Apa pendapat anda tentang isu HUTANG & SAING di atas? Isu di atas boleh dibincangkan dari banyak segi seperti ketidakcaknaan dalam bayar hutang, persahabatan dan kepentingan diri sendiri. Umumnya, orang kita ada penyakit KETUANAN. Mungkin bawakan daripada zaman penjajah dulu. Dalam kes di atas, kepentingan saing sebangsa diketepikan walaupun beliau mempunyai hak yang sama dengan pembekal Ah Kow, iaitu dibayar hutangnya kerana telah membekalkan barangan. Penyakit KETUANAN ni ialah bila kita mudah lihat orang lain hebat dan pada masa yang sama payah nak iktiraf kehebatan orang sendiri. Ada pekerja Melayu yang banyak songelnya bila bekerja dengan majikan Melayu tetapi taat dan kuat kerja bila bekerja dengan majikan bangsa lain. Dalam organisasi pun sama lah. Kadang-kadang pengiktirafan datang dari luar organisasi dan bukannya bermula dari dalam organisasi sendiri. Semoga kita cepat sembuh dari penyakit KETUANAN ini kerana kita dah menjangkau umur 50 tahun, tahun ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment