Google
 

Friday, August 31, 2007

Remaja selepas MERDEKA



Mungkin ada yang tak setuju dengan kenyataan di atas tentang remaja zaman sekarang. Ini kerana mereka tak terlibat secara langsung dengan golongan ini. Cuba tanya cikgu/pensyarah atau cuba ”berada” di sekolah/universiti buat jangkamasa tertentu dan perhatikan.

Tentang persoalan mengapa kegawatan di kalangan remaja masakini berlaku, saya bawakan sebuah kisah yang saya dengar daripada seorang ustaz dalam Radio Malaysia Terengganu pada 30/8/07, jam 1.55 tghari :
Pada zaman Nabi S.A.W dahulu, sedang Nabi S.A.W duduk bersama sahabat dalam masjid, beberapa remaja sedang bermain di luar sampai terkena pasir ke muka Nabi S.A.W. Seorang daripada remaja tersebut tersepak bola hingga jatuh di hadapan Nabi S.A.W. Remaja tersebut berlari untuk mendapatkan bola dengan melangkah di celah-celah orang tua tanpa beradab. Nabi S.A.W serta para sahabat merenung remaja terbabit. Sabda Nabi S.A.W, ”budak ini budak subahah!, budak ini budak subahah!”. Kebetulan, ayah remaja tadi ada dalam majlis tersebut. beliau lantas pulang dna bertanyakan apa yang isterinya beri makan kepada anak mereka. Isterinya menjawab yang beliau beri anak mereka makan apa yang suaminya bawa balik ke rumah setiap hari.
Apa yang dapat disimpulkan di sini ialah ibubapa merupakan antara faktor utama penyebab kepada krisis remaja masakini. Ada sesiapa yang nak komen atau mungkin nak kata tidak? Boleh kita bincang di sini. Bimbang juga ni sebab saya pun berstatus bapa.

Thursday, August 30, 2007

Kita patut contohi SEMUT!









Kita patut contohi SEMUT!
Sesetengah daripada kita mungkin pandang rendah/tak kisah pada semut. Sesetengahnya pula mungkin tak pandang langsung hinggakan dengan mudah dan tak rasa bersalah pijak/kerenyek semut bila melihatnya. Setiap kejadian Allah S.W.T ada hikmah dan kepentingannya. Kita hanya perlu lihat, kaji dan hargai.

Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal;(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): "Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka. (Surah Ali Imran: 190-191)
Kehidupan bermasyarakat kita sekarang tak seperti semut. masyarakat semut hidup harmoni, bantu-membantu, saling bekerjasama untuk mencapai impian, ambil cakna antara satu sama lain. Semut juga berkemahiran dan bekerja keras.

Kita lihat bahawa bila seekor semut jumpa makanan, dalam sekelip mata yang lain datang kerumun. Makanan diusung bersama-sama ke sarang. Hebat komunikasi dan budaya perkongsiannya. Dalam kontek persahabatan, setiap kali bertemu, semut "beri salam".
Masyarakat kita pula:
  1. Sesetengah usahawan ali babakan projek untuk kenyang seorang!
  2. Kita hanya beri salam kepada yang kenal, mudah bermasam muka dan lupa rakan…
  3. Kita mudah iri hati dan berperasaan dengki. Di mana kebenaran pengakuan kita bahawasanya rezeki ditentukan oleh Allah S.W.T?
Boleh ikuti kisah semut dengan terperinci dalam http://www.harunyahya.com/malaysian/semut1.php

Sunday, August 26, 2007

Manusia Robot!

MANUSIA ROBOT!
Kita mesti berusaha untuk melahirkan manusia yang bukan seperti robot. Robot tak dok perasaan dan bekerja seperti yang diprogramkan tanpa mereka sendiri berupaya berfikir. Amat merungsingkan jika suatu hari nanti dunia kita dipenuhi MANUSIA ROBOT! Grafik di atas hanya satu contoh. Contoh lain :
  1. bila ada jiran telefon suruh balik kampung sebab ibu/ayah sakit, si X tanya "Teruk ke sakit? Kalau tak tenat, nak balik weekend depan sebab lo ni banyak kerja!"

Ada lagi dok contoh MANUSIA ROBOT yang tuan-puan boleh fikirkan...

Friday, August 24, 2007

BUKU KAMI: Formula Menjadi Usahawan Berjaya

BUKU KAMI: Formula Menjadi Usahawan Berjaya

PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.
ISBN: ISBN 983-3376-20-7Barcode: 9799833376208Jumlah Halaman: 211 halaman Tarikh Terbit: 29 April 2005
Beli dari kami (hard cover) dengan harga: RM15.00 (tak termasuk belanja pos)
Hubungi kami (Gee) di 019-957 2234
KANDUNGAN
Bahagian 1: Kerjaya Usahawan: Tak Kenal, Maka Tak Cinta PengenalanKelebihan Menjadi UsahawanMengapa Usahawan Gagal?Apa Itu Risiko Berniaga?Jenis Perniagaan dan RisikonyaMengawal dari Dalam: Apa Pentingnya?Untung dan Rugi
Bahagian 2: Produk dan Pembungkusan PengenalanSama Tetapi Tidak SerupaProduk Berkualiti, Bungkusan MenarikProduk Mesra PelangganBuat Produk dengan Ikhlas dan JujurSuci dalam DebuCipta Produk Unik
Bahagian 3: Sedia Berkhidmat PengenalanMaaf! Saya yang SilapSukatan dan TimbanganMesra PelangganKhidmat yang Menjauhkan PelangganKhidmat Cemerlang, Pelanggan SetiaCara Khidmat Tidak ProfesionalNilai Tambahan Menarik PelangganSumpah Bohong bagi Menarik Pelanggan
Bahagian 4: Pekerja...oh! Pekerja PengenalanHarapkan Pagar, Pagar Makan PadiBos OK, Pekerja KOBelajar daripada PekerjaPekerja Bukan HambaPekerja Sering Bertukar GantiPerniagaan dalam PerniagaanKebajikan Dijaga, Pekerja SetiaMenangani Pekerja Bermasalah
Bahagian 5: Bagaimana Mencari Pasaran? PengenalanInisiatif Mendekati PelangganTidak Kena Caranya, BinasaMengiklan Cara TradisionalIklan Melalui InternetAnjurkan Rumah TerbukaBuah MulutDaripada Masyarakat kepada Masyarakat
Bahagian 6: Pelanggan Setia? Begini Caranya... PengenalanPelanggan Adalah RajaKreativiti Tarik PelangganJaga Hubungan Baik dengan PelangganHargai Pandangan Pelanggan
Bahagian 7: Bagaimana Mengurus Akaun? PengenalanSalah Persepsi Pada Akaun PerniagaanAkaun Perniagaan Penting bagi UsahawanUntung? Rugi?Catat Pembayaran dan PenerimaanDokumen Asas Elak RugiSistem Memberi KreditMemungut Hutang Cara BerhemahKemas Kini Buku Tunai, Elak Cek TendangPenyata Penyesuaian Bank Kesan Tindakan Seleweng Penyata Kutipan Tingkat KutipanBerpecah Kongsi
Bahagian 8: Bagaimana Mengurus Stok?PengenalanBarang Diterima Tidak DiperiksaRekod Keluar Masuk StokUrus Stok dengan EPOS
Bahagian 9: Sikap Usahawan, Faktor Berjaya PengenalanCari Duit Ataupun Cari Rezeki?Hasad Dengki Bawa MudaratSemakin Berisi Semakin MendongakPeniaga Ibarat KetamSanggup Berubah Supaya BerjayaOrang Tamak Selalu RugiUsahawan Bukan SupermanBersifat Ihsan Apabila BerniagaBiar Papa, Asal BergayaSediakan Payung Sebelum HujanBerfikiran GlokalAmbil Peluang daripada Keadaan MendesakTunggu... Tunggu dan Tunggu

Thursday, August 09, 2007

Jangan bincang!

Kelmarin saya menerima email daripada rakan, seorang doktor perubatan. Beliau bimbang dengan peningkatan jumlah mereka yang datang untuk mendapatkan rawatan disebabkan oleh aktiviti seksual (lebih tepat, seks bebas!). Bimbang kerana peningkatan berlaku di kalangan mereka yang bergelar mahasiswi. Lebih merisaukan ialah mereka yang terlibat seakan tidak menganggap perbuatan yang dilakukan itu salah dan tidak menyesalinya.

Sesetengah ahli masyarakat kita mungkin tidak suka pendedahan sebegini. Namun, bagi saya, status kepincangan dan masalah sosial dalam kelompok kita perlu diketahui umum. Ianya mengenai generasi muda kita, pewaris masa depan. Nak lihat kejatuhan/kebangkitan tamadun sesuatu bangsa, lihatlah kepada generasi mudanya. Bila kita tahu bahawa keadaan kita tenat, kita akan bincang dengan serius dan rangka tindakan (walaupun hakikatnya pencegahan lebih baik dari mengubat). Jika tidak, kita akan anggap kita berada di air yang tenang. Bila tenang, kita selesa dan tidak perlu bincang apa-apa. Biarkan..biarkan....tu tugas orang lain! Akhirnya, dah sampai peringkat tak boleh diubat atau "masuk dalam kain kita sendiri" (nauzubillah). Kena ingat bahawa bila bala ditimpakan, ianya tidak hanya ditimpa kepada orang yang jahat atau buat maksiat sahaja..
Saya tak faham mengapa sesetengah orang tak suka untuk bincang permasalahan sebegini. Jika dengan tak bincang, masalah selesai okaylah tapi.....kita semakin tenat...mungkin tunggu masa untuk bommmmmmmm.....

Tuesday, August 07, 2007

"Kehidupan bbalik!"

"Kehidupan bbalik!" (http://www.negarakumalaysia.blogspot.com)

Saya cuba bawakan contoh berikut untuk menerangkan terma ini. Minah mempunyai empat orang adik beradik. Adiknya yang bongsu tinggal bersama si ayah yang kena strok, lumpuh sebahagian tubuh dan terpaksa pakai lampin. Dua orang lagi adik Minah datang secara bergilir-gilir untuk menjaga si ayah. Minah asyik memberikan alasan untuk tidak datang bantu jaga siayah. Kehidupan Minah jadi lebih senang dan mudah berbanding 3 orang adiknya yang lain kerana beliau tidak banyak berkorban - untuk jaga siayah! Beliau tidak perlu lap tubuh ayah setiap hari, tidak perlu tukar dan basuh lampin, tidak perlu basuh berak dan kencing ayah, tidak perlu tegangkan urat untuk angkat ayah atau tolak (atas katil beroda yang dibuat khas) ayah sekali-sekali keluar ke ruang hadapan rumah. 5 tahun berlalu dan akhirnya si ayah meninggal dunia. Selang beberapa bulan selepas itu, suami Minah jatuh sakit – kena strok, lumpuh sebelah tubuh dan terpaksa pakai lampin. Kini Minah terpaksa menjaga suaminya sepertimana adik-adiknya menjaga arwah bapa mereka dahulu.

Kita tidak dapat lari dari tanggungjawab kerana lumrahnya, “Kehidupan bbalik”. Tanggungjawab tetap datang. Mungkin di masa lain dan dalam bentuk berbeza.

Friday, August 03, 2007

Sikap negatif orang kita

Sikap negatif orang kita (http://www.negarakumalaysia.blogspot.com)Saya ingin berkongsi sikap negatif orang kita berbanding orang di negara maju dalam aspek perkongsian ilmu pengetahuan. Saya gagal mendapatkan artikel akademik yang diperlukan untuk tujuan pengajian dari pangkalan data atas talin (seperti ebscohost, proquest dan emerald). saya dapatkan email penulis asalnya, seorang profesor dari universiti luar negara. Saya email kepada beliau pukul 9 pagi dan pukul 3 petang, saya mendapat email balas dari beliau. Beliau melampirkan artikel yang diminta berserta dengan beberapa artikel lain yang berkaitan. Cerita seorang lagi rakan yang mempunyai pengalaman yang sama lebih menarik. Kata rakan saya itu, "Aduhhhh...hebat orang luar ni. Dia kurier artikel yang aku minta dan bukunya PERCUMA saja kepada aku!". Ini budaya ahli akademik luar - mereka tak lokek dengan ilmu pengetahuan. Sesetengah ahli akademik orang kita pula, usahkan nak dapat artikel, balas email kita pun tidak. "Senyap sunyi" tanpa berita. Ada sesetengah yang lain pula, bila kita minta nasihat, "kesukaran" yang kita dapat. Bukannya nak bantu kita agar sama-sama mengecapi kejayaan! Mengapa ini berlaku? Kita sudah MERDEKA 50 tahun. Adakah kita perlukan 50 tahun lagi untuk merdeka daripada sikap-sikap sebegini?