Google
 

Tuesday, July 31, 2007

"Kita mesti telanjang....."

"Kita mesti telanjang...." (http://www.negarakumalaysia.blogspot.com/)
Kita mesti telanjang dan benar-benar bersih
Suci lahir dan di dalam batin
Tengoklah ke dalam sebelum bicara
Singkirkan debu yang masih melekat...
Anugerah dan bencana adalah kehendakNYa
Kita mesti tabah menjalani
Hanya cambu kecil, agar kita sadar
Adalah Dia di atas segalanya....
Hangat menjerit-jerit, asap panas membakar
Lahar dan badai menyapu bersih
Ini bukan hukuman, hanya satu isyarat
Bahawa kita mesti banyak berbelah
Memang bila kita kaji lebih jauh
Dalam kekalutan,
masih banyak tangan yang tega berbuat nista...
Kemanakah lagi, kita kan sembunyi
Hanya kepadaNya kita kembali
Tak ada yang bakal bisa menjawab
Mari hanya tunduk sujud padaNya...
Kita mesti berjuang memerangi diri
Bercermin dan banyaklah bercermin
Tuhan ada di sini, di dalam jiwa ini
Berusahalah agar Dia tersenyum...
Berusahalah agar Dia tersenyum....
(Ebiet G. Ade)

Monday, July 30, 2007

Sunday, July 29, 2007

HEALTH is WEALTH

HEALTH is WEALTH (http://www.negarakumalaysia.blogspot.com/)
Pada 15 Julai 2007 lepas, saya ada menulis tentang saya diserang penyakit gout yang teruk (rujuk "I turned OKU"). Pada masa ianya ditulis, saya dalam proses sembuh. Pada 22 Julai 2007 hingga saya menulis ini, saya diserang gout buat kali ke-2. Ianya lebih teruk dari serangan pertama. Buat kali pertama dalam hidup, saya tidak dapat membengkokkan lutut selama 2 hari. Keadaan ini menyakitkan, menakutkan dan buat saya panik! Banyak perkara bermain dalam kepala ketika itu. Saya pernah dengar ada kelonggaran untuk solat dalam keadaan baring, tapi tak pernah praktikkan sebelum ini. Dalam masa 2 hari tak dapat bengkokkan lipatan lutut tersebut, saya "berpeluang" mempraktikkan solat sambil baring/mengiring - cari buku dan tanya orang bagaimana untuk lakukannya...
Apa yang saya nak kongsi kali ini ialah tentang "HEALTH is WEALTH" atau "KESIHATAN adalah KEKAYAAN". Saya harap anda faham apa maksud saya. Dalam seminggu lepas, tiada yang lebih besar dalam kepala saya melainkan melayan kesakitan, memikirkan apa yang akan berlaku kepada saya sesaat ke hadapan dan bagaimana urusan saya dengan Tuhan? Kuih kegemaran - cek mek molek, lopat tikam dan tepung pelita yang manis dah jadi tawar bagi saya. Berita gaji naik (kakitangan kerajaan) bulan ini, tak jadi satu kegembiraan atau sesuatu yang dinanti. Saya teringat, masa kecil dulu ada benda-benda yang kita nak makan tapi tak dapat kerana tak ada duit. Lo ni, macam kembali kepada asal - tidak dapat makan! Kerana masalah kesihatan. Seorang ahli keluarga yang senasib pernah kena serang gout, makan durian dan kena gout keesokannya. Durian adalah makanan kegemaran saya dan kini musimnya. Petang dua hari lepas, dengan tak semena-mena seorang rakan yang lama tak datang ziarah (dan beliau tak tahu saya sakit), singgah dalam perjalanan pulang dari kebunnya dan beri durian 3 biji. Lihatlah kekuasaan Allah S.W.T - walaupun dah dapat percuma tapi jika tidak diizin olehNya, masih tak boleh makan!
Semasa kita sakit, banyak perkara besar jadi kecil dan perkara kecil jadi besar. Sekarang fahamlah saya mengapa pada zaman Nabi S.A.W dan sahabat, mereka sedih jika TIDAK sakit! Sakit buat doa kita jadi panjang dan bersungguh! Sakit buat kita baca dan hayati (maksud) banyak surah dari Al-Quran (misalnya surah Al-Mulk). Sekarang dah hampir sebulan seorang rakan saya yang berumur awal 40an terlantar di hospital kerana masalah buah pinggang. Kata beliau, "bila dah kena macam ni, ada duit pun tidak mengembirakan dan buat apa-apa!". Saya berdoa agar beliau cepat sembuh. Saya nak kongsi juga beberapa pengalaman menghadapi gout ini:
1) surah al-Mulk (Tabarokallazi...) digalakkan baca banyak semasa sakit. Cuba hayati maksudnya.
2) makanan laut dan kekacang - ni "baja" bagi gout
3) saya tampal ragi (yg orang buat tapai) yang dilarutkan dengan sedikit air di tempat bengkak - amat amat berkesan. Ada beberapa petua lain yang diberi rakan-rakan (TERIMAKASIH) tapi masih tak sempat nak cuba :
  • salai buah betik dan gosok di tempat bengkak
  • rebus kurma merah dan daun pandan - daripada 7 gelas air, jadikan sampai 1 gelas dan minum

4) saya makan ubat ARCOXIA (disyorkan oleh saudara, seorang ahli farmasi) sebiji sehari semenjak dua hari lepas - kini alhamdulillah, kaki boleh berpijak dan berjalan (walaupun masih macam robot)

Wednesday, July 25, 2007

Latihan & Peperiksaan UBS Accounting

LATIHAN & PEPERIKSAAN UBS ACCOUNTING

Kami ada anjurkan bengkel latihan kemahiran dan peperiksaan UBS Accounting untuk pelajar, graduan dan staf akaun. Butiran bengkel seperti berikut:
Jangkamasa : 16 jam (bengkel)
Jangkamasa : Peperiksaan (2 1/2 jam) pada akhir bengkel
Peserta boleh memilih untuk menduduki peperiksaan ataupun tidak. Pemeriksaan jawapan dan pengeluaran keputusan/sijil akan dibuat oleh pihak UBS selewat-lewatnya 3 bulan dari tarikh duduki peperiksaan.
Jika berminat, sila email admin@geeaccounting.com atau SMS (Nazif : 019-917 3234) butiran berikut. Kami akan email atau fakskan borang dan maklumat lanjut.
Nama :
No. Tel Bimbit:
No. Faksimili:
Email (jika ada):

Sunday, July 15, 2007

I turned OKU

I turned OKU (http://www.negarakumalaysia.blogspot.com/)

I’ve been in this state for the past 10 days. Many does not necessarily means good. That’s what happens when my two feet can’t function well and I’ve to use another two “feet” as a supports. It’s not easy to live with something which is outside our norms. Out of a sudden, I become handicapped or we term it as Orang Kurang Upaya (OKU) in Malay. The “fear factor” is Gout. Actually, the disease is with me, on and off, since 2002. Normally, it will get better after 2 days but this time, it last for more than one week, already!.
Gout (also called metabolic arthritis) is a disease due to a congenital disorder of uric acid metabolism. In this condition, monosodium urate or uric acid crystals are deposited on the articular cartilage of joints, tendons and surrounding tissues due to elevated concentrations of uric acid in the blood stream. This provokes an inflammatory reaction of these tissues. These deposits often increase in size and burst through the skin to form sinuses discharging a chalky white material. The classic picture is of excruciating, sudden, unexpected, burning pain, swelling, redness, warmness and stiffness in the joint. Low-grade fever may also be present. The patient usually suffers from two sources of pain. The crystals inside the joint cause intense pain whenever the affected area is moved. The inflammation of the tissues around the joint also causes the skin to be swollen, tender and sore if it is even slightly touched. For example, a blanket or even the lightest sheet draping over the affected area could cause extreme pain.
(source :
http://en.wikipedia.org/wiki/Gout)
The purpose of sharing this here is that hopefully, those who are cured from this disease can share their experiences, especially the medicine used. All the while I’ve been taking medicine prescribed by panel doctor. Even the doctor told me that it’s only pain killer. The medicine and the gout itself will eventually lead to other problems like kidney failure if unable to be controlled.
Some friends advised me to turn to homeopathist since their medicines are not chemical based. I've being taking homeopathy medicine for three days now and the result is yet to be seen. They say that homeopathy medicine takes time to cure...
Alhamdulillah, I have great peoples whom still "around" when I can't barely stand and walk! - my mother, my wife, my children and my friends! What I'm going through this time really test myself and those close to me. Really!

Tuesday, July 10, 2007


Pelajar di Menara Gading (http://www.negarakumalaysia.blogspot.com)
Kuliah bagi sesi Julai-Nov 2007 bermula hari ini 10 Julai 2007. Sejuk hati melihat ramai pelajar bumiputra, terutamanya pelajar Islam berduyun-duyun ke kuliah menuntut ilmu – satu aspek yang penting kepada manusia. Namun, dalam kontek pembelajaran, tanggungjawab tidak terhenti setakat hadir kuliah, menduduki peperiksaan dan lulus. Pelajar Islam perlu berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai kecemerlangan. Sabda Nabi S.A.W yang bermaksud : “ Sesungguhnya Allah SWT amat menyukai hambanya yang apabila melakukan kerja, sentiasa menekuninya dan memperkemas hasilnya”.

Pelajar tidak harus puas hati dengan lulus “atas pagar” atau “cukup makan”. Walaupun kejayaan hidup seseorang tidak hanya bergantung kepada kecemerlangan akademik semata-mata, tapi ianya “lesen” untuk memudahkan perjalanan menghadapi gelombang di masa depan. Bagi pelajar baru, biasanya pencapaian di semester 1 amat memberangsangkan. Mungkin amanat dan harapan ibubapa masih segar dalam hati sanubari mereka. Malangnya, biasanya pencapaian (sesetengah) pelajar ini menurun dan terus menurun bila mereka menjejaki semester yang seterusnya. Mereka mudah hanyut, lalai dan lupa diri. Dalam pertambahan bilangan graduan yang lulus cemerlang saban tahun, kita boleh mengagak situasi yang bakal ditempuh oleh pelajar yang lulus dengan CGPA 3.00 atau 2.50 ke bawah. Pelajar juga perlu bersyukur atas nikmat diterima belajar di Menara Gading. Mereka amat amat bernasib baik kerana ramai lagi yang layak tapi tidak mendapat tempat.

Apa yang dilakukan hari ini akan memberi kesan hari esok. Berada di menara gading merupakan satu peluang. Peluang untuk membentuk kehidupan yang lebih sempurna di masa depan. Peluang biasanya tidak didapati oleh semua orang dan tidak kerap datang. Ramai yang berkorban untuk memastikan kita mendapat pendidikan yang sebaik mungkin. Kalau pun tidak untuk ibubapa, adik-adik, agama dan bangsa, sekurang-kurangnya fikirkan tentang diri sendiri!

Sunday, July 08, 2007

"Tiada Panggilan Sepenting Seruan Ilahi"

Tiada Panggilan Sepenting Seruan Illahi" (http://www.negarakumalaysia.blogspot.com/)
Saya tabik kepada TM kerana meletakkan peringatan begini dalam masjid. Kita ni manusia, mudah lupa dan perlu sentiasa diperingatkan. Banyak yang kita tahu tapi tidak diamalkan. Kita juga nampaknya ambil mudah bila berkaitan dengan keagamaan. Misalnya, masa Maghriblah ramai orang berkunjung ke pasar malam. Siap dengan bawa anak-anak sekali. Kalau dulu, orang tua-tua larang anak keluar rumah pada waktu Maghrib - banyak hantu kata mereka. Memang betul jika ada yang berkata, pergi ke pasar malam tidak semestinya tidak solat. Tapi kita bincang tentang memberi kemudahan untuk beribadat. Berapa ramai kita lihat peniaga solat di belakang meja jualannya ketika Maghrib. OK, bersangka baik, kita katakan mereka buat syif. Bagaimana pula dengan pembeli. Masa Maghrib singkat. Ada ke disediakan tempat solat di tapak pasar malam atau di restoran.
Di zaman orang jauh dari agama, kemudahan dan ruang untuk beribadat amat perlu. Kita tidak ingin "sorong bantal" kepada orang yang memang liat nak solat! Jika dilihat, tempat makan pun sama - masa Maghriblah ramai orang nak cari makan. Samalah juga dengan penganjuran program - dibuat sebelum masuk waktu (terutamanya Maghrib) atau masa untuk solat tu singkat sangat. Orang jadi terkejar-kejar! Berapa banyak program yang kita hadiri dimulakan dengan doa atau bacaan ayat suci Al-Quran? Boleh ke kita buat bacaan doa atau ayat suci al-Quran jika ada peserta bukan Islam? Mengapa tidak? Itu keunikan dan kehebatan Islam. Kita bukan bercakap tentang keadaan di negara orang bukan Islam. Ini tempat kita dan program yang dianjurkan oleh orang Islam. Lebih malang, program yang dianjurkan oleh orang Islam dan dihadiri kesemuanya orang Islam pun tiada doa dan bacaan ayat suci Al-Quran. Jika kita tidak ambil cakna tentang agama kita sendiri, nak harapkan siapa lagi...

