Google
 

Thursday, February 21, 2008

Terlampau perlahan pun masalah juga....

Saya cadangkan polis saman juga orang yang bawa kenderaan terlampau perlahan di jalanraya (utama). Bukan apa, ianya juga mampu secara tak langsung, melibatkan kemalangan. Ada orang memandu "makan angin" di jalan utama. Nak memotong, kenderaan dari arah bertentangan berderet atau garisan duanya teramatlah panjang. Bagi orang yang memandu jarak jauh, mengekori orang yang "makan" angin" ni menguji tahap kesabaran. Jika "kenderaan"nya nampak dok rok (macam dalam gambar di bawah), kita boleh terima. Masalahnya, ada orang yang tak ambil kisah orang dok berderet mengekorinya walaupun dia mampu mengubah keadaan. Bila orang dah tak sabar, wujudlah "stunt" yang memotong dengan pelbagai gaya yang bahaya!

Monday, February 18, 2008

Ngaji Kitab: Nabi S.A.W jawab terus salam kita...

Ngaji Kitab: Nabi S.A.W jawab terus salam kita....


Nabi S.A.W suruh kita perbanyakkan selawat kepada baginda pada Hari Jumaat. Kerana apa? Kerana selawat dan salam itu akan disampaikan terus kepada baginda dan dijawab.
Bila kita beri salam kepada seseorang, kita mendoakan kesejahteraan orang itu. Salam wajib dijawab dan bila seseorang yang menerima salam menjawab salam kita, dia juga mendoakan kesejahteraan kita. Kita iktiraf doa orang alim lebih mustajab. Sebab itulah musim anak nak duduki peperiksaan, ketika menghadapi saat sukar (penyakit dan sebagainya), kita minta orang alim/surau/masjid solat hajat. Bagaimana lagi nak memastikan orang alim mendoakan kesejahteraan kita? Caranya ialah banyakkanlah ucapan salam, termasuklah kepada orang-orang alim. Alangkah baiknya juga jika penghulu segala nabi iaitu Muhammad S.A.W dapat menjawab salam kita secara terus (walaupun kita tak mendengarnya). Bagaimana caranya? Perbanyakkan selawat dan salam kepada baginda pada hari Jumaat.

Wednesday, February 13, 2008

"Maintenance and Overhaul"

"Maintenance and Overhaul"
Semua orang tahu yang kenderaan yang kita miliki dan guna setiap hari tu mesti diselenggara secara berterusan. Jika tidak, kita tak tahu ada masalah sehinggalah, ianya tiba-tiba mengalami kerosakan. Dah kena buat pembaikian yang menyeluruh (overhaul). Bila dah kena overhaul, kosnya pun mungkin tinggi. Tak tahulah pula jika ada orang yang kenderaannya tidak pernah dihantar ke bengkel untuk diselenggara semenjak ianya dibeli. "Semuanya OK. No problem", katanya. Solat pun kena "masuk bengkel" juga. Mungkin kita dok amalkan apa yang diajar kepada kita semasa kecil. Tak pernah ambil kisah untuk semak samada ianya betul atau salah. Soalan bocor dah diketahui yang solat ini perkara pertama akan ditanya semasa sesi soal jawab di "alam" yang satu lagi nanti. Jika di zaman pengajian, dapat soalan bocor saja, kita akan sibuk ulangkaji. Banyak cara kita nak "bengkelkan" solat - hadir kuliah di surau/masjid, dengar CD atau kuliah melalui radio dan juga melalui pembacaan. Tapi jika kita terlalu sibuk untuk semua itu, "overhaul cost" nya tinggi - tahu yang solat yang dipraktikkan sejak kecil tu tak sempurna hanya bila dah di penghujung usia. Masa tu, pendengaran pun kurang, keadaan pun dah tidak mengizinkan untuk ke surau/masjid dan mata pun dah kabur.

Sunday, February 10, 2008

Adakah kita dikenali?

Tiada guna kita dikenali ramai orang tapi kita tidak dikenali oleh yang Sang Pencipta
Tidak mengapa jika kita tidak dikenali oleh ramai orang tapi kita mesti berusaha untuk dikenali oleh Allah S.W.T. Amat malang jika kita dikenali dan disanjung oleh ramai orang tapi Allah S.W.T tak kenal kita. Dalam ceramahnya, Ust. Shamsuri ada cerita tentang orang yang tidak dikenali orang ramai tapi Tuhan kenal dia. Setiap hari, pada jam 6.45 petang, seorang hamba Allah ini akan ke masjid. Sesampai saja di masjid, beliau ambil peralatan dan mula mencuci bilik air dan tandas masjid. Kesemuanya! Setelah siap, beliau lepaskan wangian ke dalam tandas dan bilik air. Beliau jadikan ini rutin harian tanpa disuruh dan dibayar. Beliau konsisten dengan tugasannya ini. ada seorang lagi hamba Allah yang menginfakkan RM100 daripada gajinya setiap bulan untuk bayar bil elektrik masjid/surau. Ini adalah dua contoh manusia yang diri mereka tidak dikenali orang ramai tapi mendapat perhatian Tuhan yang Maha Tahu.

