Saya dah buat blog http://www.negarakumalaysia.blogspot.com ni hampir 3 tahun dah. Mulanya tak pernah terfikir nak ada blog ni, tak nampak sangat manfaatnya. Sekarang, saya dah gila blog. Agaknya, macam saya lihat orang gila memancing, boleh memancing sorang-sorang di jambatan pada pukul 1 pagi!
Jadi, saya nak kongsi sedikit ilmu yang ada dalam membuat blog ini. Nak adakan blog hanya ambil masa kurang 15 minit, mudah dan percuma. Yang pentingnya kena kemaskini blog kita tuuuu...sekarang dah jadi aktiviti keluarga pula. Setiap kali lepas aktiviti yang diikutinya, anak saya akan kata, "Abah, letak dalam blog gambar Kak Nurin ya...nak tunjuk kepada kawan dan cikgu!". Sekali sekali, saya biar anak saya tu tulis dalam blog - ingin galakkan beliau menulis dan mungkin dapat bantu tingkatkan prestasi pelajaran beliau. Blog juga dapat eratkan silaturrahim saya dengan pelajar. Jika anda minat memancing, berkebun, panjat gunung, mengembara, baca buku dan sebagainya, anda boleh adakan blog dan kongsi banyak perkara dengan orang lain - selain beri dan terima komen, boleh letak gambar dan video. Lo ni, boleh pos bahan ke blog daripada telefon bimbit. Dengan adanya blog, mungkin hidup anda lebih "berwarna"!
Lawati blog http://www.negarakumalaysia.blogspot.com. Saya kongsi CARA NAK ADAKAN BLOG ANDA SENDIRI di situ dan manfaatnya kepada kita...
No comments:
Post a Comment