Google
 

Friday, August 31, 2007

Remaja selepas MERDEKA



Mungkin ada yang tak setuju dengan kenyataan di atas tentang remaja zaman sekarang. Ini kerana mereka tak terlibat secara langsung dengan golongan ini. Cuba tanya cikgu/pensyarah atau cuba ”berada” di sekolah/universiti buat jangkamasa tertentu dan perhatikan.

Tentang persoalan mengapa kegawatan di kalangan remaja masakini berlaku, saya bawakan sebuah kisah yang saya dengar daripada seorang ustaz dalam Radio Malaysia Terengganu pada 30/8/07, jam 1.55 tghari :
Pada zaman Nabi S.A.W dahulu, sedang Nabi S.A.W duduk bersama sahabat dalam masjid, beberapa remaja sedang bermain di luar sampai terkena pasir ke muka Nabi S.A.W. Seorang daripada remaja tersebut tersepak bola hingga jatuh di hadapan Nabi S.A.W. Remaja tersebut berlari untuk mendapatkan bola dengan melangkah di celah-celah orang tua tanpa beradab. Nabi S.A.W serta para sahabat merenung remaja terbabit. Sabda Nabi S.A.W, ”budak ini budak subahah!, budak ini budak subahah!”. Kebetulan, ayah remaja tadi ada dalam majlis tersebut. beliau lantas pulang dna bertanyakan apa yang isterinya beri makan kepada anak mereka. Isterinya menjawab yang beliau beri anak mereka makan apa yang suaminya bawa balik ke rumah setiap hari.
Apa yang dapat disimpulkan di sini ialah ibubapa merupakan antara faktor utama penyebab kepada krisis remaja masakini. Ada sesiapa yang nak komen atau mungkin nak kata tidak? Boleh kita bincang di sini. Bimbang juga ni sebab saya pun berstatus bapa.

1 comment:

Anonymous said...

Memang tidak dapat dinafikan yang kebanyakan remaja sekarang kurang menghormati oran tua.Persoalannya kenapa? Ada juga kita dengar daripada mereka yang mereka tidak melakukan apa2 kesalahan. Masa dah berubah ,jadi perangai pun kena modenlah. Ada berita disekolah yang guru dikenakan tindakan disiplin kerana menegor atau bertindak keatas murid yang dikatakan biadab. Jadi bagaimana? Pada saya institusi pertama dalam perdidikkan anak2 adalah dirumah.Peribahasa kita menyebut,ayah borek anak rintek. Apa yang terjadi dirumah akan menjadi ikutan. Peringkat umur ini memang senang untuk meniru apa yang berlaku tanpa tapisan.Kemudian masuk alam persekolan. Guru memainkan peranan bukan saja mendidik dari segi ilmiah tapi juga dari segi fizikal termasuk peradaban.Peribahasa guru kencing berdiri,murid kencing berlari memang tepat.Untuk kedua2 institusi ini berfungsi dengan baik memerlukan insan2 yang mempunyai ilmu dan bertanggung jawab. Persoalannya adakah ibubapa dan guru2 sekarang berkebolihan dan bertanggung jawab memainkan peranan masing2. Islam juga menitik beratkan soal pemakanan,cara mencari rezki dll.Memang banyak isu untuk dibicarakan.Bayi yang lahir adalah saperti kain putih kitalah yang akan mencorakkannya.Wassalam