Saya lihat sesetengah ibubapa kecewa macam "end of the world" bila ada anak mereka yang tidak cemerlang (seperti yang diharapkan) dalam pelajaran. Saya juga lihat ramai ibubapa yang tua tinggal/dijaga oleh anak yang kurang berpelajaran di kampung. Anak-anak yang berpelajaran tinggi "terbang" bawa haluan masing-masing. Kadang balik, kadang tidak!
Wednesday, June 27, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
sedikit idea dari saya,
baru2 ini saya telah menghadiri kursus, antara isi kandungannya ialah berkenan jenis pelajar yg dpt dibahagikan kpd dua kategori; performance goal dan learning goal. utk kategori pertama, pelajar akan fokus kpd gred, no berapa dlm kelas, pmk, dan suka banding2 dgn kawan2. manakala, pelajar jenis kedua lebih fokus kepada apa yg dipelajari berbanding markah atau gred peperiksaan. mereka tidak risau sekiranya markah mereka kurang dr rakan2 kerana apa yg telah dipelajar dianggap lebih penting berbanding keputusan peperiksaan. soalan saya: adakah ibu bapa turut mempengaruhi anak2 supaya menjadi org yg termasuk dlm "performance goal"?, dgn meletakkan keputusan pperiksaan sbgai no 1. fikir2kan
raime
http://greenfore.fotopges.com
saya setuju 200% dengan pak Raime dalam hal ini. Memang sukar nak cari pelajar yg tergolong dalam kategori ke 2, "learning goal" tu.
YA, ibubapa turut mempengaruhi anak-anak agar tergolong dlm kategori pertama, "performance goal". Ada ibubapa masih kecewa kerana anak mereka dapat 90 dan tidak 100 dalam satu-satu subjek.
Keadaan ini "disokong" oleh sistem dan juga masyarakat.Kita melihat kecemerlangan akademik (semata-mata) adalah penjamin survival dan kesejahteraan hidup.
Ini bahaya kerana ia akan beri tekanan kpd anak. Tak hairanlah kita pernah dengar ada pelajar yg tidak dapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan BUNUH DIRI (nauzubillah)kerana kecewa dan takut mengecewakan ibubapa.
Setiap insan yang dilahirkan didunia ini ada kelebihan masing-masing. Kalau tidak mana bolih dunia ini berfungsi.Tapi sedih ibu bapa cuma bangga dengan anak-anak yang cerdik.Tapi selalunya anak anak yang kurang cerdiklah yang banyak berbakti pada ibu bapa kerana yang cerdik sibuk dengan agenda masing-masing.Prasarana pembelajaran dinegara kita cukup luas.Kalau yang pandai bertukang bolih masuk sekolah kemahiran dan sebagainya.Cuma apa yang diperlukan ialah ibu bapa kena peka dengan kemudahan yang ada. Mereka kena tukar"mind sets".Anak kurang cerdik pun bolih berjaya.Terimalah keupayaan anak anak seadanya.Tugas kita ialah membantu mereka memilih jurusan yang sesuai untuk mereka demi mengharungi kehidupan hari ini dan esok.
Post a Comment