Google
 

Monday, December 25, 2006

Kita dalam Titanic 2.....











Kita dalam Titanic 2 (http://www.negarakumalaysia.blogspot.com, 27/12/06)

Pernah tengok cerita Titanic? Titanic adalah kapal besar yang berlayar di lautan luas dan karam pada 15 April 1912. Seramai 1500 daripada 2200 penumpangnya terkorban. Kapal lagenda itu sungguh hebat – ada pusat membeli-belah mewah, dewan tarian, hotel, restauran dan sebagainya. Nak bandingkan dengan bandar Dungun pun agaknya, hebat kapal tu lagi. Pusat beli-belah di Dungun ini pun yang paling tinggi 2 tingkat saja. Kapal Titanic itu sendiri dah 4 tingkat!!! Mereka yang berada dalam Titanic terlalu yakin akan sampai ke destinasi dengan selamat. Setiap anak kapal dikatakan mahir dalam tugas masing-masing. Malah seorang anak kapal mengatakan yang beliau mampu mencium bau bongkah ais (iceberg) dari jauh. Kesenangan dan keselesaan buat sekumpulan mereka yang berada dalam Titanic alpa dan leka. Walaupun bongkah ais (iceberg) pertama dapat dielak, Titanic akhirnya karam kerana terlanggar iceberg kedua yang lebih besar dan muncul tiba-tiba. Kapal gergasi itu tenggelam keseluruhannya dalam masa lebih kurang 4 jam saja.

Kehidupan kita di dunia ini pun sebenarnya satu pelayaran, macam juga Titanic! Kesenangan dan keselesaan buat kita alpa dan leka. Alpa dan leka tentang risiko yang kita hadapi. Penyakit sosial, keruntuhan moral serta akhlak, orientasi hidup berasaskan kebendaan, malah bencana alam (spt. banjir yang melanda Johor dan beberapa negeri lain) merupakan bongkah-bongkah ais (iceberg) yang sedang menunggu untuk dirempuh dan memusnahkan kehidupan ini. Kita tidak boleh buat tidak cakna kerana seperti Titanic, kesannya akan menimpa semua – satu kapal akan tenggelam! Satu tamadun akan lenyap! Antara pengajaran dari kisah Titanic ialah:

1. Besar pun boleh rebah dalam sekelip mata
2. Perancangan manusia tidak dapat mengatasi perancangan Allah selaku Pencipta
3. Bila kena, semua kena. Jangan tak cakna...
4. Jangan bersikap individualistik

1 comment:

Anonymous said...

Takdir Allah is beyond our expectations..