Pelajar di Menara Gading (http://www.negarakumalaysia.blogspot.com)
Kuliah bagi sesi Julai-Nov 2007 bermula hari ini 10 Julai 2007. Sejuk hati melihat ramai pelajar bumiputra, terutamanya pelajar Islam berduyun-duyun ke kuliah menuntut ilmu – satu aspek yang penting kepada manusia. Namun, dalam kontek pembelajaran, tanggungjawab tidak terhenti setakat hadir kuliah, menduduki peperiksaan dan lulus. Pelajar Islam perlu berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai kecemerlangan. Sabda Nabi S.A.W yang bermaksud : “ Sesungguhnya Allah SWT amat menyukai hambanya yang apabila melakukan kerja, sentiasa menekuninya dan memperkemas hasilnya”.

Pelajar tidak harus puas hati dengan lulus “atas pagar” atau “cukup makan”. Walaupun kejayaan hidup seseorang tidak hanya bergantung kepada kecemerlangan akademik semata-mata, tapi ianya “lesen” untuk memudahkan perjalanan menghadapi gelombang di masa depan. Bagi pelajar baru, biasanya pencapaian di semester 1 amat memberangsangkan. Mungkin amanat dan harapan ibubapa masih segar dalam hati sanubari mereka. Malangnya, biasanya pencapaian (sesetengah) pelajar ini menurun dan terus menurun bila mereka menjejaki semester yang seterusnya. Mereka mudah hanyut, lalai dan lupa diri. Dalam pertambahan bilangan graduan yang lulus cemerlang saban tahun, kita boleh mengagak situasi yang bakal ditempuh oleh pelajar yang lulus dengan CGPA 3.00 atau 2.50 ke bawah. Pelajar juga perlu bersyukur atas nikmat diterima belajar di Menara Gading. Mereka amat amat bernasib baik kerana ramai lagi yang layak tapi tidak mendapat tempat.
Apa yang dilakukan hari ini akan memberi kesan hari esok. Berada di menara gading merupakan satu peluang. Peluang untuk membentuk kehidupan yang lebih sempurna di masa depan. Peluang biasanya tidak didapati oleh semua orang dan tidak kerap datang. Ramai yang berkorban untuk memastikan kita mendapat pendidikan yang sebaik mungkin. Kalau pun tidak untuk ibubapa, adik-adik, agama dan bangsa, sekurang-kurangnya fikirkan tentang diri sendiri!
No comments:
Post a Comment