Saturday, July 07, 2007

"Penyakit" hidup bergaya & tidak praktikal

"Penyakit" Hidup Bergaya & Tidak Praktikal (http://www.negarakumalaysia.blogspot.com/)
Kita hidup di dunia nyata. Namun, le ni nampaknya, ramai yang mengamalkan gaya hidup bergaya dan tidak praktikal - soalan objektif di atas sebagai satu contoh "penyakit" ini. Mungkin ramai yang bersetuju dengan saya yang jawapan paling tepat untuk soalan di atas ialah a). Hakikatnya, ramai juga yang menjalani kehidupan berdasarkan jawapan b), c) dan d).
"Penyakit" ini lebih kritikal bila ramai yang mengidapnya terdiri daripada golongan muda. Penyakit ini macam barah - sedikit demi sedikit dan akhirnya memusnahkan bangsa dan negara. Penyakit ini juga bawa penyakit lain bersamanya seperti rasuah, hasad dengki dan pentingkan diri sendiri.
Gaji RM300, nak hidup macam orang bergaji RM3,000. Gaji RM3,000 nak hidup macam orang bergaji RM300,000. Gaji RM300,000 nak hidup macam dia miliki segala-galanya!
Hidup untuk orang tengok dan bukannya hidup untuk diri sendiri. Sebenarnya hidup sebegini sukar kerana kena (sentiasa) fikir banyak perkara. Yalah, nak balik kampung guna kereta kecil, takut orang kata kita tak mampu. Nak duduk rumah kecil, takut orang kata kita miskin! Nak naik bas, takut orang kata kita tak ada klasssssss gitu. Apa ke halllll....
Ada seorang kenalan memberitahu, "ada orang nak beli rumah banglo. Harga yang ditawarkan pemilik asal ialah RM190,000. Si pembeli ini tawar pula untuk beli pada harga RM210,000. Dia beli pada harga RM210,000 dan cerita kepada rakan taulan yang dia (mampu) beli rumah tersebut dengan harga tersebut." Aduhaiiii...ada juga orang macam ini dalam dunia ni.

Friday, July 06, 2007

RM400 macam RM4,000 dan....

RM400 macam RM4,000 dan... (http://www.negarakumalaysia.blogspot.com/)

Bulan ni, bermulalah gaji baru bagi kakitangan kerajaan. Ada naik 15%, 25%, 40 % dan sebagainya. Bagi sesetengah orang, walaupun bergaji RM400 sebulan, hatinya tenang umpama bergaji RM4,000 sebulan. Bagi sesetengah yang lain pula, gaji RM4,000 sebulan dirasakan semacam RM400 sebulan. Tidak pernah cukup dan hati tidak tenang! Ada orang, belum sempat "ziarah" mesin ATM lagi, gaji dah habis! Gaji masuk atau gaji naik, hanya cium bau saja lah macam dalam cerita P. Ramlee tu. Ada orang lain pula, lupa bila kali terakhir ke mesin ATM. Orang dah habis guna, dia belum mula guna...

Tuesday, July 03, 2007

Cara edit gambar dengan mudah

Cara edit gambar dengan mudah (http://www.negarakumalaysia.blogspot.com/)
Saya perlu ucapkan terimakasih kepada seorang sahabat, Mr. Raime kerana memaklumkan tentang software ini kepada saya. Saya dah cuba guna software ini dan ianya memang mudah - hanya klik, klik dan klik! Ianya juga percuma.

Bagaimana nak dapatkan software ini?
Muat turun software drp alamat berikut: http://picasa.google.com/

Kegunaan software?
Gambar yang anda ambil dengan digital kamera tu boleh diedit (letak keterangan, tarikh, edit saiz gambar, warna, dsbnya) sebelum anda mencetaknya.

Cubalah...
Cara lain untuk edit gambar ialah menggunakan Adobe Photoshop