Pada 23 Jun 2007, saya membuat perjalanan pertama dalam hidup ke Sintok, Kedah. Saya meletakkan butiran perjalanan di sebelah kerana sewaktu saya memerlukannya, ianya tidak dapat diperolehi dengan tepat. Saya menggunakan perkhidmatan bas CEPAT EXPRESS. Bas ini akan bermula dari Kuantan, ambil penumpang di beberapa tempat di laluan Kuantan-KT. Kemudian meneruskan perjalanan ke Alor Star. Berhenti makan di Bayu (Jeli, Kelantan). Harga tambang pergi balik dari Dungun ke Alor Star RM80.00.
Ini kali pertama saya menaiki bas expres semula, selepas menamatkan zaman pengajian, lebih kurang 15 tahun lepas. Apa yang saya nak kongsi di sini ialah kualiti tempat solat dan tandas awam di tempat bas berhenti makan dan stesen bas...ianya tidak banyak berubah jika dibandingkan dengan zaman saya belajar dahulu. Tempat solatnya kecil, tak terurus dan tak bersih. Rata-rata saya lihat ramai penumpang bas express adalah Melayu Islam. Sedih tengok tempat solat. Itu tempat ibadah kita...keadaannya menggambarkan ianya tidak penting sangat bagi kita. Sekadar ada cukuplah...aduhhhhh! Bagi yang 50-50, mungkin keadaan tempat solat sebegitu tidak banyak membantu untuk "menarik" mereka. Jika ditakdirkan anak-anak saya akan melalui pengalaman yang sama suatu masa nanti, saya berdoa agar mereka akan lihat sesuatu yang lebih baik dari apa yang saya perkatakan di sini.
1 comment:
syabas kpd pihak plus yg begitu serius dl menyediakan kemudahan utk beribadat@surau kpd kita umat islam. walaupun kadar tol mmg mahal, tetapi bila kita disediakan kemudahan2 dgn baik, rasanya berbaloi.
raime
Post a Comment