Saya dapati sikap ini ada dalam organisasi orang kita di Malaysia. Saya harap ianya tidak menular dan seterusnya menjadi satu budaya. Kadang-kadang kita gagal membezakan antara cadangan dan kritikan - kita anggap semua yang dicadangkan tu satu kritikan. cadangan dan kritikan dilihat sama - untuk mencari kelemahan diri. Ini, jika menjadi budaya akan menjadikan sesebuah masyarakat itu pasif! Orang tak berani/sanggup nak cadang sesuatu untuk kebaikan atau penambahbaikan. Sebabnya, pencadang akan diarahkan untuk buat. Mungkin nanti kita akan lihat mesyuarat jadi sepi, pendek dan mudah. Akhirnya, tiada inovasi dan penambahbaikan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment