Semua orang tahu yang kenderaan yang kita miliki dan guna setiap hari tu mesti diselenggara secara berterusan. Jika tidak, kita tak tahu ada masalah sehinggalah, ianya tiba-tiba mengalami kerosakan. Dah kena buat pembaikian yang menyeluruh (overhaul). Bila dah kena overhaul, kosnya pun mungkin tinggi. Tak tahulah pula jika ada orang yang kenderaannya tidak pernah dihantar ke bengkel untuk diselenggara semenjak ianya dibeli. "Semuanya OK. No problem", katanya. Solat pun kena "masuk bengkel" juga. Mungkin kita dok amalkan apa yang diajar kepada kita semasa kecil. Tak pernah ambil kisah untuk semak samada ianya betul atau salah. Soalan bocor dah diketahui yang solat ini perkara pertama akan ditanya semasa sesi soal jawab di "alam" yang satu lagi nanti. Jika di zaman pengajian, dapat soalan bocor saja, kita akan sibuk ulangkaji. Banyak cara kita nak "bengkelkan" solat - hadir kuliah di surau/masjid, dengar CD atau kuliah melalui radio dan juga melalui pembacaan. Tapi jika kita terlalu sibuk untuk semua itu, "overhaul cost" nya tinggi - tahu yang solat yang dipraktikkan sejak kecil tu tak sempurna hanya bila dah di penghujung usia. Masa tu, pendengaran pun kurang, keadaan pun dah tidak mengizinkan untuk ke surau/masjid dan mata pun dah kabur.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment