Pada pendapat saya, musuh utama orang Melayu ialah orang Melayu sendiri. Lebih tepat lagi, SIKAP! Jika kita cakap pasal masyarakat, maka sikap masyarakat dan jika kita cakap pasal individu, maka sikap individu itu sendiri yang jadi musuh utamanya. Jika orang Melayu mundur, gagal berpolitik, tak cerdik, miskin, berpecah dan sebagainya..... jangan salahkan orang lain, atau alam, atau Tuhan! Cuba fikirkan apa yang saya katakan di atas dari aspek hasad dengki dan konsep "Know Who vs. Know How" yang menjadi amalan masyarakat Melayu. Saya kongsi contoh berikut untuk menerangkan teori saya di atas:
Si A adalah seorang cikgu yang banyak pengalaman dan berkesan pengajarannya di sekolah. Ramai pelajar dapat A subjek yang diajarnya dan beliau rajin mengajar anak muridnya. Tiba-tiba, dua bulan sebelum peperiksaan UPSR diadakan, beliau ditukar ke sekolah lain dalam kawasan yang sama. Beliau tidak pernah buat permohonan. Anak murid yang bersemangat untuk menghadapi UPSR terkapai-kapai kehilangan cikgu tersayang. Bila ditanya, hasad dengki dan konsep "Know Who vs. Know How"" adalah sebab pertukaran!!!!
Saya tidak pasti dengan anda tapi contoh di atas bukan rekaan. saya bersimpati dengan si A . Saya harap beliau tabah. Jika inilah budaya pilihan orang Melayu, kita sama-sama tunggu saat kehancuran bangsa ini. Bunyinya keras? Perlu berlapik? Mungkin sebab banyak berlapiklah yang buat orang Melayu "tidur"!. Kehancuran boleh datang sikit-sikit atau sedebok, macam buah nangka busuk jatuh ke tanah!
1 comment:
Cukup bersetuju, orang Melayu banyak berlapik...Berlapik tu bagus, tapi biar kena tempat baru tidak terlena di mana sahaja.
Penyakit ini kena tahu punca dulu. Lain orang lain puncanya. Tapi yang pasti, penyakit ini menyebabkan kesan yang hampir sama kepada mangsa dan pemangsa...
Post a Comment