Google
 

Thursday, October 11, 2007

Masuk & Keluar Kem

Masuk & Keluar Kem
Hari ini 11 Okt 2007 bersamaan 29 Ramadhan 1428H. Maknanya kita dah masuk “kem” hampir sebulan dan dah nak keluar kem semula dah pun. “Kem” ni hanya sekali dalam setahun atau sebulan daripada 12 bulan, atau 1 lawan 12. Bila masuk kem, kehidupan biasanya sukar dan banyak yang tidak menepati kehendak diri.
Namun, itulah tujuannya - masuk kem untuk didik diri dan hati! Selaku yang dicipta dan hamba, kita tidak boleh buat sesuka hati. Kata orang, ikut rasa binasa, ikut hati mati. Dua hari lagi iaitu pada 1 Syawal, kita akan riang gembira menyambut kemenangan. Kemenangan kerana berjaya mengharungi dugaan dan mendidik hati. Harapannya, kejayaan ini akan berpanjangan. Khabarnya, antara kayu ukur samada apa yang telah kita lakukan dalam bulan Ramadhan itu diterima atau tidak, ialah dengan melihat samada ianya diteruskan selepas Ramadhan ataupun tidak. Jika hari pertama keluar (1 Syawal), kita dah banyak langgar hukum-hakamnya, alamatnya......Tapi malanglah kalau gitu sebabnya, cuba hitung sepanjang hidup ini, dah berapa kali kita masuk “kem”. Ramai sudah ahli keluarga serta sahabat handai saya dah lama berhenti masuk “kem”. Kita pun belum tentu ada peluang lagi tahun depan!

No comments: