Google
 

Sunday, July 29, 2007

HEALTH is WEALTH

HEALTH is WEALTH (http://www.negarakumalaysia.blogspot.com/)
Pada 15 Julai 2007 lepas, saya ada menulis tentang saya diserang penyakit gout yang teruk (rujuk "I turned OKU"). Pada masa ianya ditulis, saya dalam proses sembuh. Pada 22 Julai 2007 hingga saya menulis ini, saya diserang gout buat kali ke-2. Ianya lebih teruk dari serangan pertama. Buat kali pertama dalam hidup, saya tidak dapat membengkokkan lutut selama 2 hari. Keadaan ini menyakitkan, menakutkan dan buat saya panik! Banyak perkara bermain dalam kepala ketika itu. Saya pernah dengar ada kelonggaran untuk solat dalam keadaan baring, tapi tak pernah praktikkan sebelum ini. Dalam masa 2 hari tak dapat bengkokkan lipatan lutut tersebut, saya "berpeluang" mempraktikkan solat sambil baring/mengiring - cari buku dan tanya orang bagaimana untuk lakukannya...
Apa yang saya nak kongsi kali ini ialah tentang "HEALTH is WEALTH" atau "KESIHATAN adalah KEKAYAAN". Saya harap anda faham apa maksud saya. Dalam seminggu lepas, tiada yang lebih besar dalam kepala saya melainkan melayan kesakitan, memikirkan apa yang akan berlaku kepada saya sesaat ke hadapan dan bagaimana urusan saya dengan Tuhan? Kuih kegemaran - cek mek molek, lopat tikam dan tepung pelita yang manis dah jadi tawar bagi saya. Berita gaji naik (kakitangan kerajaan) bulan ini, tak jadi satu kegembiraan atau sesuatu yang dinanti. Saya teringat, masa kecil dulu ada benda-benda yang kita nak makan tapi tak dapat kerana tak ada duit. Lo ni, macam kembali kepada asal - tidak dapat makan! Kerana masalah kesihatan. Seorang ahli keluarga yang senasib pernah kena serang gout, makan durian dan kena gout keesokannya. Durian adalah makanan kegemaran saya dan kini musimnya. Petang dua hari lepas, dengan tak semena-mena seorang rakan yang lama tak datang ziarah (dan beliau tak tahu saya sakit), singgah dalam perjalanan pulang dari kebunnya dan beri durian 3 biji. Lihatlah kekuasaan Allah S.W.T - walaupun dah dapat percuma tapi jika tidak diizin olehNya, masih tak boleh makan!
Semasa kita sakit, banyak perkara besar jadi kecil dan perkara kecil jadi besar. Sekarang fahamlah saya mengapa pada zaman Nabi S.A.W dan sahabat, mereka sedih jika TIDAK sakit! Sakit buat doa kita jadi panjang dan bersungguh! Sakit buat kita baca dan hayati (maksud) banyak surah dari Al-Quran (misalnya surah Al-Mulk). Sekarang dah hampir sebulan seorang rakan saya yang berumur awal 40an terlantar di hospital kerana masalah buah pinggang. Kata beliau, "bila dah kena macam ni, ada duit pun tidak mengembirakan dan buat apa-apa!". Saya berdoa agar beliau cepat sembuh. Saya nak kongsi juga beberapa pengalaman menghadapi gout ini:
1) surah al-Mulk (Tabarokallazi...) digalakkan baca banyak semasa sakit. Cuba hayati maksudnya.
2) makanan laut dan kekacang - ni "baja" bagi gout
3) saya tampal ragi (yg orang buat tapai) yang dilarutkan dengan sedikit air di tempat bengkak - amat amat berkesan. Ada beberapa petua lain yang diberi rakan-rakan (TERIMAKASIH) tapi masih tak sempat nak cuba :
  • salai buah betik dan gosok di tempat bengkak
  • rebus kurma merah dan daun pandan - daripada 7 gelas air, jadikan sampai 1 gelas dan minum

4) saya makan ubat ARCOXIA (disyorkan oleh saudara, seorang ahli farmasi) sebiji sehari semenjak dua hari lepas - kini alhamdulillah, kaki boleh berpijak dan berjalan (walaupun masih macam robot)

No comments: