Kerang serang pantai Dungun! (http://www.negarakumalaysia.blogspot.com, 27/12/06)
Saya baru balik dari kursus di Shah Alam dua hari lepas. Jiran sibuk bercerita pasal kerang naik di pantai Dungun. Bukannya dua tiga kilo tapi berguni-guni. Ada orang tu sampai penuh bonet kereta wiranya. Kelmarin, cuti Krismas, katanya macam pesta. Pantai Dungun sebenarnya tidak boleh mandi sebab berteluk. Tapi kini ianya dipenuhi orang ramai semenjak minggu lepas hingga ke hari ini. Khabarnya sampai orang Kemaman pun datang ke Dungun nak tengok/kutip kerang. Nak tengok sendiri, saya dan keluarga ke pantai hari ini. Memang benar, masih ramai orang berada di tepi pantai - pelbagai peralatan dibawa untuk kaut kerang! Isteri dan anak-anak melarang saya mendekati kelompok orang ramai. Kami hanya tengok dari jauh. Tengok dan dengar ngauman ombak, menggerikan. Tak sangka pula, masa Tsunami dulu dengar cerita ikan dan gamat "menyerah diri" ke pantai. Kini berlaku di tempat sendiri dan lihat dengan mata kepala sendiri. Allahuakbar!!! Balik ke rumah petang tadi, jiran hulur sepinggan kerang. Katanya, "kerang ni kami kutip di pantai tu". Dengar ceritanya, pada peringkat awal, hanya isi kerang tanpa kulit yang muncul. Kemudian barulah muncul kerang dalam bentuk yang asal. Pelik tapi benar!
Tapi yang malangnya, bila peristiwa2 sebegini berlaku, kita hanya kaitkan dengan Sains. Jarang kedengaran "ini adalah kuasa Tuhan dan ingatan Tuhan agar kita tidak terus lupa" kecuali dalam ruangan agama - kita seakan takut nak katakan ianya peringatan atau BALA Tuhan (bala boleh datang dalam bentuk kesukaran atau kesenangan). Begitulah juga bila terjadinya bencana alam macam banjir yang berlaku di Johor baru-baru ini. Pelik hingga dikatakan 1 dalam 100 tahun!
Allah itu Maha Berkuasa - Dia tidak perlukan manusia untuk menjaga agamanya. Hanya beri peluang nak uji kesanggupan. Malangnya, sejak kebelakangan ini, manusia begitu angkuh dan menafikan kekuasaan Penciptanya. Sejarah menunjukkan kaum yang angkuh dan lupa diri tidak kekal lama....
2 comments:
web untuk business listing dah siap .. harap dapat promote utk user2 lain ye .. www.gikedai.com ..
rindunya nak santai
di pantai Dungun lagi.. hehe..
anyway..
tak semua gitu..
(kaitkan ngan sains je)
dan kalaupun dikaitkan
dengan sains pun..
ramai orang (Melayu Islam)
will still relate it
to kekuasaan Allah jua..
insyaAllah..
Post a Comment