Google
 

Sunday, June 03, 2007

Iklan sambil beramal...

Usahawanku : IKLAN SAMBIL BERAMAL!(http://www.negarakumalaysia.blogspot.com)

Berapa agaknya kos satu kerusi simen seperti dalam gambar di sebelah? Saya ingat mungkin +- RM400. Gambar ni saya ambil di Taman Rekreasi Kuala Ibai dekat Masjid Terapung, KT. Kalau tak silap, ada 10 kerusi semuanya yang ada logo HSBC ni. Apa yang saya ingin bincang di sini ialah cara syarikat besar mengiklankan produk/perkhidmatan/imej/jenama mereka. Ianya boleh dilakukan secara serampang dua mata - iklan sambil beramal! Malangnya, tak banyak Persatuan Islam atau syarikat orang Islam yang berbuat begini. Saya harap saya silap! Tapi saya pernah tengok pengawal trafik lalu lintas di sekolah anak saya memakai vest keselamatan bertulis "ehsan dari LIONS CLUB". Banyak yang boleh dilakukan usahawan bumiputra Islam kita dengan konsep "iklan sambil beramal ini", dan tak semestinya ia melibatkan kos yang tinggi. Contohnya, kos vest keselamatan tadi, berapalah sangat harganya. Mungkin cadangan saya berikut boleh dipraktikkan:

  1. persatuan/syarikat orang Islam taja perpustakaan mini di surau/masjid
  2. "ambil" satu taman permainan kanak-kanak sebagai anak angkat dan bawa pekerja bersihkan taman permainan kanak-kanak tersebut secara berkala - letak kain rentang "Taman ini adalah anak angkat kepada Syarikat/Perniagaan Maju Jaya" di taman permainan itu.
  3. Taja khemah tempat solat di tapak pasal malam, terutamanya di kawasan yang tidak mempunyai kemudahan tersebut
  4. CUBA ANDA FIKIRKAN SATU CADANGAN DAN KONGSI DI SINI....




No comments: