www.negarakumalaysia.blogspot.com bertujuan untuk membantu mewujudkan sebuah masyarakat yang penyayang dan perihatin. Melalui penulisan dalam blog ini, diharapkan pelbagai sikap/nilai positif dapat disemai di kalangan ahli masyarakat. Pada masa yang sama, masyarakat dapat diingatkan tentang sikap/nilai negatif yang perlu ditinggalkan. Antara aktiviti kami ialah menerbitkan CAKNA, buletin (satu helai) secara berkala dan diedarkan secara PERCUMA kepada pelajar sekolah (kerjasama dengan pengurusan dan PIBG sekolah) dan pelanggan kepada usahawan/syarikat/organisasi yang menyertai kami. Kepincangan dalam masyarakat sekarang adalah disebabkan oleh kurangnya ILMU. Umumnya, orang kita biasa dengan menyuruh kepada kebaikan tetapi kurang berani untuk mencegah keburukan. Kita lihat contoh berikut:
- Anak jiran yang ayahnya kurang bercakap dengan tetangga sentiasa memasang lagu kuat hingga mengganggu jiran lain
- Anda sedang tunggu anak balik dari sekolah dan kesesakan berlaku kerana seorang bapa parking di tengah-tengah jalan masuk ke sekolah. Bapa tersebut dengan selambanya keluar dan berbual dengan rakan-rakannya. Kenderaan lain berderet di belakang....
- Anda dalam perjalanan ke restoran untuk makan malam bersama keluarga dan terlihat seorang anak gadis sedang berpeleseran dengan beberapa remaja lelaki. Anda terfikir "siapakah ibubapa anak gadis tersebut?", "Apakah ibubapanya tidak cakna?"
- Seorang rakan perempuan memberitahu anda bahawa suaminya panas baran dan sentiasa memukulnya. Beliau meminta nasihat anda.
MENGAPA ANDA PATUT SERTAI KAMI?
- satu kaedah pengiklanan (di blog & buletin CAKNA), pada masa yang sama beramal (menyebarkan ilmu kepada umum)
- usahawan/syarikat/organisasi boleh mengedar sendiri buletin ini kepada staf, pelanggan atau masyarakat di kejiranan mereka (nota: jumlah berdasarkan perrbincangan)
- sebagai satu aktiviti khidmat masyarakat usahawan/syarikat/organisasi
- sokongan kepada usaha mewujudkan sebuah masyarakat yang penyayang dan perihatin
- gunakan pendekatan ilmu/pendidikan dalam menyuruh kepada kebaikan dan melarang keburukan
- bahan dalam buletin CAKNA adalah pilihan daripada blog kami (http://www.negarakumalaysia.blogspot.com). Blog kami dan buletin CAKNA dijamin tidak mengandungi unsur-unsur yang berlawanan dengan tema kami iaitu "KE ARAH MASYARAKAT PENYAYANG & PERIHATIN"
BAGAIMANA UNTUK SERTAI KAMI?
1) Email butiran berikut kepada admin@geeaccounting.com :- nama perniagaan/syarikat/organisasi
- aktiviti utama
- No. telefon, no. faksimili dan alamat email
RM60 adalah untuk caj pengiklanan dan kos percetakan buletin CAKNA selama setahun. Penglibatan ramai usahawan/syarikat/organisasi akan membolehkan buletin ini diterbitkan sekerap mungkin dan kepada seramai mungkin pembaca.
PERTANYAAN
Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Gee di 019-957 2234 / 019-917 3234 atau email kepada admin@geeaccounting.com
No comments:
Post a Comment