Google
 

Monday, February 04, 2008

Dam Aji

Dam Aji Sebenarnya imej yang paling bertepatan diletakkan di sini ialah imej Dam Aji. Malangnya, tak jumpa cari. Buat sementara ni, saya gunakan imej Chess ini. Pernah main Dam Aji? Masa saya kecil, di kampung orang main Dam Aji atas wakaf. Papannya, simen lantai wakaf tu lah. Kerapnya main sampai lekuk lantai wakaf tu. Bagi saya, Dam Aji ni bagus untuk membina pemikiran kreatif tapi jika dah "taksub", hari hari main sampai tak ingat anak bini atau makan minum atau sembahyang bang, ianya dah jadi sesuatu yang melalaikan. Tak tahulah samada lo ni ada lagi ke tidak budaya orang "melepak" atas wakaf atau bawah pokok, main Dam Aji. Dalam permainan ini, selagi tak "naik Aji", kena jalan selangkah demi selangkah, dan ke depan sahaja. Bila dah "naik Aji", ha.. ha.. ha.., ada lesen besar! - boleh jalan depan belakang, "makan" orang kiri kanan belakang depan! Kalau main Dam Aji terbang, lagilah besarnya lesen bila dah "naik Aji" - boleh terbang jauh dan berpeluang "makan" banyak orang.
Dalam menjalani kehidupan, kita janganlah jadi macam dalam permainan Dam Aji ni. Masa susah, kita kkole, lembik tengkok. Bila dianugerahkan kesenangan, kita lupa diri! "Lesen" digunakan sewenang-wenangnya dan kita lupa dari mana kita datang......

No comments: