Jangan bincang! (http://www.negarakumalaysia.blogspot.com/)
Kelmarin saya menerima email daripada rakan, seorang doktor perubatan. Beliau bimbang dengan peningkatan jumlah mereka yang datang untuk mendapatkan rawatan disebabkan oleh aktiviti seksual (lebih tepat, seks bebas!). Bimbang kerana peningkatan berlaku di kalangan mereka yang bergelar mahasiswi. Lebih merisaukan ialah mereka yang terlibat seakan tidak menganggap perbuatan yang dilakukan itu salah dan tidak menyesalinya.
Sesetengah ahli masyarakat kita mungkin tidak suka pendedahan sebegini. Namun, bagi saya, status kepincangan dan masalah sosial dalam kelompok kita perlu diketahui umum. Ianya mengenai generasi muda kita, pewaris masa depan. Nak lihat kejatuhan/kebangkitan tamadun sesuatu bangsa, lihatlah kepada generasi mudanya. Bila kita tahu bahawa keadaan kita tenat, kita akan bincang dengan serius dan rangka tindakan (walaupun hakikatnya pencegahan lebih baik dari mengubat). Jika tidak, kita akan anggap kita berada di air yang tenang. Bila tenang, kita selesa dan tidak perlu bincang apa-apa. Biarkan..biarkan....tu tugas orang lain! Akhirnya, dah sampai peringkat tak boleh diubat atau "masuk dalam kain kita sendiri" (nauzubillah). Kena ingat bahawa bila bala ditimpakan, ianya tidak hanya ditimpa kepada orang yang jahat atau buat maksiat sahaja..
Saya tak faham mengapa sesetengah orang tak suka untuk bincang permasalahan sebegini. Jika dengan tak bincang, masalah selesai okaylah tapi.....kita semakin tenat...mungkin tunggu masa untuk bommmmmmmm.....
2 comments:
Issu social yang dibangkitkan bukan perkara baru.Cuma saperti yang dinyatakan masyarakat tak suka perkara sebegini dibincangkan kerana tak suka jaga tepi kain orang.Keadaannya sama samaada dibandar atau dikampong.Bahkan dikalangan ahli keluarga sendiri ramai yang tak nak kesah. Pada saya issu pokoknya ialah masyarakat sekarang terlalu mementingkan diri sendiri.Agenda utama ialah mengejar keseronokan dunia. Tak kira halal atau haram asalkan dapat apa yang dihajat.Tanggong jawab diabaikan.Yang berilmu tak berani menegor kerana takut tak dapat sokongan.Jalan permulaan untuk menghadapi issu ini,para pemimpin bermula dari keluarga,masyarakat dan akhirnya negara mesti menerima hakikat yang issu social ini serious dan satu tindakan mesti diambil.Selagi issu ini di pandang remeh ianya akan terus berkembang dan kita tunggu sajalah balasannya.
Masalah nyer perkara nie dah jadi satu cara hidup plak dalam senario muda mudi kini, jd bila dah jd cara hidup die bukan di anggap masalah lagi, skerang negara kita mungkin bole berbangga dgn kemajuan yg ada tp kita juga sebenarnya secara tak sedar mula mundur dr segi akhlak ... rasa nyer pengaruh media massa dan elektronik adalah penyumbang utama masalah nie, tp tue lah nak suruh sekat tak bole jugak ... hermmmm blurrrr .....
Post a Comment