Google
 

Saturday, July 07, 2007

"Penyakit" hidup bergaya & tidak praktikal

"Penyakit" Hidup Bergaya & Tidak Praktikal (http://www.negarakumalaysia.blogspot.com/)
Kita hidup di dunia nyata. Namun, le ni nampaknya, ramai yang mengamalkan gaya hidup bergaya dan tidak praktikal - soalan objektif di atas sebagai satu contoh "penyakit" ini. Mungkin ramai yang bersetuju dengan saya yang jawapan paling tepat untuk soalan di atas ialah a). Hakikatnya, ramai juga yang menjalani kehidupan berdasarkan jawapan b), c) dan d).
"Penyakit" ini lebih kritikal bila ramai yang mengidapnya terdiri daripada golongan muda. Penyakit ini macam barah - sedikit demi sedikit dan akhirnya memusnahkan bangsa dan negara. Penyakit ini juga bawa penyakit lain bersamanya seperti rasuah, hasad dengki dan pentingkan diri sendiri.
Gaji RM300, nak hidup macam orang bergaji RM3,000. Gaji RM3,000 nak hidup macam orang bergaji RM300,000. Gaji RM300,000 nak hidup macam dia miliki segala-galanya!
Hidup untuk orang tengok dan bukannya hidup untuk diri sendiri. Sebenarnya hidup sebegini sukar kerana kena (sentiasa) fikir banyak perkara. Yalah, nak balik kampung guna kereta kecil, takut orang kata kita tak mampu. Nak duduk rumah kecil, takut orang kata kita miskin! Nak naik bas, takut orang kata kita tak ada klasssssss gitu. Apa ke halllll....
Ada seorang kenalan memberitahu, "ada orang nak beli rumah banglo. Harga yang ditawarkan pemilik asal ialah RM190,000. Si pembeli ini tawar pula untuk beli pada harga RM210,000. Dia beli pada harga RM210,000 dan cerita kepada rakan taulan yang dia (mampu) beli rumah tersebut dengan harga tersebut." Aduhaiiii...ada juga orang macam ini dalam dunia ni.

1 comment:

Anonymous said...

Gaya hidup sekarang memang berbeza kalau dibandingkan lima belas ke dua puloh tahun yang lalu.Saya masih ingat semasa mula berkerja cuma ada dua atau tiga model kereta dijalan raya. Sekarang sebut saja semua ada. Iklan dikaca TV,surat khabar dll semua mengalakan kita berhutang.Kad kredit tumbuh macam cendawan lepas hujan.Syarat untuk mendapatnya bagitu mudah.Orang sekarang pandai berlakon,nampak kaya sabenarnya miskin.Statistik menunjukkan berapa ramai orang muflis kerana kad kredit.Mereka ini masih muda.Biar pape asalkan bergaya. Mungkin inilah yang dinamakan kemajuan dan dunia tanpa sempadan.Masyarakat bangga dengan kebendaan bukan saja dibandar tapi telah mula merayap ke desa.