Google
 

Thursday, February 07, 2008

Kewajipan seorang anak

Kewajipan seorang anak (petikan buku "sakit: Apakah ubatnya")

Anak LELAKI:

  1. Allah
  2. Rasul
  3. Ibu/ibu mertua
  4. Bapa/bapa mertua
  5. Isteri
Anak PEREMPUAN :

  1. Allah
  2. Rasul
  3. Suami

Ada orang sayang bini tapi tak sayang ibu bini. Jika ikut urutan (hiraki/rating) yang dinyatakan oleh pengarang buku ini, taraf ibu mertua sama dengan ibu kandung. Begitu juga dengan ayah. Orang tua lumrahnya, banyak karenah (orang muda pun apa kurangnya - darah muda!). Justeru, kehidupan bersama dengan orang tua perlu dilalui dengan penuh kesabaran. Jika diamati, sebenarnya kehidupan bersama orang tua merupakan satu peluang keemasan - untuk kumpul pahala! Bila orang tua dah tiada, peluang tetap ada tapi mungkin sedikit sukar. So lagi nok kongsi - jika ada suami yang lebihkan perhatian kepada ibunya, sang isteri kena faham dan sokong. Ini kerana melihatkan rating ibu/ibu mertua kepada orang lelaki ialah selepas Allah dan rasul.

2 comments:

Anonymous said...

Salam,saya nak komen pasal haraki ni. Memang ini yg dituntut olih Islam tapi tak salah kalau kita sebagai anak perempuan membuat baik kepada kedua ibubapa/mertua.Hari ini kita lihat ramai kaum wanita telah berjaya dalam krier masing2 serta melanjutkan pelajaran keperingkat yg tinggi. Mengikut carta tanggung jawab mereka apabila sudah berumah tangga berhenti ditahap suami.Bayangkan kalau keluarga tak ada anak lelaki atau yg berjaya cuma anak perempuan. Alangkah sedihnya ibubapa kalau sisuami tidak membenarkan siisteri membantu ibubapa mereka.Inilah masanya mereka membalas jasa ibubapa yang telah banyak berkorban. Wassalam

Anonymous said...

saya setuju dgn pandangan anda ini. bagi saya, semua menjurus kepada kefahaman dan pengetahuan. Mungkin inilah sebabnya pengetahuan itu penting dalam agama Islam. Hiraki itu sekadar panduan asas dan bukan bermakna individu lain yg tidak termausk dlm hiraki tidak penting. Agak malang jika sisuami tidak mempunyai pengetahuan dlm hal ini. Sebab itu memilih pasangan tidak boleh main sambrono saje. islam dah bagi panduan - utamanya kena pilih yg berpengetahuan agama. Bila ciri ini ada, tak timbul ketidakseimbangan dlm hal kasih sayang ini. Kebanyakan org mengutamakan ciri lain dlm memilih pasangan - muka lawa, duit banyak sebagai contoh. Akhirnya, kehidupan selepas berumahtangga jadi masalah.