Google
 

Tuesday, August 07, 2007

"Kehidupan bbalik!"

"Kehidupan bbalik!" (http://www.negarakumalaysia.blogspot.com)

Saya cuba bawakan contoh berikut untuk menerangkan terma ini. Minah mempunyai empat orang adik beradik. Adiknya yang bongsu tinggal bersama si ayah yang kena strok, lumpuh sebahagian tubuh dan terpaksa pakai lampin. Dua orang lagi adik Minah datang secara bergilir-gilir untuk menjaga si ayah. Minah asyik memberikan alasan untuk tidak datang bantu jaga siayah. Kehidupan Minah jadi lebih senang dan mudah berbanding 3 orang adiknya yang lain kerana beliau tidak banyak berkorban - untuk jaga siayah! Beliau tidak perlu lap tubuh ayah setiap hari, tidak perlu tukar dan basuh lampin, tidak perlu basuh berak dan kencing ayah, tidak perlu tegangkan urat untuk angkat ayah atau tolak (atas katil beroda yang dibuat khas) ayah sekali-sekali keluar ke ruang hadapan rumah. 5 tahun berlalu dan akhirnya si ayah meninggal dunia. Selang beberapa bulan selepas itu, suami Minah jatuh sakit – kena strok, lumpuh sebelah tubuh dan terpaksa pakai lampin. Kini Minah terpaksa menjaga suaminya sepertimana adik-adiknya menjaga arwah bapa mereka dahulu.

Kita tidak dapat lari dari tanggungjawab kerana lumrahnya, “Kehidupan bbalik”. Tanggungjawab tetap datang. Mungkin di masa lain dan dalam bentuk berbeza.

1 comment:

Damantim said...

Hal atau fenomena ini sebenarnya telah jelas dalam warisan hadis yang kudus yang berbunyi "kama tudin, tudan" maksudnya boleh difahami sebagai "what you give, you get back".

Marilah kita sentiasa beringat-ingat. Apa yang kita buat hari ini adalah gambaran awal apa yang kita akan dapat kemudian nanti