Thursday, February 07, 2008

Kewajipan seorang anak

Kewajipan seorang anak (petikan buku "sakit: Apakah ubatnya")

Anak LELAKI:

  1. Allah
  2. Rasul
  3. Ibu/ibu mertua
  4. Bapa/bapa mertua
  5. Isteri
Anak PEREMPUAN :

  1. Allah
  2. Rasul
  3. Suami

Ada orang sayang bini tapi tak sayang ibu bini. Jika ikut urutan (hiraki/rating) yang dinyatakan oleh pengarang buku ini, taraf ibu mertua sama dengan ibu kandung. Begitu juga dengan ayah. Orang tua lumrahnya, banyak karenah (orang muda pun apa kurangnya - darah muda!). Justeru, kehidupan bersama dengan orang tua perlu dilalui dengan penuh kesabaran. Jika diamati, sebenarnya kehidupan bersama orang tua merupakan satu peluang keemasan - untuk kumpul pahala! Bila orang tua dah tiada, peluang tetap ada tapi mungkin sedikit sukar. So lagi nok kongsi - jika ada suami yang lebihkan perhatian kepada ibunya, sang isteri kena faham dan sokong. Ini kerana melihatkan rating ibu/ibu mertua kepada orang lelaki ialah selepas Allah dan rasul.

Wednesday, February 06, 2008

Jokes

Just for a laugh to make your day !!!!
Teacher: Ted, if your father has $10 and you ask him for $6, how much would your father still have?
Ted: $10.
Teacher: You don't know maths.
Ted: You don't know my father!
...............................
Father: Why did you fail your mathematics test?
Son: On Monday, teacher said 3+5=8
Father : So?
Son: On Tuesday, she said 4+4=8 And on Wednesday, she said 6+2=8. If she can't make up her mind, how do I know the right answer?
...............................
A mother and son were doing dishes while the father and daughter were watching TV in the living room. Suddenly, there was a loud crash of breaking plates, then complete silence. The daughter turned to look at her father.
Daughter: It's mummy!
Father: How do you know?
Daughter: She didn't say anything.
................................
Teacher: "How come you do not comb your hair?"
Ah Kow: "No comb, Sir."
Teacher: "Use your dad's then."
Ah Kow: "No hair, Sir."
................................
A boy came home from school with his exam results.
"What did u get?" asked his father.
"My marks are under water," said the boy.
"What do u mean 'under water'?"
"They are all below 'C' level"
................................
Teacher: "Where were u born?"
Student: " Singapore , Sir."
Teacher: "Which part?"
Student: "All of me, Sir."

Monday, February 04, 2008

Dam Aji

Dam Aji Sebenarnya imej yang paling bertepatan diletakkan di sini ialah imej Dam Aji. Malangnya, tak jumpa cari. Buat sementara ni, saya gunakan imej Chess ini. Pernah main Dam Aji? Masa saya kecil, di kampung orang main Dam Aji atas wakaf. Papannya, simen lantai wakaf tu lah. Kerapnya main sampai lekuk lantai wakaf tu. Bagi saya, Dam Aji ni bagus untuk membina pemikiran kreatif tapi jika dah "taksub", hari hari main sampai tak ingat anak bini atau makan minum atau sembahyang bang, ianya dah jadi sesuatu yang melalaikan. Tak tahulah samada lo ni ada lagi ke tidak budaya orang "melepak" atas wakaf atau bawah pokok, main Dam Aji. Dalam permainan ini, selagi tak "naik Aji", kena jalan selangkah demi selangkah, dan ke depan sahaja. Bila dah "naik Aji", ha.. ha.. ha.., ada lesen besar! - boleh jalan depan belakang, "makan" orang kiri kanan belakang depan! Kalau main Dam Aji terbang, lagilah besarnya lesen bila dah "naik Aji" - boleh terbang jauh dan berpeluang "makan" banyak orang.
Dalam menjalani kehidupan, kita janganlah jadi macam dalam permainan Dam Aji ni. Masa susah, kita kkole, lembik tengkok. Bila dianugerahkan kesenangan, kita lupa diri! "Lesen" digunakan sewenang-wenangnya dan kita lupa dari mana kita datang......