Foto pokok nangka dalam gambar ni saya ambil dekat Plaza Tol Sungai Lembing Kuantan. Apa yang menarik minat saya ialah pokoknya kecil tetapi dah berbuah sebiji dan besar pula tu. "Dok padan dengan kecik", kata orang. Walaupun masih kecil, dah sanggup terima tanggungjawab berat. Tengoklah batang dan dahannya - halus sssiak!!! (sangat-sangat halus) jika dibandingkan dengan buah yang bergantung kepadanya. Nak berteduh di bawah pokok sebegini pun selesa - daunnya rimbun! Tuan pokok ini pastinya bangga kerana tanamannya ini boleh diharap.
Ini mengingatkan saya kepada remaja di zaman Nabi s.a.w dulu. Umur belasan tahun dah pimpin pasukan perang. Umur belasan tahun dah sanggup pertahankan Nabi s.a.w dengan jadikan tubuh muda mereka sebagai benteng. Mereka jelas halatuju hidup dan sebab kejadian. Mereka tak mati sia-sia, mati katak kerana berlumba di jalan atau "cucuk" diri sendiri! Mereka jadi kebanggaan Pencipta dan disebut-sebut umat yang terkemudian walaupun telah tiada.
Banyak faktor yang buatkan pokok ini begini - baja bermutu, ianya pula memang jenis baka yang baik, persekitaran yang baik (tak ada tuan lembu yang tak cakna lepas lembu di kawasan ini dan pergi makan pokok), jagaan yang baik oleh sipenanam (disiram dan dibelai, tapi kekadang kena "trim" juga!). Saya kira pendidikan anak-anak pun begitu - makanan mestilah bermutu, halal dan dari sumber halal, kena dididik dalam persekitaran yang aman tenteram, ibu dan ayah (bukannya bibik) kena bagi kasih sayang sejak kecil dan bersama semasa mereka membesar, beri ilmu agama dan dunia, marah & pukul jika perlu. Marah bukan kebencian tapi tanda sayang!
1 comment:
all dat's similar comments above will come from human yang ada ilmu dlm otaknya n' iman dlm atinyer..but,most of us nowadays will say like this.."ee..pokok tu cacat!!"...kiter selalu xbole melihat apa yang Tuhan cuba tunjukkan...
Post a Comment