Kita patut contohi SEMUT!
Sesetengah daripada kita mungkin pandang rendah/tak kisah pada semut. Sesetengahnya pula mungkin tak pandang langsung hinggakan dengan mudah dan tak rasa bersalah pijak/kerenyek semut bila melihatnya. Setiap kejadian Allah S.W.T ada hikmah dan kepentingannya. Kita hanya perlu lihat, kaji dan hargai.
Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal;(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): "Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka. (Surah Ali Imran: 190-191)

Kehidupan bermasyarakat kita sekarang tak seperti semut. masyarakat semut hidup harmoni, bantu-membantu, saling bekerjasama untuk mencapai impian, ambil cakna antara satu sama lain. Semut juga berkemahiran dan bekerja keras.
Kita lihat bahawa bila seekor semut jumpa makanan, dalam sekelip mata yang lain datang kerumun. Makanan diusung bersama-sama ke sarang. Hebat komunikasi dan budaya perkongsiannya. Dalam kontek persahabatan, setiap kali bertemu, semut "beri salam".
Masyarakat kita pula:
- Sesetengah usahawan ali babakan projek untuk kenyang seorang!
- Kita hanya beri salam kepada yang kenal, mudah bermasam muka dan lupa rakan…
- Kita mudah iri hati dan berperasaan dengki. Di mana kebenaran pengakuan kita bahawasanya rezeki ditentukan oleh Allah S.W.T?
Boleh ikuti kisah semut dengan terperinci dalam http://www.harunyahya.com/malaysian/semut1.php
No comments:
Post a Comment