untuk pos ini saya nak tulis dalam bahasa dialek kampung saya. Kerana apa? Kerana coretan ini special untuk diri saya sendiri. InsyaAllah, saya akan cuba "terjemah" dalam bahasa surat di bawahnya nanti.

Ambo bbelah sokmo bila lihat atau dengar cerito pasa anok yatim. Ambo sendiri anok yatim - we' (ayoh) ambo meninggal +- 5 tahun lepah. Maso we' mati, ambo jjerik. Lo ni pun, ado ketikonyo ambo jjerik! Ni, kiro ambo orghe tuo, umur cicoh 40 doh. Bayelah perase budok-budok dale gambar tu. Uuuuuu....aloh, buleh sssupit rokrak sorghe baju buat rrayo!

Semuonya anok yatim. Mok/Ayoh atau keduo-duo orghe penting dalam hidup, doh gi maso usia masih budok-budok. Sebenarnya, PSKK, persatuan sukan tempat ambo bekerjo, telah ambil inisiatif kumpul 40 anok-anok yatim dari 4 buoh sekoloh di Dungun ni. Sebelum tu, demo-demo tuh kutip duit dari staf yang sudi dermo/tajo anok-anok yatim ini, bowok mereka ke supermarket dan belikan pakaian raya. Habih dale RM100 sorghe. Pah tu, bowok pula untuk berbuko posa. Ambo banggo denge saing-saing ambo dale PSKK tu...SYABAS!
Kalu buleh, aktiviti gini biar telajok ko lepah bule posa - kito buat sokmo! Sebab apo ambo bbelah? Sebab ingat ko we' ambo dok de make jaso ambo!! Dio gi maso ambo baru setahun duo kerjo! Kalu kito ambik tahu, bekali ramai anok-anok yatim di keliling kito. Tapi, kito hanyo ambik ccaro sekali sekalo, bermusim! Musim posa, dekat-dekat nok rayo! Orghe kito pulok napoknyo ramai doh hok kayo. Ado hok tukar kereto mace tuka baju! Syarikat orghe kito pun banyok doh hok maju. Keno "cuoh" sket lah ko anok-anok yatim niiiii...., secaro berterusan, ikhlas dan berstruktur. Jange sebab nok masuk TV setahun sekali bui. Maso lain senyak sunyi. Di satu sudut, jerihnyo hidup. Di satu sudut hok lain pulok, banyok duit dibelanjo mace ianya tak dok nilai. Jiko kito dianugeroh Tuhan kemewahan, kutip cari dan bantulah anok-anok yatim di sekeliling kito. Mungkin mereka dijadikan yatim kerana Tuhan nok test sejauh mano kito.....

Monday, October 08, 2007

Lelaki DAYUS!

Lelaki DAYUS!

Ada juga diutarakan persoalan bagaimana jika sisuami berkata yang dia dah berbuih mulut nasihat siisteri tapi tak nak dengar. Jawab Dato', tak cukup dengan buih mulut. Langkah yang perlu dibuat selepas dah lengoh nasihat ialah jangan tidur dengan isteri (setengah ulamak berpendapat selama 41 hari), kemudian jika tak berkesan juga, pukul (tanpa mendatangkan kemudaratan). Selepas diusahakan semua itu, barulah sisuami terselamat dari siksaan tidak menjalankan amanahnya. Dalam sebuah hadis, Rasulullah S.A.W bersabda:

ثلاثةٌ قد حَرّمَ اللهُ - تَبَارَكَ وَتَعَالَى - عليهم الجنةَ : مُدْمِنُ الخمر ، والعاقّ ، والدّيّوثُ الذي يُقِرُّ في أَهْلِهِ الخُبْثَ . رواه أحمد والنسائي .
Ertinya : Tiga yang telah Allah haramkan baginya Syurga : orang yang ketagih arak, si penderhaka kepada ibu bapa dan Si Dayus yang membiarkan maksiat dilakukan oleh ahli keluarganya" (Riwayat Ahmad)

Sunday, October 07, 2007

Body kkatang.....

Body kkatang...





Wednesday, October 03, 2007

Yaseen

Tuesday, October 02, 2007

Keibubapaan: "Outsourcing" vs. "In-house development"

Keibubapaan : “outsourcing” vs. “In-house development”

Terma outsourcing dan in-house development diajar dalam subjek Accounting Information System (AIS) dan merujuk kepada kaedah untuk membangunkan sesebuah sistem maklumat. Saya cuba gunakan terma ini sebagai analogi kepada konsep pendidikan anak-anak oleh ibubapa. Sebelum itu, saya terangkan dulu maksud dua terma tersebut dengan merujuk kepada kes berikut:

Sekolah Kebangsaan Sura ingin menggunakan khidmat pengawal keselamatan. Pilihan yang ada dua : (1) menggunakan khidmat syarikat pengawal keselamatan luar atau (2) menggaji sendiri pekerja untuk menjadi pengawal keselamatan.

Pilihan (1) dinamakan “outsourcing” iaitu menyerahkan tugas kepada pihak luar yang pakar dan pilihan (2) dinamakan “in-house development”, iaitu menggunakan kepakaran dalaman sendiri.

Saya berpendapat dalam memberikan pendidikan agama kepada anak-anak, kita (ibubapa) sekarang umumnya, ramai yang menggunakan kaedah “outsourcing”. Belajar baca Quran, belajar solat dan aspek agama yang lain kita serahkan kepada sekolah atau pusat yang menjalankan kelas fardhu ain untuk ajar, secara keseluruhannya (total)!!. Timbul pula yang kata, “tiada kepakaran”. Jikapun kita tak mahir baca Quran, takkanlah kita juga tak mahir solat! “Tiada kepakaran” bukan alasan kerana hakikatnya apa yang perlu ada pada anak hanyalah juga apa yang perlu ada pada kita.

Setidak-tidaknya kita ambil peduli. “Kain putih” itu adalah amanah untuk kita corakkan sebaik mungkin. Seorang ustaz mengajukan soalan, “Berapa ramai ibubapa yang pernah periksa dan cuba betulkan solat anak-anak, semenjak kecil sampai remaja?”. Berapa ramai ibubapa yang tunjuk cara betul ambil wudhuk atau mandi junub?”.
Bila manusia meninggal dunia, maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara : amal jariah, doa anak yang soleh dan ilmu berguna yang diajar kepada orang. Secara tidak langsung, ibubapa juga berpeluang mempunyai "murid" yang boleh diperturunkan ilmu yang berguna. Bayangkan jika seorang anak solat sepanjang hayatnya dan orang pertama yang mengajar solat itu ialah kita, ibubapanya.